Anda di halaman 1dari 5

ARNAB YANG PEMALAS

Salam sejahtera saya ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Arnab Yang Pemalas. Cerita kanak-kanak
tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah
seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat
sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak
akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok
kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi
bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita
pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat
sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah
kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,”
kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.
KERBAU BALAR
Salam sejahtera saya ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Kerbau Balar.Dalam sekumpulan kerbau,
ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-
kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan
bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan
dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar
yang susah untuk ditangkap lagi.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Salam sejahtera saya ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah kawan yang tidak jujur. Terdapat seekor
rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik.
Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap
menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala
kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di
dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk
melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya
itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe.
Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya
akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang
lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan
kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali
menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita
pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham
keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Salam sejahtera saya ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU.Di sebuah
lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi
di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil
amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka
tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!
Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-
mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun
mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri
rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba
muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-
mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak
usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu
berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan
oleh jerung itu.
PENJUAL KAIN YANG JUJUR
Salam sejahtera saya ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah ”Penjual kain yang jujur.”
Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang kacak. Setiap hari
dia menjual kain-kain batik dan kain pelekat. Pemuda itu bernama Taruna.
Taruna merupakan seorang pemuda yang jujur dan sangat baik hati.
Taruna menjual kain-kain yang bermutu tinggi dengan harga yang
murah. Oleh sebab itulah, semua penduduk kampung suka membeli kain
daripada Taruna.
Ini membuatkan seorang penjual kain bernama Usop iri hati dengan
kesenangan Taruna. Kain-kain yang dijual olehnya tidak terjual kerana harga
kain itu lebih mahal berbanding dengan harga kain Taruna.
Usop membuat satu rancangan. Dia telah membeli beberapa helai kain
daripada Taruna. Apabila sampai di rumah, Usop segera mengoyakkan kain-
kain tersebut. Selepas itu, dia pergi ke pekan sambil memekik dengan kuatnya.
”Lihatlah wahai orang-orang kampung, kain ini baru aku beli daripada Taruna.
Sebaik sahaja aku hendak memakainya, tiba-tiba kain ini koyak. Ini
menunjukkan kain buatannya tidak elok. Sebab itulah dia menjualnya dengan
harga yang murah,” Kata Usop. pengajaran daripada ini,kita janganlah mereka-
reka cerita untuk memburukkan orang lain.sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai