Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI PERKHEMAHAN

1.0 PERKHEMAHAN
 Aktiviti perkhemahan sangat sinonim dengan ‘outdoor adventures’ yang
mampu mendatangkan keseronokan dan keterujaan berganda buat para
pelajar mahupun peserta kem.

1.1 Asas perkhemahan bagi pemilihan kawasan dan tapak perkhemahan:

 Pilih tanah atau tapak yang rata. Ini memudahkan pemasangan khemah yang
selesa sebagai tempat tidur atau berehat dan akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung semasa hujan.
 Berhampiran dengan punca air. Air yang bersih penting digunakan untuk
memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Punca air tersebut hendaklah
dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku sakit perut,cirit birit atau
penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.
 Jauh daripada dahan kayu mati. Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin
yang kuat atau hujan, pokok atau ranting serta dahan mati tersebut tidak
menimpa khemah dan orang yang berada ditapak perkhemahan tersebut.
 Pemilihan tapak yang lebih tinggi dari punca air. Ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai.
 Kawasan yang mudah untuk mendapatkan bantuan. Ini penting jika berlaku
sebarang kecemasan, pilih tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan
kampung, laluan orang serta mudah dihubungi.
 Makluman kepada pihak berwajib. Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah
dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan
yang berhampiran agar bantuan dan maklumat kecemasan akan dapat
dimaklumkan secepat mungkin.
 Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Bahan bakar perlu untuk memasak
jika memasak menggunakan unggun api.
 Keselamatan kawasan perkhemahan. Pastikan kawasan tersebut terselamat
dari binatang buas atau penceroboh yang tidak diingini.
1.2 Latihan

1.2.1 Perkhemahan Induk.

Mendirikan khemah sebagai tempat tinggal sementara. (berteduh dan


bermalam). Khemah disediakan untuk memuatkan kapasiti 4 – 5 orang dewasa.
Tujuan perkhemahan induk adalah untuk mendedahkan kepada peserta suasana
perkhemahan dan pengendalian serta penggunaan perkhemahan secara
terancang. Dalam pada itu objektif perkhemahan adalah untuk memupuk nilai-
nilai murni di samping semangat muafakat antara ahli-ahli di dalam kawasan
perkhemahan tersebut.

1.2.2 Berakit.

Rakit adalah alat pengangkutan tradisional masyarakat negara ini. Penggunaan


rakit pada masa dahulu menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada
hutan seperti buluh atau kayu. Tujuan utama rakit adalah untuk dijadikan satu
pengangkutan yang dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun
begitu rakit yang digunakan untuk aktiviti ini adalah berasaskan kepada bahan
seperti pelampung getah, buluh, tali dan pendayung. Penggunaan bahan-bahan
tersebut dilihat sebagai alternatif kepada bahan-bahan hutan yang mana
peratusan keselamatannya lebih terjamin. Tujuan aktiviti berakit ini adalah untuk
mendedahkan kepada peserta pengetahuan dan kesukaran pengangkutan
zaman dahulu serta dapat meningkatkan tahap kecerdasan dari segi fizikal,
mental dan rohani

1.2.3 Water confidence / water Treading

Aktiviti ini melibatkan aktiviti apungan di mana peserta diminta untuk turun ke
dalam air ke paras dada. Kemudian donggakan kepala masing-masing sambil
mendepakan tangan dan kaki lurus di hadapan. Dalam pada itu aktiviti ini adalah
untuk membiasakan peserta dengan persekitaran yang akan dialami semasa
aktiviti berakit dilaksanakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan
keyakinan kepada peserta terhadap jaket keselamatan yang dipakai dan
menimbulkan keyakinan terhadap diri sendiri dan peralatan yang ada untuk
tujuan bantuan semasa kecemasan.
1.2.4 Abseiling dan Repelling.

Latihan ini memupuk keyakinan dan mendidik individu untuk mengetahui akan
kebolehan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti yang mencabar.
Segala kekuatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk memastikan semasa
melintasi tali menggunakan peralatan yang lengkap dapat memupuk rasa
keyakinan yang tinggi.

1.2.5 Ice Breaking / Latihan dalam kumpulan.

Latihan ini memberi peluang kepada semua individu untuk meluahkan apa yang
dirasai semasa aktiviti dilaksanakan agar ianya dapat dikongsi bersama dengan
ahli kumpulan dan seterusnya dapat menjadikan aktiviti tersebut satu cabaran
untuk diharungi bersama.

1.2.6 Kembara

Latihan ini dilaksanakan untuk memupuk semangat setiakawan yang jitu dan
bekerjasama antara ahli kumpulan. Pengembaraan melibatkan kawasan hutan
simpan yang mana peserta dapat merasai akan keindahan alam sekitar dan
merasai kecintaan terhadap alam sekeliling

1.2.7 Malaysia Cergas.

Latihan ini bercorak senaman ringan atau senamrobik. Bertujuan memberi


semangat dan rasa selesa untuk melaksanakan segala aktiviti yang
dirancangkan.

1.2.8 Rumusan dan penilaian / refleksi

Latihan ini memberi kesempatan kepada ahli untuk berkongsi maklumat,


bekongsi pendapat dan berkongsi pengalaman serta mencari resolusi untuk
dijadikan panduan dalam melaksanakan segala perkongsian tersebut dalam
masa bertugas untuk mencapai wawasan pihak pengurusan.

Anda mungkin juga menyukai