Anda di halaman 1dari 12

PERKHEMAHAN/PENDIDIKAN LUAR 11.1PENGENALAN Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran.

Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan

kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.

Antara

kemahiran

yang

perlu

dipelajari

sebelum

manjalankan

aktiviti

perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.

Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling, orienteering dan sebagainya.

11.2 OBJEKTIF PERKHEMAHAN

11.2.1 Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. 11.2.2 Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 11.2.3 Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang

kehidupan berkhemah kepada para pelajar. 11.2.4 Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka. 11.2.5 Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 11.2.6 Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab. 11.2.7 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik. 11.2.8 Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 11.2.9 Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 11.2.10 Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11.2.11 Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 11.2.12 Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

11.3 FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN

11.3.1 Berdikari dan ikhtiar hidup. 11.3.2 Mengamalkan kebersihan. 11.3.3 Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 11.3.4 Merancang segala aktiviti dan keperluan. 11.3.5 Cergas dan yakin pada diri sendiri. 11.3.6 Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. 11.3.7 Menghilangkan tekanan. 11.3.8 Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 11.3.9 Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat. 11.3.10 Bekerjasama.

11.4 KOMPONEN-KOMPONEN PERKHEMAHAN 11.4.1 JENIS-JENIS KHEMAH Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah: Khemah bentuk A tanpa helaian terbang Khemah A berhelaian Khemah pengembaraan Khemah satu tiang Khemah bentuk dinding Khemah Ridge dua tiang Khemah wagon Khemah dome Khemah igloo Khemah berangka

11.5 PEMILIHAN KHEMAH

Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah:

11.5.1 Perlindungan Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada serangga-serangga.

11.5.2Keselesaan

Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang.

11.5.3 Kalis air

Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan.

11.5.4 Tahan lasak

Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah.

11.5.5 Ukuran

Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukarkan kita membawanya.

11.6 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada

peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tidak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:

11.6.1 Tanah atau tapak yang rata Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

11.6.2 Corak tapak perkhemahan

Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

11.6.3 Berhampiran punca air

Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga

haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

11.6.4 Tapak yang lebih tinggi dari punca air

Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.

11.6.5 Mudah untuk mendapat bantuan

Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

11.6.6 Mudah untuk mendapat bahan bakar

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

11.6.7 Keselamatan kawasan perkhemahan

Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan

tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya.

11.6.8 Jangka masa perkhemahan

Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

11.6.9 Bilangan peserta perkhemahan

Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.

11.6.10 Alam Persekitaran

Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.

11.7 PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH

Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan: Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring ) Terlindung dari angin Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan.

11.8 DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN

Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturanperaturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan: Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.

Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Manamana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera.

Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.

Khemah

bukan

sebagai

tempat

menjemur

atau

menyidai

pakaian.

Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden).

11.9 PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN

11.9.1 Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

11.9.2 Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi.

11.9.3 Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.

11.9.4 Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

11.9.5 Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti. 11.9.6 Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah atau penunjuk cara. Undangan.

11.9.7 Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan. 11.9.8 Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.

11.10 PENJAGAAN KHEMAH Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering. Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum disimpan.

11.11 SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN Khemah tempat masak. Khemah tempat solat. Khemah peserta. Tukul cangkul pencakar. Tiang Khemah memasak. Tali nylon/raffia. Gerjaji. Lampu picit. Wisel.

11.12 RUMUSAN

Perkhemahan adalah merupakan aktiviti rekreasi yang digunakan untuk memenuhi masa lapang bagi merehatkan fikiran. Di samping berkhemah, pelbagai aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa perkhemahan.

Program-program perkhemahan yang terancang dapat memberi kesan yang positif kepada mereka yang terlibat seperti berkeyakinan, berdikari, dan bertanggungjawab.

Perkhemahan kini bukan lagi merupakan satu aktiviti yang hanya dilakukan oleh golongan kanak-kanak sekolah sahaja malah ianya juga dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai suatu riadah dan rekreasi dan juga sukan.

Aktiviti perkhemahan mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri yang menggemari aktiviti tersebut. Namun walaubagaimanapun peraturan dan langkah keselamatan bagi menyertai aktiviti perkhemahan ini adalah sama walaupun ia disertai oleh berbagai lapisan dan bila-bila masa, dan ttempat sekalipun.

Aktiviti sebegini bukan sahaja dilakukan di negara kita, namun ianya telah diminati secara serius oleh kebanyakan negara lain selain Malaysia.

Perkhemahan juga masih lagi dijadikan sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu bagi individu yang berminat. Pengendaliannya pula adalah bergantung kepada sejauh mana peserta tersebut menerima pengajaran daripada ketua pembimbing aktiviti untuk mengadakan perkhemahan.

Mungkin ada terdapat peraturan yang berbeza dari semasa ke semasa, namun ianya tetap akan mengikuti sekurang-kurangnya peraturan asas perkhemahan seperti yang ditulis di atas. Jika sekiranya ada kumpulan individu yang cuba tidak

mengendahkan semua peraturan tersebut maka sudah pasti akan menimbulkan beberapa reaksi yang kurang menyenangkan atau memuaskan di antara jurulatih dan juga peserta aktiviti.

Selain daripada itu perlulah juga setiap guru pelatih atau peserta menyiapkan diri mereka dengan ketahanan fizikal dan mental yang kuat agar dapat menjalani segala aktiviti sepanjang perkhemahan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai