Anda di halaman 1dari 10

AYAM JANTAN DENGAN SERIGALA

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor ayam


jantan yang cantik. Ayam jantan ini sangat
baik hati dan bijak. Ayam jantan selalau tidur
di atas dahan pokok.

Ayam jantan mempunyai banyak kawan.


Semua haiwan di dalam hutan suka berkawan
dengannya.

Ayam jantan selalu menolong haiwan lain


yang berada dalam kesusahan. Ayam jantan
juga tidak suka bersikap sombong.

Tetapi, ayam jantan juga mempunyai


musuh. Musuh ayam jantan di hutan itu ialah
serigala. Selain ayam jantan, banyak haiwan
lain yang bermusuh dengan serigala. Serigala
jahat dan suka mengganggu haiwan lain.
Pada suatu hari, serigala ternampak ayam
jantan. Serigala ingin makan daging ayam
jantan.

“Alangkah sedapnya kalau aku dapat


makan daging ayam jantan,” kata serigala.

“Aku mesti ajar serigala supaya dia tidak


membunuh haiwan lain,” kata ayam jantan.
Ayam jantan tahu tentang perbuatan jahat
serigala itu.

Tiba-tiba, ayam jantan ternampak arnab


sedang menangis.

Ayam jantan sungguh hairan melihat arnab.

“Wahai arnab, mengapa engkau menangis?


Apakah yang berlaku?” tanya ayam jantan.

“Aku sedih kerana semua ahli keluargaku


telah dimakan oleh serigala. Serigala itu
sungguh jahat,”kata arnab.

Setelah itu, ayam jantan bertemu dengan ibu


rusa pula.

“Wahai rusa, mengapa engkau sedih?”


tanya ayam jantan.

Ibu rusa pun memberitahu ayam jantan


bahawa anaknya telah dimakan oleh serigala.

Ayam jantan berasa sungguh kasihan akan


arnab dan rusa.

“Bagaimana aku dapat mengajar serigala


yang jahat itu?” kata ayam jantan dalam hati.

Selepas itu, ayam jantan pergi berjumpa


dengan tikus. Tikus bersetuju untuk membantu
ayam jantan. Mereka berbincang tentang cara
untuk mengajar serigala yang jahat itu.
Selepas berbincang dengan tikus, ayam
jantan pergi berjumpa lebah. Ayam jantan pun
menceritakan tetang kejahatan serigala.
Setelah mendengar cerita itu, lebah juga
bersetuju untuk menolong ayam jantan.

Pada hari keesokan harinya, tikus pergi


berjumpa dengan serigala.

“Wahai serigala, adakah kau nak merasa


daging ayam jantan? Aku tahu di mana ayam
jantan berada,” kata tikus.

Serigala berasa sangat suka hati apabila


mendengar kata-kata tikus itu.

Tikus pun membawa serigala ke tempat


ayam jantan. Serigala sudah tidak sabar lagi
untuk makan daging ayam jantan itu. Perutnya
pun terasa lapar.

“Akhirnya, dapat juga aku merasa daging


ayam jantan itu. Ha! Ha! Ha!” serigala
ketawa dengan kuat.

Tidak lama kemudian, mereka pun sampai ke


tempat ayam jantan. Ayam jantan sedang
berehat di atas sebatang dahan pokok. Sarang
lebah berada di tepi ayam jantan.

“Hai serigala, tangkaplah aku!” kata


ayam jantan. Serigala pun cuba memanjat
pokok itu. Akibatnya, pokok itu bergoyang dan
sarang lebah pun jatuh ke atas kapala serigala.
Lebah pun menyengat seluruh badan serigala.

Akhirnya, serigala melarikan diri jauh ke


dalam hutan.

Moral yang kita boleh dapati daripada cerita


ini adalah buat baik dibalas baik, buat jahat
dibalas jahat. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
berbuat baik.
ANAK RUSA YANG CERDIK
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan
sekalian. Salam sejahtera dan salam 1
Malaysia saya ucapkan. Tajuk cerita saya
pada hari ini ialah ”Anak Rusa Yang Cerdik”.

Ada seekoor anak rusa yang sangat kurus


tetapi cerdik. Pada suatu hari, Si Anak Rusa
mencari makanan di suatu kawasan lapang.
Tiba-tiba Si Anak Rusa ternampak seekor
harimau hendak menangkap seekor rusa yang
sedang bunting. Si Anak Rusa pun mencari
akal.

Sebaik sahaja harimau hendak menerkam


ibu rusa, Si Anak Rusa terlebih dahulu
menjerit. ”Tunggu dulu, harimau!” Sang
Harimau terperajnat lalu menoleh ke arah anak
rusa itu.

”Oh, kamu datang untuk menyerah diri, ya!”


kata harimau.
”Tidak , aku datang nak memberitahu kamu
satu rahsia,” jawab Si Anak Rusa.
”Hah, rahsia apa? Aaa cepat beritahu, ” gesa
Sang Harimau.

”Sebenarnya rusa itu sedang bunting dan


mengidap sejenis penyakit yang bahaya.
Kamu lihatlah badan ibu rusa itu. Jika engkau
makan juga rusa itu, badan engkau pun akan
menjadi seperti badannya,” kata Si Anak Rusa.

”Mengapakah engkau berkata begitu?”


tanya Sang Harimau.

”Lihatlah perut rusa itu,” jawab Si Anak


Rusa itu.

Apabila mendengar kata-kata Si Anak Rusa


itu, harimau menganggap ibu rusa mengidap
sejenis penyakit. Sang Harimau percaya akan
kata-kata Si Anak Rusa. Akhirnya, harimau
tidak jadi makan ibu rusa itu. Ibu rusa amat
terhutang budi kepada Si Anak Rusa kerana
telah menyamatkannya.

Begitulah cerita tentang helah yang bijak


dapat menyelamatkan satu nyawa. Oleh itu,
kita mestilah selalu panjang akal. Sekian,
terima kasih.
PENJUAL KAIN YANG JUJUR
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya
ucapkan kepada para hakim, guru-guru dan
rakan-rakan. Tajuk cerita saya pada hari ini
ialah ”Penjual kain yang jujur.”

Pada suatu masa dahulu, ada seorang


pemuda yang kacak. Setiap hari dia menjual
kain-kain batik dan kain pelekat. Pemuda itu
bernama Taruna. Taruna merupakan seorang
pemuda yang jujur dan sangat baik hati.

Taruna menjual kain-kain yang bermutu


tinggi dengan harga yang murah. Oleh sebab
itulah, semua penduduk kampung suka
membeli kain daripada Taruna.

Ini membuatkan seorang penjual kain


bernama Usop iri hati dengan kesenangan
Taruna. Kain-kain yang dijual olehnya tidak
terjual kerana harga kain itu lebih mahal
berbanding dengan harga kain Taruna.

Usop membuat satu rancangan. Dia telah


membeli beberapa helai kain daripada Taruna.
Apabila sampai di rumah, Usop segera
mengoyakkan kain-kain tersebut. Selepas itu,
dia pergi ke pekan sambil memekik dengan
kuatnya. ”Lihatlah wahai orang-orang
kampung, kain ini baru aku beli daripada
Taruna. Sebaik sahaja aku hendak
memakainya, tiba-tiba kain ini koyak. Ini
menunjukkan kain buatannya tidak elok.
Sebab itulah dia menjualnya dengan harga
yang murah,” Kata Usop.

Anda mungkin juga menyukai