Anda di halaman 1dari 13

MATAPELAJARAN

SEJARAH:
TAHUN 4

TAJUK: ZAMAN
PRASEJARAH
ZAMAN PRASEJARAH
1. Apakah prasejarah?
2. Melalui kajian apa
kita dapat mengetahui
kewujudan manusia
prasejarah?
3. Melalui kaedah apa
kita dapat mengetahui
kewujudan manusia
prasejarah?
3. Prasejarah
dibahagikan kepada
berapa zaman?
ZAMAN PRASEJARAH

 PRASEJARAH IALAH ZAMAN MANUSIA


BELUM MEMPUNYAI TULISAN.

KEWUJUDAN MANUSIA PRASEJARAH


DAPAT DIKETAHUI MELALUI KAJIAN
ARKEOLOGI DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH CARI GALI.

PRASEJARAH DIBAHAGIKAN KEPADA


EMPAT ZAMAN UTAMA IAITU
PALEOLITIK, MESOLITIK, NEOLITIK,
LOGAM.
zaman logam
 sungai tembeling, pahang.
 Lembah Bernam, Selangor.
 Gua Harimau, Perak.

zaman Neolitik
 Bukit tengkorak, Sabah.
 Gua Cha, kelantan.
 Gua Badak, Perak.
Zaman Mesolitik
 Jenderam Hilir, Selangor.
 Gua Madai, Sabah.
 Gua Kepah, Seberang Perai.

Zaman Paleolitik
 Kota Tampan, Perak.
 Tingkayu, Sabah.
 Gua Niah, Sarawak.
Kepentingan menghargai tinggalan sejarah

Tinggalan sejarah adalah suatu unsur yang penting


terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia
mempunyai tinggalan sejarah masing-masing, atau
dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang
manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan
seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak
kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah,
sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara,
agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun
kita tidak dapat memastikan, apakah kepentingan
menghargai tinggalan sejarah terhadap menusia itu
sendiri. Antara kepentingan kita meghargai
tinggalan sejarah adalah dapat mengenal
kebudayaan dari masa ke masa sebagai peradaban
manusia. Hal ini kerana, mustahil bagi seseorang
manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah
kebudayaan yang pernah diikuti secara nyata.
Melalui itu, masyarakat Malaysia dapat mengenali
sejarah kebudayaan yang diwujudkan dan diikuti
sehingga sekarang.
Seterusnya, masyarakat malaysia perlu meghargai
sejarah bagi mengembangkan budaya sekarang dan
belajar dari budaya masa lampau. Melalui itu,
jumlah masyarakat yang memeggang kepada budaya
sendiri dapat ditingkatkan. Jadi, situasi seperti
masyarakat yang lupa akan budaya sendiri tidak
akan berlaku. Di samping itu, masyarakat malaysia
juga perlu menghargai tinggalan sejarah agar
manusia dapat bertindak arif dan bijaksana dan
menghargai dan melestarikan dari berbagai
peninggalan sejarah.

Anda mungkin juga menyukai