Anda di halaman 1dari 4

Anjing Dengan Bayang-bayang (Kaum Melayu)

Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari
pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu.
Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing
memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing
lain yang juga membawa tulang.
Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai.
Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai.
Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.
TIUNG MELARIKAN KALUNG ( )
Di atas sebatang pokok di pinggir sebuah hutan, tinggal sepasang burung tiung. Mereka mempunyai
dua ekor anak yang masih kecil.
Pada suatu hari, mereka mendapati anak mereka tiada lagi di dalam sarang. "Mungkin anak kita
terjatuh ke tanah," kata tiung jantan. Mereka cuba mencari di bawah pokok. Rupa-rupanya di
bawah pokok itu terdapat seekor ular sawa. Tahulah mereka bahawa anak mereka telah dimakan
oleh ular sawa.
Tiung jantan tidak sempat melarikan diri. Tiung jantan ditangkap oleh ular sawa. Matilah tiung
jantan ditelan oleh ular sawa. Tiung betina berasa sedih. Namun, tiung betina tidak berputus asa.
Tiung betina segera terbang ke istana raja.
Ketika itu, puteri raja sedang bersiram (mandi) di dalam kolam. Tiung betina melihat di tepi
kolam itu terdapat seutas kalung. Kalung itu kepunyaan puteri raja. Tiung betina segera mengambil
kalung itu. "Tolong! Kalung beta dicuri oleh burung," puteri raja itu menjerit.
Beberapa orang pengawal segera mengejar tiung betina. Tiung betina melarikan kalung itu ke
tepi hutan. Tiung betina melemparkan kalung itu di hadapan ular sawa.
Apabila pengawal tiba, mereka segera membunuh ular sawa itu. Kemudian mereka mengambil
kalung itu semula. Demikianlah balasan yang diterima oleh ular sawa yang jahat itu. Setiap
perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk.

Ayam Dan Helang (Kaum Melayu)
Kononnya, pada zaman dahulu, ayam dan helang berkawan baik.
Helang mempunyai jarum emas. Helang dapat menjahit sayapnya. Oleh sebab itu, helang dapat
terbang. Pada suatu hari, ayam ingin meminjam jarum emas itu. Ayam mahu menjahit sayapnya.
Ayam mahu terbang seperti helang.
Helang membenarkan ayam meminjam jarum emas itu. Semasa pulang, ayam terserempak
dengan musang. Ayam lari lintang-pukang. Jarum emas itu hilang. Ayam tidak sempat menjahit
sayapnya. Kononnya, itulah sebabnya ayam tidak boleh terbang.
Ayam takut dimarahi oleh helang. Jarum emas itu sudah hilang. Ayam segera lari. Ayam
berpindah ke tempat lain. Kononnya, itulah sebabnya ayam takut pada helang. Helang menangkap
ayam kerana mahu mendapatkan jarum emasnya semula. Kononnya lagi, ayam pula suka mengais
tanah kerana mahu mencari jarum emas yang hilang itu.
BANGAU BERKAWAN DENGAN ANJING ( )
Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.
Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan.
Tetapi anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil
makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan
sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar. Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau
pergi ke rumahnya pula .Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas
itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga
kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar. NILAI MURNI Setiap perbuatan buruk pasti akan
menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

BANGAU MENIPU IKAN ( )
Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah
hati.Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.Semua ikan
bersetuju. Mereka sangat gembira. Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor
ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya.Kemudian tibalah giliran ketam untuk
berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau. Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan.
Ketam tahu bangau itu penipu.Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit
leher bangau. Matilah bangau itu. NILAI MURNIJangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan
jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.

KURA-KURA DENGAN MONYET ( )
Pada suatu hari, kura-kura ternampak sebatang pokok pisang hanyut di dalam sungai. Kura-kura
pergi mengambil pokok pisang itu.Kura-kura mahu menanam pokok pisang itu. Monyet datang mahu
merebut pokok pisang itu. Monyet juga ingin menanam pokok pisang itu. Monyet mahu batang
pisang itu dikerat dua. Kura-kura terpaksa bersetuju.Monyet mengambil bahagian batang yang
mempunyai daun. Kura-kura pula mengambil bahagian batang yang mempunyai akar. Monyet
menanam batang pisangnya. Namun, tidak berapa lama kemudian, daun pisang itu layu. Akhirnya,
pokok pisang itu mati kerana tidak ada akar.Pokok pisang kura-kura pula mulai tumbuh daun. Pokok
pisang itu dapat hidup kerana ada akar. Tidak lama kemudian, pokok pisang itu berbuah. Kura-kura
sangat senang hati. Kura-kura dapat makan pisang itu.Monyet pula berasa malu. Itulah balasannya
kerana tamak. NILAI MURNI Sikap tamak selalu membawa rugi.

6 ORANG BUTA MELIHAT GAJAH ( KAUM INDIA )
Dahulu kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah. Namun karena
mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu seperti apa gajah itu. Maka
mereka beramai-ramai pergi melihat gajah.Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan
ketika terjatuh, ia menabrak sisi tubuh gajah yang kokoh. Oh, sekarang aku tahu! katanya, Gajah
itu seperti tembok.Orang buta kedua meraba gading gajah. Mari kita lihat, katanya, Gajah ini
bulat, licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak.Yang ketiga kebetulan memegang
belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat. Kalian salah! jeritnya, Gajah ini seperti
ular!Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh menimpa lutut gajah.
Ah! katanya, Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang pohon.Yang kelima
memegang telinga gajah. Kipas! teriaknya, Bahkan orang yang paling buta pun tahu, gajah itu
mirip kipas.Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang ekor
gajah yang berayun-ayun. Aku tahu, kalian semua salah. Katanya. Gajah mirip dengan tali.

Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mau mengalah. Semua teguh
dengan pendapatnya sendiri, yang sebagian benar, namun semuanya salah. Mereka semua hanya
meraba bagian tubuh gajah yang berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan hewan gajah itu
sendiri.

MONSOPIAD ( KAUM KADAZAN )
Monsopiad merupakan seorang pahlawan kaum Kadazan yang sangat digeruni pada masa dahulu.
Beliau dikatakan tinggal di suatu kawasan kampung berdekatan ibukota Sabah seperti yang
ditunjukkan pada peta di bawah. Monsopiad dikatakan sebagai pahlawan gagah yang tinggal 250
tahun yang lalu dan menjalankan aktiviti pemburuan kepala yang sudah diberhentikan kini. Di dalam
Perkampungan Kebudayaan Monsopiad (Monsopiad Cultural Village) terdapat 42 tengkorak kepala
yang merupakan mangsa Monsopiad. Kepala-kepala tengkorak ini adalah tanda keberanian serta
kegagahan beliau dalam mata kaumnya. Kebanyakkan tengkorak kepala ini dipancung daripada
lanun-lanun serta perompak yang sememangnya berleluasa pada masa lalu. Monsopiad juga pernah
dicabar pahlawan di kalangan kaumnya sendiri daripada kawasan lain serta juga kaum lain juga.
Pahlawan-pahlawan yang pernah mencabarnya kesemuanya telah menemui ajal dan tengkorak
kepala mereka telah diletakkan di dalam rumah beliau sendiri.
Di dalam perkampungan Monsopiad terdapat satu batu besar beratnya 2 tan serta setinggi 4 meter
yang dinamakan Monolit. Batu besar ini diletakkan pada tempatnya kini oleh para penduduk
kampung tersebut pada masa dahulu setelah diperintah Monsopiad. Masyarakat kampung tersebut
telah diarahkan agar membina satu tugu bagi memperingati jasa beliau sendiri dengan bantuan
bobohizan (bomoh Pagan) serta roh-roh yang diseru bomoh-bomoh ini.
Batu besar granit tersebut telah diukir daripada permukaan sebuah bukit dari pulau berdekatan.
Batu ini diletakkan pada 2 buah rakit besar dan diangkut sejauh 10 batu melalui laut terbuka
sehingga ke sungai Moyog sebelum diletakkan di tempatnya kini. Peristiwa ini boleh dikatakan agak
menakjubkan memandangkan belu ada teknologi canggih 250 tahun yang lalu.
Monsopiad menggunakan batu ini untuk mengeringkan kepala mangsa yang telah dipenggalnya.
Upacara ini sering dilakukan sambil para bobohizan membaca mantera serta diiringi nyanyian gadis-
gadis muda. Pahlawan-pahlawan yang lain pula akan berteriak dengan suara lantang seperti dalam
peperangan. Di dalam perkampungan bersejarah ini juga boleh dilihat pokok yang memiliki roh dan
tanah perkuburan suci Latana seorang puteri kaum Kadazan.
TAJUK: SINGA DAN TIKUS
Pada suatu hari di sebuah hutan, seekor singa sedang nyenyak tidur. Tidak jauh dari situ, seekor tikus
sedang bermain dengan rama-rama. Perbuatan tikus dan rama-rama itu telah mengganggu raja
rimba.Singa berasa amat marah dan ingin menyerang tikus. Tikus cuba melarikan diri. Tiba-tiba, tikus
berkata, Jika awak melepaskan saya, saya tidak akan melupakan jasa baik awak hingga ke akhir
hayat. Singa pun bersetuju dan melepaskan tikus itu.Beberapa hari kemudian, singa mengaum
sambil meronta-ronta. Singa terkena perangkap pemburu. Tikus datang dan memutuskan jaring
dengan giginya. Singa berkata, Kalau engkau tidak menolong aku, sudah tentu aku dibunuh oleh
pemburu. Sejak hari itu, mereka telah menjadi kawan baik.Pengajaran dalam cerita ini ialah kita
mestilah selalu menepati janji.




TAJUK: PANDAI EMAS DAN PANDAI BESI ( )

Dalam sebuah negeri, terdapat seorang pandai emas yang kaya dan seorang pandai besi. Malangnya,
besinya tidak selaris emas yang dijual oleh pandai emas.

Pandai emas selalu memandang rendah terhadap pandai besi. Besi tidak berguna. Emas lebih tinggi
dan mahal harganya, kata pandai emas.

Pada suatu malam, pencuri memasuki rumah pandai emas. Kesemua emasnya telah dicuri. Namun
begitu, pandai emas tidak berputus asa. Dia terus bekerja keras. Akhirnya, dia berjaya
mengumpulkan emas.

Nasib malang menimpa pandai emas lagi. Pencuri masuk ke rumahnya dan mencuri kesemua emas
yang dikumpulnya.
Pandai emas sungguh kecewa. Akhirnya, dia berjumpa dan mengadu kepada pandai besi. Pandai besi
mencadangkan pandai emas membuat senjata bagi mengawal rumahnya. Pandai emas bersetuju.
Dengan menggunakan senjata buatan pandai besi, akhirnya pencuri itu dapat ditangkap.

Kedua-dua mereka berasa gembira. Pandai emas dan pandai besi akhirnya menjadi rakan karib.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kebolehan orang lain.

FOLIO ^_^
PENDIDIKAN SIVIK
DAN KEWARNEGARAAN

-AMIRUL HAKIM
-MUAZ SAIFUDDIN
-SYAHMI ASYRAF
-SHAHMI YUSOF

Anda mungkin juga menyukai