Anda di halaman 1dari 1

Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara implikasi teori

konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan
pembelajarandengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini
adalah kerana segala pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid belajar
melalui segala proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas. Jadi, hal-hal
yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat ditekankan kerana sekiranya hampir kesemua murid di
dalam sesuatu kelas itu tidak mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka, proses pembelajaran
yang dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.

Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat mengenal pasti Zon
Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid
berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid
tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan
guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.

Menjadi tanggungjawab guru-guru juga untuk memilih beberapa orang murid yang lebih berkemahiran untuk
mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses pembelajaran. Bantuan daripada rakan-rakan
yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa
diajarkan oleh rakan-rakan yang lebih dikenali dan mesra. Kanak-kanak juga sebenarnya adalah lebih mudah
memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika dibandingkan dengan guru.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslahmenyediakan lebih banyak contoh dan bahan
sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari.
Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum
lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-
murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

Guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yan

Anda mungkin juga menyukai