Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Berdasarkan teori Robert Havigurst, yang mana menyatakan bahawa


perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh budaya masyarakat
persekitaran kanak-kanak itu sendiri termasuklah nilai-nilai dan norma
kehidupan. Tambahan beliau, setiap individu mesti menyelesaikan tugasan pada
setiap peringkat perkembangan dan akan melalui setiap tahap perkembangan
tersebut. Sekiranya seorang individu tidak dapat menyelesaikannya, maka ia
akan menimbulkan masalah pada peringkat seterusnya. Tetapi, jika individu
tersebut berjaya menyelesaikannya ia akan menghasilakn kejayaan dan
membawa kepada kebahagian.
Menurut Buku Psikologi Pendidikan 1, Robert Havighurst mendefinisikan
tugas perkembangan sebagai proses pembelajaran segala pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang perlu ada dan diamalkan pada sesuatu peringkat umur.
Seperti yang telah dinyatakan bahawa tugas perkembangan adalah sangat
penting bagi merangsang satu kejayaan yang menjamin kebahagiaan pada
peringkat seterusnya. Hal ini merujuk kepada contoh perkembangan kanakkanak yang bermula daripada meniarap, merangkak, bertatih dan kemudian baru
berjalan. Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mampu untuk merangkak terlebih
dahulu, sudah pasti kanak-kanak tersebut juga tidak mampu untuk berjalan dan
berlari. Inilah yang dikatakan bahawa menyelesaikan tugasan adalah penting
dalam menjamin kejayaan dan kebahagian pada peringkat seterusnya.
Berdasarkan kajian Robert Havighurst, beliau menyatakan bahawa
terdapat lapan tugas perkembangan yang perlu diselesaikan mengikut peringkat
yang bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan remaja. Menurut
beliau, tugas perkembangan ini bersifat sejagat dan universel malah masyarakat
sekeliling seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, guru dan institusi formal
dan tidak formal menyumbang peranan kepada satu rangsangan bagi
menjayakan tugas perkembangan ini.

Melihat aspek tugas perkembangan pada peringkat kanak-kanak sekolah


rendah iaitu kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun, mereka seharusnya perlu
belajar dan meguasai kemahiran fizikal untuk permainan, membentuk konsep
kendiri, membentuk kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya,
memperoleh kemahiran 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira, menguasai
konsep moral, nilai dan kemahiran hidup, membentuk sifat kebebasan peribadi,
belajar berdikari dan membezakan peranan lelaki dan perempuan walaupuan
apapun situasi yang dihadapi.

LAPORAN AKHIR
Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) pertama,
pelaksanaan tugas adalah menjurus kepada Tugas Perkembangan Kanak-kanak
pada peringkat umur 6-12 tahun yang berlandaskan teori Robert Havighurst.
Pemerhatian dan beberapa interaksi telah dilakukan sepanjang tempoh satu
minggu di sekolah. Fokus utama adalah dalam aspek kurikulum yang menjurus
kepada sukatan pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merujuk

kepada

bahan

bantu

mengajar,

sudut

bacaan

dan

paparan

pembelajaran.
Saya telah menjalankan satu pemerhatian dan interaksi dengan guru di
sekolah berkaitan dengan sukatan pelajaran dan sejauhmana sukatan pelajaran
ini mempengaruhi tugas perkembangan kanak-kanak. Merujuk sukatan pelajaran
Tahun 5 pada topik patriotisme iaitu Tanah Pusakaku yang mana mengaitkan
hal-hal mempertahankan tanah Melayu melalui penyampai sajak. Apa yang
dapat saya perhatikan adalah melalui membentukan konsep kendiri melalui
keyakinan

diri

pelajar

dalam

menampilkan

diri

ke

hadapan

untuk

mendeklamasikan sajak. Hal ini bukan sajak merangsang mereka untuk yakin
malah membantu mereka untuk menjad pelajar yang aktif dan berupaya
melibatkan diri secara maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Begitu juga dengan keberanian mereka dalam menunjukkan bakat.
Hal ini jelas apabila mereka diminta untuk bangun dan tampil kehadapan untuk
mendeklamasikan sajak tersebut dengan gaya dan cara yang tersendiri.
Saya juga sempat membuat pemerhatian terhadap pengajaran tahun 4
Delima yang mana apabila mereka diminta untuk membuat kumpulan lelaki dan
perempuan sebagai satu aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Di sini
dapat saya rumuskan bahawa, pelajar mula membezakan peranan berbezaan
jantina antara lelaki dan perempuan. Mereka juga bermain mengikut kesesuaian
yang mana lelaki bermain bola sepak dan perempuan bermain bola jaring. Hal ini
dirujuk dalam sukatan pelajaran yang mana menerapkan kemahiran seperti
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang mana merangsang kepada
3

kemahiran fizikal untuk permainan yang dijalankan. Dalam masa yang sama ,
kemahiran bersosial juga dapat mereka pelajar secara tidak langsung melalui
komunikasi dan interaksi secara sihat dengan rakan kelas mereka.
Pada hari kedua pelaksanaan PBS, saya turut membuat pemerhatian
tehadap pengajaran guru tahun 1 dalam subjek Bahasa Melayu. merujuk
sukatan pelajaran yang mam menerapkan kemahirabn berbahasa iaitu
membaca, menulis dan mengeja.konsep kendiri sekali lagi diterapkan dalam diri
pelajar iaitu penguasaan 3 M. Hal ini jelas melalui pengajaran yang diajar oleh
guru berfokos pada pengenal suku kata. Guru pada asalnya meminta semua
pelajar menyembut bersama beberapa suku kata. Kemudian meminta pelajar
yang pasif berdiri dan menyebut suku kata tesebut. Melalui perkara ini, pelajar
akan belajar untuk yakin dan berani menyebut semula suku kata tersebut
walaupun pada asalnya pelajar tidak tahu.
Beralih kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus
kepada bahan bantu mengajar, sudut bacaan dan paparan bahan bacaan
pembelajaran. Terdapat salah satu tugas perkembangan yang diterapkan dalam
diri pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan iaitu konsep nilai
moral dan nilai murni. Contohnya, sebelum guru memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran, guru meminta pelajar untuk membca doa penerang hati
terlebih dahulu. Sekali gus, penerapan untuk mendisiplinkan diri juga dapat
diterapkan. Begitu juga dengan amalan memberi salam kepada guru ketika guru
masuk ke dalam kelas dan ketika berselisih dengan guru di luar kelas.
Selain itu, pelajar juga diajar untuk bersalaman dengan guru ketika
pulang daripada sekolah mengikut jantina. Sekiranya guru yang mengajar adalah
guru lelaki, maka lelaki sahaja yang bersalam dengan guru tesebut, pelajar
perempuan pula hanya mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan.
Secara tidak lasung, tugas perkembangan untuk membezakan peranan lelaki
dan perempuanjuga dapat diaplikasikan dan dikembangkan dengan betul.

Bagi

bahan

bantu

mengajar

pula,

saya

melihat

guru

banyak

menggunakan bahan bantu mengajar secara spontan dan hanya menggunakan


kaedah lisan iaitu bertanya kepada mereka untuk merangsang pemikiran yang
kreatif dan klritis. Hal ini merujuk kepada pembentukan konsep dan kemahiran
hidup. Hal ini banyak melibatkan konsep pemikiran seperti melontarkan
pendapat dan idea. Pemerhatian dibuat terhadap cara penyampaian guru dalam
subjek Bahasa Melayu pada Tahun 5 apabila guru meminta pelajar memberi
pendapat dan menggambarkan perasaan mereka apabila membaca teks berita
bertajuk Tragedi Tsunasmi. Pelajar tahun 5 Baiduri secara sendirinya melahirkan
perasaan sedih dan simpati terhadap mangsa tsunami tersebut. Ini merupakan
satu kemajuan dalam tugas perkembangan kanak-kanak kerana meneka
beruapaya melahirkan perasaan mereka terhadap sesuatu perkara secara
positif.
Pemerhatian saya beralih kepada fungsi sudut bacaan yang mana ada
beberapa kelas tidak mempunyai sudut bacaan ini. Tetapi digantikan dengan
Sudut Nilam. Apa yang saya peroleh daripada guru pembimbing, beliau
mengatakan sudut Bacaan ditukar kepada sudut Nilam adalah untuk
merangsang pelajar membaca dan mencapai anugerah nilam. Hal ini secara
tidak langsung telah membantu dam tugas perkembangan kanak-kanak untuk
mencapai kejayaan secara positif. Malah, meningkatkan kehamian mereka
dalam kemahiran membacam menulis dan mengira.
Sudut Nilam tersebut dilengkapi dengan buku cerita dan satu set Iqra
disusun rapi di sudut tersebut. Pelajar akan diperuntukkan masa selama 3 minit
untuk membaca buku tersebut pada setiap hari sebelum pengajaran dimula pada
awal waktu. Pelajar bebas membaca buku apa sahaja buku yang terdapat di rak
Sudut Nilam. Sekiranya guru untuk waktu pertama tiada, pelajar secara
sendirinya akan membaca buku dan tidak membuat bising terlalu kuat dan kelas
juga akan terkawal. Secara tidak langsung, pelajar juga belajat untuk berdikari
dalam menguruskan masa meskipun tiada guru di dalam kelas.

Ada juga dalam kalangan pelajar yang saya perhatikan, mereka membaca
bahan ilmiah dan membuat perbincangan kecil bersama rakan kelas ketika
menunggu guru pada waktu pertama masuk kelas. Mereka menggunakan waktu
untuk membaca dengan emmbuat perbincangan. Hal ini jelas, mereka sudah
berupaya belajar untuk berdikari malah meneyelasaikan tugas perkembangan
dari aspek kemahiran sosial. Mereka tahu menggunakan masa untuk berbual
bersama rakan dan membuat perbincangan yang sihat walaupun berbeza
jantina. Jelas di sini, mereka mula memahami fungsi dan peranan jantina yang
berbeza.
Selain itu, satu budaya yang diamalkan di sekolah tersebut adalah Hari
Membaca yang diadakan pada setiap hari Rabu. Putakawan yang bertugas akan
menolak troli kecil yang berisi buku di dataran perhimpunan untuk dipilih dan
dibaca oleh pelajar selama 5 minit. Hal ini demikian untuk menerapkan amalan
membaca dalam diri pelajar dan

selakigus membantu membina konsep

kemahiran hidup melalui pemeroleha ilmu daripada membaca.


Pada hari berikutnya, saya membuat pemerhatian terhadap paparan
bahan pengajaran yang mujuk kepada papan kenyataan sebagai sudut info
dalam setiap kelas dan di kawasan tertentu di kawasan sekolah. Terdapat
pelbagai bahan pembelajaran yang dipaparkan di papan kenyataan berdasarkan
beberapa subjek sebagai info kepada pelajar. Saya sempat berinteraksi dengan
pelajar dan guru mengenai paparan pembelajaran ini di papan kenyataan.
Kebanyakaan info yang dipaparkan adalah hasil pencarian pelajar sendiri. Guru
kelas bertindak sebagai pembimbing dan membantu dalam mendapatkan bahan.
Jelas di sini, pelajar sekali lagi belajar untuk berdikari dalam mencari ilmu
untuk dipaparkan dan menjadi bahan bacaan serta rujukan mereka di dalam
kelas. Kebebasan peribadi juga dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui
pencarian maklumat tetapi masih berfokus kepada info ilmiah.
Skop pemerhatian beralih kepada aktiviti kokurikulum di sekolah yang
mana terdapat unsur tugas perkembangan dalam permainan, persatuan dan unit
6

beruniform. Semasa melaksanakan tugas PBS 1 ini, saya sempat menghadiri


sati perjumpaan dengan Persatuan Bahasa Melayu yang disertai oleh pelajar
tahun 4 hingga tahun 6. Satu pembentukan organisasi baru dibuat kerana
sebelum dini berlaku banyak kekangan daripada pihak sekolah untuk
melaksanakan aktiviti kokurikul dan persatuan. Apa yang dapat saya perhatikan
adalah keterlibatan pelajar secara aktif dalam persatuan khususnya dalam
pelantikan organisasi. Mereka memberi komitmen dalam pelantikan tersebut
dengan baik sekali. Jelas di sini, sati pembentukan kkonsep kendiri dapat dibina
dengan baik melalui persekitaran pelajar. Mereka belajar untuk menjadi lebih
berani dan yakin untuk mencadangkan nama bagi pengerusi dalam persatuan.
Saya juga amat mengkagumi seorang pelajar tahun 6 yang dilantik oleh suara
majoriti pelajar sebagai pengerusi. Pelajar ini berkredibiliti dan berkebolehana
dalam aspek kepimpinan. Malah berjaya menguruskan pelantikan organisasi
dengan bimbingan guru untuk mengawal keadaan kelas kerana bilangan ahli
yang ramai ssehingga menceceah 60 orang pelajar.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga dalam setiap rancangan tahunan
adalah lebih menjurus kepada akitibiti berkumpulan seperti mebuat buku skrap,
pertandingan depat, forum, dan penulisan karya kreatif. Kesemua aktiviti ini
sebenarnya merangsang kepada pembentikan kemahiran bersosial, kebebasan
peribadi, dan pembentikan konsep kendiri yang sangat jelas. Hal ini merangsang
kepada pembinaan konsep kerjasama dan interaksi serta komunikasi yang positif
dalam kalangan rakan sebaya. Oleh itu, aktiviti yang dirancangan dan
dilaksanakan ini menjurus kepada satu pembentukan kemahiran murid untuk
berhubung dengan rakan dan membentuk kemahiran sosial yang berkesan.
Apa yang menarik dalam persatuan ini adalah satu perancangan khas
yang melalui penglibatan pelajar terhadap penulisan Melayu lama yang
berfokuskan kepada tulisan jawi. Persatuan bahasa Melayu ini bukan sahaja
beraliran moden, tetapi cuba menerapkan satu jati diri dalam diri pelajar untuk
menghargai khazanah bangsa sejak dahulu lagi. Hal ini mempunyai perkaitan
dengan konsep moral dan nilai seperti yang terdapat dalam Teori Tugas
7

Pekembangan kanak-kanak iaitu sifat menghargai. Saya difahamkan oleh guru


penasihat persatuan Bahasa Melayu bahawa semua ahli persatuan Bahasa
Melayu akan belajar menulis menggunakan tulis jawi dalam tempoh beberapa
minggu bagi ahli baru. Bagi ahli lama yang sudah mahir menulis jawi, mereka
akan menulis satu karya kreatif dengan menggunakan tulisan jawi. Secara tidak
langsung, kemahiran menulis dapat diserapkan dalam diri setiap pelajar di
samping mendidik mereka untuk menghargai warisan nenek moyang.
Begitu juga dengan aktiviti yang dijalankan yang bertujuan untuk satu
kelengkapan diri ke arah kemahiran hidup. Contohnya perjumpaan pada bulan
tertentu seperti hari Guru. Pelajar diajar dan diminta mencipta kad ucapan buat
guru-guru di sekolah. Sempena hari Kemerdekaan pula, satu pertandingan
diadakan dalam mencipta kad paling kreatif dan mencipta karya kreatif berbentuk
sajak. Melalui pertandingan ini, pelajar diberi peluang untuk mengembangkan
kemahiran dan bakat mereka serta memberi peluang ke arah satu konsep
kebebasan peribadi. Pelajar bebas mencipta kad mengikut kekreatifan mereka
malah mereka juga diberi kebebasan untuk menulis sajak mengikut cita rasa
mereka dengan memilih pelbagai diksi yang sesuai.
Dalam

unit

beruniform

pula,

masih

mempunyai

Toeri

Tugas

Perkembangan Robert Havighurst yan diaplikasikan. Meskipun saya tidak


berkesempatan

untuk

menghadiri

perjumpaan

dengan

mana-mana

unit

beruniform kerana minggu unit beruniform adalah pada minggu hadapan. Aktiviti
kokurikulum dijalankan secara berselang seli dengan permainan. Sama ada
permain digabungkan dengan persatuan atau permainan digabungkan dengan
unit beruniform. Oleh itu, saya sempat berinteraksi dengan salah seorang guru
pembimbing unit beruniform Pandu Puteri. Unit beruniform Pandu ini hanya
melibatkan pelajar perempuan dari tahun 4 hingga 6 sahaja. Melalui apa yang
diberitahu oleh guru bimbingan adalah aktiviti Pandu Puteri ini banyak
melibatkan konsep kendiri dan kemahiran fizikal. Kebanyakan aktiviti dalam
sukatan Pandu Puteri hampir sama dengan aktiviti unit beruniform pengangkap.

Tetapi, apa yang jelas dalam unit beruniform melalui pengaplikasian


Tugas Perkembangan adalah membezakan jantina. Dalam unit beruniform
Pandu Puteri ini lebih menerapkan kemahiran-kemahiran asas yang perlu
diketahui oleh perempuan malah ditambah dengan kemahiran lain seperti
membuna khemah, ikatan dan kawat kaki. Kemahiran tambahan ini menjadikan
sebenarnya bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar dan menjadi
seorang yang fleksible dalam semua bidang. Hal ini membuktikan bahawa
pelajar wnita tudak hanya tertumpu kepada akktivi keperempuanan sahaja,
malah aktiviti lasak juga boleh dilakukan tetapi mengikut keupayaan dan kudrat
seorang wanita.
Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti Pandu Puteri ini jelas memberi
peluang kepada pelajar untuk membina dan membentuk konsep kendiri yang
positif. Hal ini amatlah diperlukan kerana ia merupakan kemahiran-kemahiran
penting dalam kehidupan untuk melahirkan individu yang kreatif, progresif,
madani serta harmonis. Malah, peluang juga diberikan kepada mereka untuk
memegang jawatan dalam organisasi yang dilantik secara demokrasi.
Menurut guru pembimbing Pandu Puteri ini, lantikan jawatan dalam
organisasi adalah dipilih mengikut undian dan suara majoriti. Hal ini memberi
peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kepimpinan secara aktif
meskipun masih diperingkat sekolah rendah. Secara tidak langsung, melalui unit
beruniform ini pelajar dapat menyelesaikan tugas perkembangan seperti yang
terdapat dalam Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst iaitu pembentukan
konsep kendiri, kebebasan peribadi dan beridikari.
Selain itu, pelajar juga dapat menguasai kemahiran hidup melalui aktiviti
yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum seperti origami, memasak, membasuh,
menggosok pakaian, gubaha bunga, kawat dan seni suara. Kemahirankemahiran ini merupakan antara kemahiran asas yang tidak dipelajari secara
formal di dalam kelas, tetapi dipelajari dalam sukatan kokurikulum. Meskipun
kemahiran ini bukanlah merupakan kemahiran baru bagi mereka, tetapi ia
merupakan kemahiran yang perlu dimantapkan agar persediaan di masa akan
9

datang lebih lengkap dan teratur. Begitu juga dengan perkara asas dalam
kehidupan seperti menjaga keselamatan dan kebersihan, tatatertib dan etika diri
sebagai seorang manusia juga di ajar dalam sukatan kokurikulum. Melalui aktiviti
ini, sebenarnya banyak mendidik pelajar untuk membina konsep kendiri agar
lebih mantap dan mencapai satu peringkat matang.
Begitu juga dengan kemahiran sosial yang diterapkan secara sihat. Caracara pergaulan antara kenalan sejantina atau sebaliknya juga diajar sebagai
panduan untuk masa akan datang dalam menempuhi kehidupan yang pelbagai.
Pelajar didedahkan dengan kemahiran sosial yang sihat antara rakan sebaya
dan semangat kerjasama antara satu sama lain disamping dapat mengeratkan
lagi hubungan persahabatan antara mereka.
Pemerhatian terus dilakukan melalui permainan. Namun begitu, sedikit
kekecewaan dalam pemerhatian ini kerana saya tidak dapat melihat sendiri
bagaimana permainan dilaksanakan kerana mengikut sukatan kokurikulum pada
minggu saya menjalankan PBS 1 ini, adalah penerangan mengenai cara
bermain. Saya hanya berkesempatan mendengar penerangan daripada guru
bimbingan cara bermain badminton.
Melalui pengamatan saya, jelas dapat dilihat pelajar yang terdiri daripada
tahun 4 hingga tahun 6 ini dapat menyelesaikan tugas perkembangan melalui
perbezaan

jantina

dan

kemahiran

fizikal

dalam

permainan.

Meskipun

permaianan tidak dijalankan, tetapi kaedah dan teknik yang diajar memerlukan
pelajar melakukan pergerakan. Hal ini melibatkan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor yang membawa kepada kecergasan badan yang memberi
kesan kepada kecerdasan minda.
Walau bagaimanapun, saya sempat membuat pemerhatian terhadap dua
perlawanan dalam dua permainan iaitu bola sepak dan bola jaring pada sebelah
petang. Saya difahamkan bahawa dua pasukan lelaki dan perempuan ini sedang
membuat latihan sebagai persiapan perlawana persahabat yang akan diadakan
10

tidak lama lagi. Melalui latihan ini, saya dapat perhatikan konsep kendiri yang
dibina melalui kokurikulum permainan. Dalam latihan perlawanan, semangat
berpasukan jelas dapat dilihat yang mana berupaya mengeratkan hubungan
rakan sebaya secara positif. Semangat kerjasama juga ditunjukkan apabila
mereka sedaya upaya berusaha untuk membuat jaringan untuk mencapai
kejayaan dan kebahagian.
Maka jelaslah di sini, pengaplikasian Teori Tugas Perkembangan Robert
Havighurst yang dikatakan dipengaruhi oleh persekitaran adalah tepat dan
merangsang kepada lapan tugasan yang perlu diselesaikan oleh kanak-kanak
pada peringkat umur 6-12 tahun. Antaranya adalah membentuk kemahiran fizikal
untuk permainan, membentuk konsep kendiri, membentuk kemahiran sosial
untuk berkawan dengan rakan sebaya, memperoleh ilmu membaca menulis dan
mengira, menguasai konsep moral, nilai dan kemahiran hidup, membentuk
kebebasan peribadi, belajar berdikari dan belajar membezakan peranan lelaki
dan perempuan.

11

RUMUSAN
Melalui tugasan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) 1, dapatlah
disimpulkan bahawa tugas perkembangan kanak-kanak yang merujuk pada
tahap umur 6-12 tahun adalah dipengaruhi oleh perseikitan dan rangsangan dari
sekeliling seperti galakan ibu bapa, keluarga, rakan sebaya dan guru-guru di
sekolah. Tugas perkembangan ini dapat diaplikasi sama sama ada secara formal
atau tidak formal.
Selain itu, kesan daripada pelaksanaan Tugas Perkembangan ini,
seseorang individu berupaya membina konsep kendiri seperti keyakinan dalam
diri, bertanggungjawap dalam sesebuah organisasi dan berani mengeluarkan
pendapat dan idea secara kreatif di depan khalayak. Hal ini selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana mahu melahirkan insan
yang kreatif, kritis, proaktif dan bertrampilan dalam menyampaikan maklumat.
Begitu juga dengan keupayaan pelajar yang dapat diperhatikan sepanjang
menjalani PBS di sekolah kawasan daerah Manjung dalam membezakan fungsi
dan peranan jantina yang berbeza. Hal ini jelas dapat dilihat melalui sukan dan
permainan apabila pelajar perempuan bermain bola jaring manakala pelajar
lelaki pula bermain bolak sepak. Keupayaan mereka di sini dapat dinilai melalui
kekuatan fizikal mereka.
Sementara itu, kemahiran sosial juga diterapkan secara sihat dan positif
dalam kalangan pelajar. Mereka tahu bagaimana caranya untuk berkawan dan
melaksanakan perbincangan dengan sihat. Secara tidak langsung, konsep nilai
dan moral juga dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang halangan.
Secara keseluruhan, Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst ini
merupakan antara teori yang dapat membantu dalam menyelasaikan tugas
perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat secara positif dan sihat. Sekali
gus melahirkan modal insan yang berkeupayaan dalam pelbagai bidang
khususnya kurikulum dan kokurikulum.
12

REFELKSI
Sepanjang melaksanakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
selama tempoh 1 minggu yang bermula pada 5 Mac 2012 sehingga 9 Mac
2012, banyak beri pengalaman dan ilmu baru yang dapat saya perolehi melalui
pemerhatian di sekolah. Meskipun peperiksaan bulanan sedang dijalankan pada
tarikh

tersebut, tetapi

ia

tidak menganggu

fokus

utama

saya

dalam

melaksanakan tugasan yang telah diberikan.


Pada hari pertama iaitu pada 5 Mac 2012, saya melaporkan diri sebagai
pelajar Ipg Kampus Ipoh yang akan melaksanakan tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah selama 1 minggu kepada Guru Besar sekolah tersebut.
Beberapa perbincangan tentang peraturan di sekolah telah diberikan oleh guru
besar seperti waktu operasi sekolah, waktu pulang pelajar dan guru, jadual
mesyuarat, dan organisasi sekolah.
Kemudian, saya dikenalkan dengan Guru Kanan 1 untuk rujukan lanjut
mengenai maklumat sekolah. Saya telah diberi pilihan untuk memilih guru
mentor atau guru bimbingan sebagai rujukan lanjut berkaitan tugasan saya. Oleh
itu, saya memilih guru Panitian Bahasa Melayu sebagai guru bimbingan
sepanjang melaksanakan tugas di sekolah tersebut.
Berdasarkan tugasan, pemerhatian terhadap kurikulum dan kokurikulum
telah dibuat dan interaksi bersama guru bimbingan serta staf sokongan djuga
turut dilaksanakan bagi memenuhi tugasan yang diberikan olej Jabatan Ilmu
Pendidikan. Beberapa gambar sebagai bahan bukti terhadap pelaksanaan juga
ada disertakan.
Respon saya berkaitan Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst ini
adalah ia membantu dalam perkembangan pelajar secara menyeluruh dan
merangkumi kepada aspek, jasmini emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar
sendiri. Hal ini jelas melalui tugas perkembangan kanak-kanak melalui konsep
kendiri yang cuba dibina semasa di dalam kelas mahupun di dalam kelas.
Rangsangan yang dilakukan melalui bahan pengajaran atau teknik
13

pengajaran

guru jelas menggalakan pelajar untuk terus membina konsep kendiri seperti
berkeyakinan,

keberanian,

konsep

kerjasama,

dan

bertanggungjawap.

Perbincangan pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian yang bertunjuang


sukatan pelajaran jiga ada dilaksanakan.
Dalam pada itu, perkembangan dalam kemahiran fizikal jelas dalam dilihat
melalui aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada sukan dan permainan.
Respon utama terhadap tugasan ini adalah melalui pelancaran program baru
untuk pelajar iaitu 1 murid 1 sukan. Secara tidak langsung, saya dapati program
ini merangsang satu pembentukan kemahiran sosial dan konsep nilai.
Pada hari kedua iaitu pada 6 Mac 2012, pemerhatian terhadap
pengawalan kelas telah dibuat. Saya telah diizinkan oleh Guru Besar dan Guru
Panitian Bahasa Melayu untuk membuat pemerhatian terhadap pengurusan
kelas oleh guru subjek bahasa Melayu tahun 5 selepas waktu rehat. Hal ini
kerana peperiksaan bulanan dijalankan pada waktu pagi sehingga waktu rehat.
Apa yang saya dapati adalah melalui pemerhatian pengajaran di dalam
kelas adalah sikap dan nilai murni yang diamalkan oleh pelajar terhadap guru.
Mereka memberi salam kepada guru ketika gur masuk kelas dan apabila tamat
waktu pengajaran. Semasa sesi pengajaran dan pempembelajaran dijalankan,
pelajar akan mengangkat tangan setiap kali ada persoalan atau perkara yang
tidak difahami. Begitu juga dengan nilai dan kesopanan yang diterapkan dalam
diri pelajar, mereka akan mengangkat tangan untuk menjawap tanpa berebutrebut.
Pada hari tersebut, saya juga sempat berinteraksi dengan guru Panitia
Bahasa Melayu berkaiatan cara pengawalan kelas dan bagaimana cara atau
kaedah pengajaran yang merangsang pelajar. Melalaui perinteraksian ini, saya
dapat pelbagai ilmu. Contohnya, cara untuk menarik perhatian pelajar melalui
intonasi suara, cara untuk membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi
pelajar dan pendekaran yang wajar digunakan supaya pengajaran yang
disampaikan lebih mudah difahami oleh pelajar.
14

Selain itu, pemerhatian juga dibuat tehadap info-info serta organisasi


sekolah yang dipaparkan di beberapa sudut sebagai rujukan pelawat. Pada hari
kedua pelaksanaan tugasan, saya telah diberi peluang untuk mengganti kelas
tahun 1 Nilam. Tanpa persediaan yang lengkap, saya cuba mengaplikasikan
tentang cara yang telah diberitahu oleh guru bimbangan pada hari pertama.
Tidak dapat dinafikan, melangkah ke kelas sebagai pendidik merupakan
pengalaman pertama buat saya. Debaran terasa benar-benar memburu diri.
Walau bagaimanapun, saya cuba menggunakan dan mengaplikasikan segala
cara yang telah dicadangkan oleh guru pembimbang untuk mengawal kelas.
Alhamdulilah, aktiviti yang sempat saya jalankan dalam kelas bersama
tahun 1 berjalan dengan lancar dan terkawal. Berdasarkan aktiviti yang
berpusatkan bahan, saya dapati bahawa pelajar pada tahap ini lebih tertumpu
kepada sesuatu yang menarik dan boleh disentuh serta dilihat dengan jelas.
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst yang mana menyatakan
terdapat lapan tugasan yang perlu diselesaikan oleh kanak-kanak pada tahap ini
jelas dapat dilihat. Fokus pemerhatian terhadap tugas perkembangan adalah
kemahiran 3 M iaitu membaca mengira dan menulis.
Beralih kepada sukatan pelajaran yang lebih memfokuskan kepada
kurikulum, saya juga belajar bagaimana caranya untuk membuat perkaitan dan
rujukan antara sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran untuk
dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah
mempelajari cara untuk menyesuaikan aktiviti dalam menarik minat dan fokus
pelajar.
Dalam pada itu, saya juga berkesempatan berbual dengan Guru Kanan 1
yang mana beliau telah menerangkan kepada saya skop tugas guru di alam
persekolahan. Beliau juga sempat bercerita tentang pengalaman beliau
mengajar dibeberapa buah sekolah. Melalui penceritaan beliau, saya dapati skop
tugas seorang guru bukan mudah tetapi memerlukan keikhlasan dan
kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
15

BIBLIOGRAFI
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2007). Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Adb Majid Mad Isa, Rahil Mahyuddin. (1997). Psikologi Pendidikan 1. Selangor:
Logman.

16

Anda mungkin juga menyukai