Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan

perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2007), menyatakan

bahawa perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan

jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak

mulia. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), pendidikan di peringkat rendah

bertujuan untuk membolehkan murid-murid dapat menguasai Bahasa Melayu.

Semua murid perlu menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur,

membaca dan menulis sebagai bahasa pangantar di sekolah, malah murid-

murid juga perlu menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan

menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian, di samping

menguasai kemahiran belajar dan kemahiran berfikir.

Tujuan yang lain ialah murid-murid juga akan dapat memperolehi

ilmu pengetahuan, membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri serta

menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. Murid-murid diajar untuk

memahami, meminati, dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian, rekreasi

dalam lingkungan kebudayaan nasional, menjaga kebersihan, kesihatan dan

kecergasan diri. Menurut Awang Haji Salleh (1980), pendidikan sekolah

Anda mungkin juga menyukai