Anda di halaman 1dari 3

Merak Yang Sombong

"Pada zaman dahulu, Gagak dan Merak bersahabat baik. Pada masa itu, bulu burung merak dan gagak berwarna putih. Gagak dan Merak sering kelihatan bersama-sama. Namun begitu, Merak merupakan seekor burung yang bersih dan kemas manakala gagak pengotor dan suka makan bangkai. Pada suatu hari, Merak mencadangkan kepada Gagak supaya mereka mengecat bulu masing-masing dengan warna yang cantik. Gagak setuju dengan cadangan Merak. Gagak mengecat bulu gagak terlebih dahulu. Setelah sekian lama, akhirnya Gagak selesai mengecat badan Merak. Merak pergi ke tepi sungai untuk melihat rupanya selepat dicat oleh Gagak. Merak berasa amat gembira melihat dirinya yang amat cantik. Tiba-tiba, Gagak terlihat bangkai seekor tikus sedang terapung-apung di dalam sungai.Gagak mula terasa amat lapar. Gagak ingin memakan bangkai tikus tersebut. Oleh kerana tidak sabar, Gagak meminta Merak cepat-cepat menwarnakan dirinya. Merak pun menuangkan cat hitam ke atas badan Gagak. Maka, sehingga kini bulu gagak berwarna hitam dan Merak pula berwarna-warni. Sejak hari itu mereka tidak berkawan lagi kerana Merak menjadi sombong dan tidak mahu berkawan lagi dengan Gagak yang berwarna hitam."

CERITA MORAL SANG MERAK DENGAN

SANG ARNAB

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikanmerak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak.Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjamekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Merakmembuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merakmemakai ekor arnab.Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari kesana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot .Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak. Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena pelurupemburu. Arnab minta semula ekornya. Mereka bertukar ekor

masing-masing. Arnabtidak mahu memakai ekor merak lagi."Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab. NILAI MURNI :Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhankepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk dirikita.

Anda mungkin juga menyukai