Anda di halaman 1dari 17

HELANG DAN KURA –KURA

Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin


terbang seperti burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat
terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu
setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu
termenung memikirkan akan keinginannya itu.

Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak


sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera
menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya
terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai
sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata
gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak
seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari
makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung.

Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya


helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan
kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-
kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata
helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura
dengan gembira.Helang memegang cengkerang kura-kura dengan
kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura
terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat
terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang
sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik.

Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu


tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-
kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas
batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura
itu dengan gembira.

Pengajaran dari cerita- Buat sesuatu perkara mestilah mengukur


keupayaan diri sendiri
Sang Arnab Yang Pemalas

Dalam sebuah hutan,tinggal sepasang sahabat,seekor arnab dan


juga seekor tupai.Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama -
sama.Pada suatu hari tupai berkata kepada arnab,"Mari kita buat
sarang,sekarang dah tiba musim hujan.Apabila hujan kita ada tempat
berteduh."kata arnab."Ya,betul kata awak.Tapi biarlah saya berehat
dahulu,"jawab arnab.

Pada petang itu hujan turun dengan lebatnya.Tupai dan arnab


berteduh di bawah pokok.Mereka basah dan kesejukkan."Jika kita ada
sarang,tentu kita tak basah begini,''kata tupai.''Ya,betul kata
kamu,"jawab arnab."Pagi esok kita akan buat sarang."Kata arnab lagi.

Keesokkan harinya cuaca sungguh baik.Tupai mengajak arnab


membuat sarang."Lebih baik kita pergi cari kayu untuk buat sarang."Kata
tupai."Tapi bukan sekarang,"jawab arnab."Kita ada banyak masa
lagi.Marilah kita mencari makanan.saya sungguh lapar!Tupai
mengeleng -gelengkan kepalanya melihat sikap sahabatnya.Pada
petang itu,hujan turun lagi.Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada
tempat berteduh.

Alangkah baiknya kalau kita ada ada sarang,"kata tupai."Esok kita


mesti buat sarang.Saya tidak mahu terus basah seperti ini sewaktu
hujan."Kata tupai.Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya."Kita tunggu esok sajalah,"kata arnab.

Pengajaran dari cerita ini:


1.Jangan sekali -kali malas kerana ia perbuatan merugikan.
2.Jangan berharap kepada kawan seratus peratus.
KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau


balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti
kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang
berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau
oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan
makan bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata


kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana
mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau


balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap
mereka. Semuanya akan dihantar dan akan
dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu


tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau.
Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki
kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas
itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua


ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-
kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-
duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk
ditangkap lagi.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai


sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe
sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik.
Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap
kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-
kata dan arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di


dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor
singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang
licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia
berpura-pura berani di hadapan kawannya itu.

“Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan


singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan
keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya
yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut.
“Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang.

Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu


makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini
dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah.
Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu
menjadi makanan singa.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal.


Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya
kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,
“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.

Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil


amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan
memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony
menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia
berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-
rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun
mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari,

Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin


mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!”
Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia


menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah,
kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung
itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri


baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka
menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum
menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan
menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas


hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi
berlagu memujuk ibunya.

“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-


sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya.
Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi
apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan.
Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi
pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam,
Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya
amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke


istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-
macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang
perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang
Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi
hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau


mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya
ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya
sebentuk cincin sakti.
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana.
Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya
siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah
gerangannya?

Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan


memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya
akan hajat Bujang Terboyoi.

“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku.


Patik kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia
menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.

“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang


Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan
dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia
member mereka makan makanan yang lazat-lazat.
Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin
saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat
cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan
segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi.


Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi
dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira.
Mereka menangis kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya.


Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi ditabalkan
menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai