Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 6 :PENGENALAN DAN ASAS PENGEMBARAAN PANDU ARAH

Mengembara adalah satu aktiviti berjalan kaki, iaitu satu aktiviti yang
mengambil peluang untuk menyiasat dan mencari adventure tetapi
khususnya untuk dapat pengalaman berkaitan dengan persekitaran baru. Ini
adalah juga satu peluang yang baik untuk menguji ahli pandu puteri sejauh
manakah mereka mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh
pemimpinnya.
Sejarah dan perkembangan
Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi
sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah
digelar sebagai Bapa Orienteering. Orienteering mengikut Model Killander
merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst
Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi
dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang
diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan
selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang
terdapat dalam orienteering ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain
daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting
kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik
berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas
permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun
bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan
aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti
orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran
seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam
mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai
kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk muka bumi yang
lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara
Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World
Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior World
Orienteering
Championships
(JWOC),
Asia-Pacific
Orienteering
Championships (APOC), World Masters Orienteering Championships
(WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan
adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara
15000 hingga 25000 orang.

Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri
Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada
tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam
tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor &
Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka
Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia
bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan
Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5
buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah
Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw.
Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

1. Objektif
Memberi kefahaman bahawa pengembaraan adalah satu aktiviti
penting.
Peserta akan mengetahui lebih jelas perkara-perkara yang penting
dalam persediaan untuk pengembaraan.
Meningkatkan prestasi sebagai seorang pengembara mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
2. Tujuan
Memberi latihan kecekapan pancaindera.
Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan.
Menikmati keindahan alam.
Memberi pengalaman baru.

3.JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan
Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan,
antaranya adalah
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Kebaikan sukan orienteering


Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan

4. Rancangan untuk mengembara


4.1 Bila?
Hujung minggu atau lebih elok dalam masa cuti.
4.2 Di mana?
Seboleh-bolehnya tempat atau kawasan baru. Tetapi elok sekiranya seorang
pemimpin atau penolong pemimpin melawat kawasan-kawasan yang
dibincangkan untuk memudahkan seorang pemimpin itu memberi keterangan
dan latihan dengan berkesan.
4.3 Apa dia?
Mengembara bukanlah satu perjalanan bercorak askar tetapi membimbing
pengembara dengan cara yang seronoknya untuk belajar dan bukan untuk
menyelesaikan untuk perjalanan itu.
5. Tugas pemimpin
5.1 Menyiasat tempat-tempat pengembaraan.
5.2 Mendapatkan kebenaran daripada:a. pihak sekolah
b. pihak ibu bapa/penjaga
c. pihak Pesuruhjaya Pengakap Daerah
d. pihak-pihak lain yang berkenaan
5.3 Mendapatkan bantuan penolong-penolong pemimpin/kelana.
5.4 Menyediakan soalan-soalan untuk aktiviti/kajian.
6. Persediaan peralatan pengembaraan
6.1 Peta topo dan kompas jika perlu.
6.2 Alat-alat pertolongan cemas/peti ubat.
6.3 Alat-alat persendirian.
6.4 Buku catitan/buku log pengembaraan
7. Cara-cara melaksanakan pengembaraan
7.1 Penerangan.
7.2 Pemeriksaan tiap-tiap peserta.
7.3 Beri soalan dan alat-alat pengembaraan.
7.4 Waktu berlepas.
7.5 Pemimpin membuat lawatan susulan.

Tips Kembara
KEMBARA
Prosedur Sebelum Menjalankan Aktiviti Berkhemah
Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai
persiapan dan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan
aktiviti berkhemah. Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah
pihak, namun perkhemahan yang dimaksudkan di sini bukan hanya
berkhemah di halaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak
kemudahan awam, tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta
boleh menyebabkan kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri
dan orang lain tetapi juga kepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara
yang dianggap remeh ini tidak diambil perhatian oleh "campers"...!!!

Prosedur
1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan,
perkara yang amat penting sekali ialah memohon
kebenaran. Kita sebagai seorang remaja, kebenaran
daripada ibubapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita
harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya
kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan, malahan ia
perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui.
2. Laporkan
Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun
ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk
memaklumkan mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan
didalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka
untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja
menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin
mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai
keadaan kawasan tersebut.
3. Kawasan Siapa?
Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan
orang contohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka
setibanya anda di sana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan
punya tanah ataupun ketua kampung untuk bermalam dikawasan tersebut.
Lebih-lebih lagi jika anda memasuki satu perkampungan yang jauh terpencil
dan mempunyai adat resam yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk
memperolehi maklumat daripada mereka mengenai suku kaum &

kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan keselamatan kampung


tersebut. Ini adalah untuk memastikan anda selamat menetap di kampung
tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak mengganggu.
4. Peraturan!
Pertauran yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat
kelainan. Namun begitu, anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan
untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Memilih Kawasan Perkhemahan


Memilih Kawasan
1. Sumber Asas
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya
punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum,
membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG
berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika
hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba
naik dengan cepat.
2. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan
tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk
mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga
seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.
Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.
Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang
besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari
pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus
memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar
kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun
binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja,
tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.
Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu
lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau
bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk
mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya
tanah runtuh.

3. Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya
mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar

kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis,
rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda
mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini
dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda
berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah
dikesan dari udara.
4. Sinar Matahari
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk
tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan
pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak
kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta
perkhemahan kita menjadi lebih seronok.
5. Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana
dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang
menggunakan denai tersebut.

Nyamuk dan Serangga lain


Gigitan serangga boleh menjadi masalah besar bagi sesetengah kawasan
tropika, paling kurang gigitan boleh menyebabkan kesakitan pada kulit dan
membengkak tapi yang paling menakutkan ia boleh memindahkan pelbagai
penyakit yang serius. Malaria merupakan salah satu masalah utama,
sekiranya pembasmian serangga seperti nyamuk tidak dilakukan. Contohnya
di Itali, dimana kebanyakkan pengembara yang datang ke sana mengadu
mengenai masalah nyamuk, penduduk tempatan menyatakan bahawa
kawasan terbabit telah disembur dengan pembasmi nyamuk namun ia tidak
memberi kesan. Walaupun nyamuk Itali tidak membawa Malaria, tetapi
gigitannya amat menyakitkan.
Jika anda melawat ke mana-mana bahagian dunia dimana mempunyai
masalah Malaria pastikan anda membuat langkah berjaga-jaga daripada
terkena gigitan nyamuk. Penggunaan kelambu semasa tidur adalah cara yang
paling efektif digunakan semasa tidur tetapi ia sukar untuk dibawa
mengembara.
Apabila mengembara, selalu beringat supaya mengelak gigitan seboleh yang
mungkin. Gunakan "Insect Rapellent", dan apabila sebelah petang dan
malam pakailah pakaian berlengan panjang dan seluar panjang untuk
mengurangkan kawasan permukaan kulit yang terdedah dengan nyamuk.
Lingkaran nyamuk atau pencegah nyamuk kuasa elektrik juga boleh
digunakan untuk mendapatkan persekitaran yang bebas dari sebarang gigitan
serangga.
5.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang


digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan
adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)


Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga dititik ini.

ii. Penanda kawalan (Control marker)


Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang
unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No.
Kod Kawalan.

iii. Kad kawalan (Control card)


Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk
dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)


Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi
dalam bentuk kod/gambarajah.

vi. Landasan (Course)


Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas
peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)


Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

6.0 PENGETAHUAN ASAS


Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
i. Teknik membaca peta
ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

6.1 Teknik Membaca PetaTopo


6.1.1 Definisi
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah
kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan
berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan
kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat
mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas
peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu
gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan
yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan,
jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu
digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.
6.1.2 Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering.
Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta
khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini
menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang
sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering
ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000,
1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit
kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.

6.1.3 Warna-warna dalam peta


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut
adalah : Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang - kontor & jalanraya
Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru - kawasan berair

6.1.4 Bentuk muka bumi


Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang
samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui
adalah : Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

6.1.5 Maklumat Peta


Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:
i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta
ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran
sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan
difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa
bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata,
ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di
mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya
sama ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan
ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng
bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan
bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini
berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama,
maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur
berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V"
selalunya menuju ke atas bukit.

6.1.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang
sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak
di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang
ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud
setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali
pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan
50,000 em (5 km) di atas tanah.

6.1.7 Garisan Grid


Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu
dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang
(Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang
diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang
terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan
dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid
ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka
utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).
6.1.8 Utara peta
Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah
magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara
atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta
sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta
tersebut.

6.1.9 Mengukur Jarak


Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan
kayu pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas
peta.
6.2 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic
merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia
merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi
menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan
bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan
jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi
dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik
dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk
digunakan di dalam aktiviti orienteering.

6.2.1 Jenis kompas


Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan
navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas
Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat
dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb
compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan
Sweden.

6.2.2 Anatomi kompas orienteering


PETUNJUK
1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya
3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara
5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan
pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan
7. Kanta pembesar

8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)


9. Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali

6.2.3 Mengukur, bearing di atas peta


Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang
ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di
antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang
ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh
kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan
garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah
titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya
hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L
dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga
anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K
dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah
dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah


Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering
adalah seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan
tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah
objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda
perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada
objek yang tuju.

c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial


sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas.
Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing
kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula


kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara
peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan
peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas.
Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.3 Panduan Lazim


Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat
cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun
cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di
antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:
a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh
diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan
timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.
b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita
mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam
c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan.
Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan
manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.

7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU


7.1 Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan
untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa
perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti
berikut:
a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu
yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang
boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan
memudahkan perjalanan.
Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan
gunung. Ada baiknya mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan
ini kawasan menurun yang curam dapat dielakkan. Di kawasan B, boleh
dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air. Kawasan
baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang
sebelum ke kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.
e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah,
walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai
biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.
Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan
untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah
haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuhtumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika
kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar,
tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.

7.2 Kaedah Pergerakan


7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada
waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak
yang mudah dilihat dan didengar panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu
kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak
khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan
perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan
kerana ini kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan
jangan memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika
membawa galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya
kemas dan seimbang.
7.2.2 Bergerak waktu malam
Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat
membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan
ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang
demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di
samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di
samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum
bergerak.
7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung
Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang
tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah
memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan
batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng
curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun
pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng
yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk

mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut


hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.
7.2.4 Bergerak di dalam hutan
Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan
menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas
tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok
tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh
membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri
Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik
buatlah susuran.

7.2.5 Menyeberengi sungai


Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air
pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada
perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram,
tebing, curam dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan
terjadinya ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras
lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan
tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air
laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju
akan memudahkan kita menyeberang

7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan


Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari
satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk
sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuan


tanah lapang .4 - 5 kmj
mendaki .2 -2.5 kmj
meredah hutan rata.. 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng 1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal 0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam 0.1 - 0.2 kmj

8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN


8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan
ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang
sewajarnva. Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita
tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu
mencati sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan
yang ada manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya
sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan


Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari
berlakunya sesat jalan.
a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan
keadaan muka bumi yang ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan
menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui
d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah
dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan
kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

9.0 Taklimat Peserta


Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan
bermula. Taklimat ini diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk
peserta berhimpun. Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai
pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan
perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan
diberitahu kepada semua peserta. Penerangan sepintas lalu mengenai
penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi kepada peserta.

Anda mungkin juga menyukai