Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : MERDEKA JUA

Aku memang selalu mendengar ibunya berkata, tapi sayang aku tidak pernah percaya apa
yang telah diceritakan kepadaku selama ini. Telah banyak yang berbicara tentang Pak Walli,
malah boleh dikatakan semua orang-orang tua di kampung tahu akan cerita Pak Walli.
Walau apapun yang diceritakan oleh orang ramai, aku tetap dengan pendirianku yang
keras hati. Aku memang tidak sukakan Pak Walli. Malah perasaan jijik juga terselit dihatinya
apabila melihat keadaan Pak Walli yang pincang kakinya dan mengerutu pula wajahnya itu.
Petang itu, pulang dari sekolah, aku terus ke pulang rumah. Kulihat ibunya sedang asyik
berbual dengan Pak Walli. Kelihatannya mereka amat mesra sekali. Entah apa yang mereka
bualkan,
aku
kurang
juga
pasti.
"Tiap hari nak hantar makanan. Eee Ibu ni dah kena pukau dek pak Walli tu agaknya.
Memang Pak Walli suka buat hal, tak sedar diri, muka dah kereput, masih mahu mengatal," Aku
berbisik dengan geram sekali. Rasa-rasanya ingin saja aku menumbuk kepala orang tua nyanyuk
itu.
"Ibu! Tak ingat nak pulang ke? Sya dah lapar ni, jangan anak kelaparan, kera tua pula
diberi makan," tajam sungguh kata-kata yang aku laungkan kepada ibu.
Setiap kali kawan-kawanku bercerita tentang kehebatan Pak Walli sewaktu zaman
penjajah
Jepun
dulu,
pasti
aku
tergelak
mendengarnya.
"Apa yang kamu percaya dengan cerita karut tu, lihatlah sendiri, Pak Walli yang bongkok
lagi pincang kakinya itu kamu katakan gagah? Tidak dapat kubayangkan, bagaimana agaknya dia
berlawan dengan tentera Jepun dengan keadaannya yang begitu," kata-kataku terhenti disitu,
namun ku akhiri dengan ketawa yang pecah. Aku menoleh ke arah Ikram.
"Engkau sajalah jadi macam Pak Walli, Ikram," Aku menuding ke arah Ikram. Ikram
menepis tanganku, mukanya kelihatan kemerah-merahan menahan marahnya. Ikram benar-benar
sakit hati melihat perangaiku yang agak biadab. Ikram mengambil keputusan pergi dari situ.
Diikuti pula oleh Arvyie yang kebetulan pembonceng setia motosikal Ikram.

itu,

"Hei! Kenapa ni, tak kan itu pun nak marah?" Aku melambai kedua sahabat karibnya
namun
mereka
langsung
tidak
menghiraukanku.

"Ini dah lebih ni. Kalau Ikram dan Arvyie pun dah pandai belot. Nak kena betul orang tua
ni. Entah apa pula ilmu yang dia pakai, Aku bergegas menunggang motosikalku dan terus
menuju
ke
rumah
Pak
Walli.
Sesampai di halaman, kulihat Ikram dan Arvyie sedang berbual-bual dengan Pak Walli di

beranda rumah papan yang bertiang itu. Kemarahanku semakin membara apabila melihat keduadua
sahabatku
berada
di
situ.
"Ooh! Kau orang tinggalkan aku, ke sini pula kau orang mengadu ya?" marahku.
"Hei si pincang bongkok! Turun kau, aku datang nak buat perhitungan hari ini.Kau benarbenar telah mencabar kesabaran aku," herdikku. Ikram dan Arvyie ketakutan dibuatnya, lebihlebih lagi aku memang terkenal dengan sebagai seorang kaki pukul. Ibuku meninjau-ninjau dari
jendela rumah. Dia bimbang kalau-kalau anaknya ini buat hal kali ini.
Pada masa yang sama, Pak Walli yang menjadi sasaranku kelihatannya tenang saja
mempersilakan
aku
naik
ke
rumahnya..
"Naik ke rumah? Rumah macam ni, rumah yang dah nak mampus macam tuannya. Hei!
Sedarlah sikit, aku tidak akan mencecahkan kakiku di rumah orang yang telah membunuh
ayahku
sendiri.
Tui!"
Aku
berludah
kekiri.
"Sabarlah nak, Sya jadilah anak merdeka yang bersopan, jangan biarkan diri dijajah oleh
hawa nafsu, bawa banyak-banyak mengucap," wajah kedut tua Pak Walli masih lagi tenang
ketika
itu.
"Jangan cuba nak menasihati aku Pak Walli. Aku pelajar terbaik di sekolah, aku tahu apa
yang aku buat. Janganlah cuba berlindung disebalik nasihat-nasihatmu Pak Walli, aku tahu apa
sebenarnya yang terjadi. Pak Walli yang bertanggungjawap atas kematian ayah," Pak Walli
mengelengkan
kepalanya.
"Kau salah faham nak," kata Pak Walli perlahan, sesuai dengan keadannya yang telah tua
itu.
"Mata ini sendiri yang menjadi saksi Pak Walli. Tangan Pak Walli tulah yang mencabut
parang yang menikam perut ayah," aku berkata sambil menentang wajah Pak Walli.
"Tapi

bukan

pak

cik

yang

menikamnya"

kata-kata

Pak

Walli

terputus.

"Janganlah Pak Walli cuba nak menipu aku, ibu mungkin Pak Walli boleh tipu, tapi bukan
aku Pak Wahab. Aku tahu, Pak Walli sebenarnya dengki. Pak Walli mahu memikat ibu. Dengan
kematian ayah, senanglah Pak Walli mengoda ibu, ka?"Tiba-tiba satu tamparan hinggap di
pipiku, perit. Entah bila ibuku datang, Aku sendiri tidak menyedarinya.
Ibu tidak pernah mengajar kau berkara begitu, Sya. Kau tak tahu, banyak jasanya kepada
keluarga
kita,"
terang
ibuku.
"Ibu jangan ikut campur, ini urusan Sya dan lelaki tua ini. Sya tak sangka ibu sanggup

menyebelahi leleki pembunuh ini. Air jernih tiba-tiba bergenang di pipi ibuku secara tiba-tiba.

tadi

Satu demi satu anak tangga dituruni oleh pak Walli. Manakala Ikram dan Arvyie sejak
sudah
menghilang.

"Sudahlah Sya, jangan jadi anak derhaka di zaman merdeka ini, jadilah anak bangsa yang
berguna," Pak Wahab menepuk bahuku, pantas kutepis tangan tua itu.
Kemarahanku semakin membuak. Kucapai salah satu batang kayu yang tersusun kemas
di sudut halaman itu. Hayunan pertamaku kepada Pak Walli tidak mengena, tanpa disangka
disebalik ketuaannya, ketangkasan Pak Walli masih terserlah ketika itu. Aku bukanlah orang
yang
mudah
putus
asa.
Percubaan
kedua
mesti
dilancarkan.
Baap! Kali ini mengena, tapi sayang , ianya telah mengenai batang tubuh ibuku yang
tiba-tiba
saja
menerpa
ke
arahku.
Ibuku
tersungkur.

terus

"Ibu!" Aku berkata separuh berteriak, Pak Walli terperanjat. Tanpa berlengah Pak Walli
menghampiri
ibuku.
Kemarahanku
ketika
itu
semakin
memuncak.

"Jangan sentuh ibuku," kata-kataku tidak dipedulikan oleh pak Walli. Dengan bersusah
payah pak Walli cuba membantu ibuku. Bertambah esak tangis perempuan itu melihat perangai
anaknya ini yang banyak berubah semenjak ayahnya meninggal tiga bulan yang lalu.
Melihat saja Pak Walli yang tidak mempedulikan amaranku itu, aku segera mengambil
kesempatan
memukul
Pak
Walli
bertalu-talu.
Darah
mengalir. Pak
Walli
rebah. Ibuku menangis sebaik saja melihat darah yang tidak berhenti mengalir itu, Aku menjadi
lemah.
Ketakutanku
tiba-tiba
menyelubungi
diriku.
"Apa yang telah kulakukan??" Aku berbisik. Perlahan-lahan aku menghampiri Pak Walli.
Keegoanku
terus
menghilang.
Simpati
pula
yang
menyusul.
"Pak Walli Pak Walli!" Aku mengoyang-goyangkan badan Pak Walli. Pak Walli yang
tertutup matanya tadi perlahan-lahan membuka matanya. Pak Walli merenungku. Tiada riak
benci
terpamer
di
wajah
tua
itu.
"Nak! Pak Wal tidak membunuh ayahmu, dia tertikam sendiri dengan parangnya sewaktu
jatuh dari pokok kelapa, Pak Wal hanya mencabut parang itu saja, itu pun atas permintaan
ayahmu, nak. Sya, andainya Pak Wal mati, jagalah ibumu baik-baik nak, itu pesan ayahmu. Pak
Wal mahu kau jadi anak merdeka yang berguna nak. Jangan sia-siakan masa mudamu. " Air mata
yang
kutahan
akhirnya
tertumpah
juga.
"Kau degil nak, kau degil. Dialah yang menyelamatkan ibu dan ayah sewaktu ibu hampir
diperkosa tentera Jepun nak, dia jugalah yang menyelamatkan ayahmu dari ditawan tentera

Jepun. Inikah balasanmu terhadap orang yang berjasa kepada keluarga kita?" Aku memeluk Pak
Walli yang semakin lemah itu. Pilu rasa hatiku mendengar kata-kata ibuku itu.
"Sya tak tahu ibu, Sya tak tahu! Oh, Pak Walli, maafkan Sya," Aku benar-benar menangis
ketika
itu.
"Kau yang tidak mahu tahu Sya. Tahukah kau, kecacatannya yang kau jijikan selama ini
berpunca dari ibu dan ayah yang ingin diselamatkannya dari terkena letupan bom musuh. Tapi
sayang dia pula yang menanggung derita," kata ibuku dalam sendu. Tiba-tiba mata Pak Walli
tertutup.
Pak Walli!!
*****************************************************************************
Kenangan itu tidak pernah hilang dari ingatanku. Peristiwa itu benar-benar menjadi penjagaran
kepadaku.
Pagi itu, 31 hari bulan ogos 2013, orang ramai sudah sedia berkumpul di Dataran
Merdeka. Berbagai-bagai pakaian yang dipakai oleh kontinjen-kontinjen yang terlibat dalam
perbarisan.
Apa yang amat membanggakanku, aku telah diberi kepercayaan untuk membantu
mendorong kereta roda yang digunakan oleh Pak Walli sewaktu terpilih menerima anugerah
rakyat berjasa. Anugerah itu telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri pada pagi yang
ceria
itu.
"Aku pasti akan jadi anak merdeka yang berjasa." Itu janjiku..

Beathres Petrus
6 Atas 5

Anda mungkin juga menyukai