Anda di halaman 1dari 14

CARA UNTUK MENDAPATKAN LENCANA KERIS PERAK, GANGSA DAN EMAS Lencana Keris Gangsa

KESETIAAN 01. Menyanyi & cara menghormati semasa menyanyi Lagu Kebangsaan. 02. Mengenal Bendera Malaysia /Negeri. 03. Lambang Pengakap Dunia. 04. Cogankata Pengakap Kanak-Kanak. 05. Pengertian Rukunegara 06. Mengetahui nama Pembesar Negara. 07. Persetiaan & Undang-Undang Pengakap. 08. Mengenali:-- Kuasa Penganjur (Guru Besar)- Pemimpin & Penolong Pemimpin sekolah sendiri. 09. Sejarah ringkas perkembangan Pengakap di sekolah sendiri. 10. Agama yang dianuti di Malaysia.Tempat ibadat di kawasan sendiri. 11. Nilai beragama mengikut agama sendiri. KESIHATAN & KESELAMATAN 01. Kepengingan kesihatan & kebersihan diri sendiri.- membersih gigi / sebab kerosakan gigi / merawat kerosakan gigi / mengerat kuku / memlihara rambut, tangan, kaki / sistem pernafasan. 02. Cara membersih bilik mandi & tangas.

03. Cara pelupusan sampah 04. Kebersihan air minuman 05. Pencegahan keracunan makanan. 06. Pentingnya memakai kasut & selipar. 07. Cara menjaga kasut.08. Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit. 09. Bahaya bermain alat tajam seperti pisau/ pisau mata cukur . 10. Bahaya bermain bahan letupan seperti mercun,meriam buluh,bunga api dll. 11. Cara mendapat bantuan untuk hal-hal kecemasan. 12. Alamat dan Nombor telefon :- Balai Polis / Balai Bomba / Hospital / Doktor / tempat bekerja ibu bapa /keluarga / rakan sebaya yang tinggal berdekatan. 13. Peraturan jalanraya. 14. Cara melintas jalanraya. 15. Keselamatan di stesen bas / lampu isyarat / berjalan di jejantas & terowongdan lain-lain lintasan. 16. Kemalangan jalanraya yang membabitkan penunggang basikal. 17. Mengenal isi peti pertolongan cemas. KECEKAPAN 01. Latihan asas perbarisan. 02. Kemhiran asas dalam permainan berpasukan seperti bolasepak /bolajaring dll. 03. Cara meraut kayu dengan pisau lipat. 04. Cara mengasah pisau lipat , menyapu minyak, menyimpan pisau.(Pengakap kanakkanak hanya dibenarkan menggunakan pisau lipatdengan kebenaran Pemimpin.) 05. Mengetahui kedudukan tempat-tempat penting di Daerah sendiri. 06. Cara memakai & menjaga pakaian seragam Pengakap. 07. Cara memasang lencana.08. Mengetahui isyarat sulit Pengakap. 09. Cara mengikat tali kasut. 10. Tahu mengikat simpulan "BUKU SILA"

PENYERTAAN PILIH DUA (2) AKTIVITI DI BAWAH 01. Menanam pokok bunga .Kaji kesuburan pokok dan buat catatan. 02. Cara penyuburan pokok seperti pembajaan. 03. Membuat batas dan menanam pokok bunga. 04.Membantu ibu bapa atau guru dalam aktiviti memelihara pokok-pokokbunga dan keceriaan sekolah. PILIH SATU (1) AKTIVITI DI BAWAH 01. Memelihara seekor haiwan kesayangan dan mengetahui cara-cara penjagaannya. 02. Mengetahui bagaimana peladang menternak binatang. LAIN-LAIN AKTIVITI 01. Telah membaca sebuah buku mengenai cara memelihara haiwan

kesayangan.Menerangkan cara pemeliharaan itu kepada ibu bapa & pemimpin. 02. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam.Telah membaca sekurangkurangnya 5 buah buku.Menceritakan apa yang telah dibaca. 03. Membuat satu alat permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. 04. Mengambil bahagian dalam persembahan drama / tarian di sekolah. 05. Boleh berlakon - berseorangan atau dalam kumpulan. 06. Membuat mini galeri di rumah dengan bahan kutipan mengikut hobisendiri. 07. Membuka buku akaun simpanan di bank / tabung haji/ dll. PERKHIDMATAN 01. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari. 02. Melawat rumah kebajikan / rumah anak yatim / kanak-kanakistimewa / dll ( di bawah kelolaan pemimpin) 03. Menceritakan mengenai kejayaan seseorang dalam memberikhidmat kepada orang ramai. 04. Peranaan pengakap menjaga kebersihan sekolah.

05. Memberi khidmat sukarela di rumah ibadat. 06. Mencatat khidmat sukarela yang diberi dalam buku log.

LENCANA KERIS PERAK

Lencana Keris Perak

1 Kesetiaan 1. Boleh menyanyi Lagu Kebangsaan Negaraku dan Lagu Negeri masing-masing sama ada berseorangan atau beramai-ramai. 2. Mengetahui lambing kandungan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing (di mana pengakap kanak-kanak itu tinggal) dan mengetahui cara melipat bendera untuk disimpan serta melukisnya. 3. Mengetahui dan melukis Lambang Pengakap Malaysia. 4. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Besar atau Ketua Menterinegari negara berkenaan. 5. Mengetahui Persetiaan dan Undang- undang Pengakap serta maknanya mengikut keboleh kadar umurnya. 6. Mengecam dan mengemali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama penuh mereka.

7. Mengetahui sejarah ringkas perkembangan pengakap dan juga nama tokoh pengakap di daerahnya. 8. mengetahui rukun sembahyang. (contoh, bagi penganut yang beragama Islam); 1.1.1 Mengetahui Azan dan Iqamah. 1.1.2 Mengetahui masuknya waktu sembahyang bagi setiap waktu yang lima. (Sembahyang fardhu sehari semalam) 1.1.3 Mengetahui peraturan sembahyang jemaah fardhu Jumaat. Bagi yang buka penganut beragama Islam mestilah mengetahui peraturan sembahyang diadakan seminggu sekali di Gereja, di Kuil dan sebagainya mengikut peraturan agama masing-masing. 4.2 Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui kebersihan fizikal dan serta menyatakan perlunya kebersihan diri,rumah dan persekitaran. Cara-cara pembuangan kotoran manusia dengan baik merupakan satu daripada hukum kesihatan yang utama seperti berludah, berkahak, membuang hingus, dan sampah di merata tempat akan mendatangkan bahaya dan pencemaran alam. 2. Mengetahui kelaziman yang menyebabkan kulit melecur,mengetahui kena sinaran cahaya matahari dan cara mengatasinya. 3. Mengetahui faedah senaman. Mengamalkan 6 Jenis senaman tradisi pengakap oleh B-P untuk ketahanan, kecekalan, dan ketrampilan meliputi pergerakan kepala, dada, pinggang, perut, punggung, peha, betis, kaki, tapak, tangan dan jari. 4. Mengetahui cara pernafasan tradisi pengakap oleh B-P. menarik nafas untuk udara ke dalam paru-paru dan dada. 5. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. 6. Mengetahui cara perawatan penyakit kulit separti Kudis, puru, panau, kurap dan gatalgatal yang mudah berjangkit. 7. Menunjukkan bagaimana mencuci dan membulut jari yang luka, melecur, terkena api atau benda-benda yang panas. 8. Mengetahui bahaya aliran elekterik dan gas dan cara mengerakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti, seterika, kipas angina, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.

9. Mengetahui bahaya menggunakan ubat tampa nasihat doctor. 10. Mengetahui kegunaanisi kandungan peti pertolongan cemas. 4.3 Kecekapan Mengukuhkan pengetahui asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan: 4.3.1 Ke belakang pusing. 4.3.2 Buka Barisan. 4.3.3 Tutup Barisan Mengukukan asas ikatan: Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera. Mengetahui latihan asas untuk bermain bola tampar separti pukul mula cedok, hantaran paras atas kepala , hantaran cedok dan berlatihan bermain bola tamper. ATAU Mengetahui kemahiran asas untuk Permainan Pasukan: Kemahiran Rounders-cara memegang kayu pemukul, memukul, gaya lakuan pukul, memerangkap bola lerat. Latihan bermail Rounders. Mengetahui cara mengekalkan keadaan fizikal. Panjat tali yang tingginya tidak melebihi 5 meter. Memanjat mengguna kan tangan sahaja. ATAU Mengumpul sejarah keharmonian keluarga : Membuat buku Peringatan sejarah keluarga bermula dari datuk dan sebagainya; tarikh lahir, perkahwinan, kematian dan lain-lain. Mengetahui kemahiran renang dan peraturan keselamatan di air. Keselamatan semasa turun di air, timbul tenggelam, cara menahan nafas, melucur, meniarap, gaya rangkak, gaya tangan atas kepala, gerak tangan, mengapung dan meniarap. (Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air yang dalamnya paras pinggang Pengakap Kanak-kanak dengan tujukcara dari pemimpinnya atau orang dewasa sebagai pembantuan.) ATAU

Menjalankan satu tugas dengan berbasikal secara individu atau kumpulan : (a) Mengepos surat (b) Ke Balai Bomba (c) Ke Klinik/Balai Polis/ Balai Penghulu. 4.4 Penyertaan Mengetahui sifat khusus haiwan yang hidupan di udara dan di darat:1.1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifatnya. 1.1.2 Catatkan nama burung-burung yang dapat dilihat setiap minggu dalam Buku Log berkenaan. 1.1.3 Menjejak burung ke sarangnya dan memerhati bagaimana burung membuat sarangnya dan menyatakan kepada pemimpin apa yang dilihatnya. 1.1.4 Menyediakan tempatan makan/miniman burung (Feeder). Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidupan mendapatkan makanannya separtibahan pembinaan dari cahaya, air, karbon dioksida; Cara pengambilan air dan karbon dioksida, serta cara tumbuhan menyimpan mapanan. Menanam tomato, lada dalam kotak, dalam pasu, mengetahui cara pengadunantanah, pembajaan, dan penyiraman. Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian. 3.3.1 Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap sayuran, buahan, bijiran, protein bahan miniman air dari buah. 3.3.2 Mengetahui makanan seimbang dan bahan-bahannya. 3.3.3 Menghias meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta membersih dapur setelah digunakan. Mengetahui Sains Komputer : 4.4.1 Keseronokan menggunakan computer dengan mengadakan lawatan bersama pemimpin kamu ke tempat computer sedang diguna. Sebab computer digunakan. 4.4.2 Permainan computer 4.4.3 Cara menghidupkan dan mematikan computer. ATAU

4.4.1 Boleh mengucapkan ucapan Hello/Apa khabar dalam 10 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 4.4.2 Boleh menyebut angka 1 hingga 10 dalam 5 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 5 Mengetahui penggunaan telephon awam/persendirian dengan menggunakan wang siling / Kad Uniphon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon. 6 Menembah simpanan wang di Bank Simpanan Nasional hingga sebanyak sekurangkurang $5.00. 7 Menyertai satu kumpulan tarian/nasyid dan mencadang kan jenis pakaian untuk tarian/nasyid yang akan dipersembahkan. 4.5 Perkhidmatan Mengumpulkan pakaian lama yang telah terpakai dan barang permain kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada yang memerlukannya. Mengetahui cara menggunakan telephon, akhbar, TV / Radio, isyarat semaphore, isyarat kepulan asap, memukul gendang, kentun, wisel. (Pilih 3 sahaja) Mendengar syarahan penceramah undang seperti Doktor Gigi / Jururawat. Pegawai Bomba, Merinyu Polis dan lain-lain dan seterusnya mengadakan perbincang dengan ahli Pek tentang bagaimana Pek dapat membantu mereka dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat. Menyediakan sebarang doa selamat untuk Pek dan membincangkannya dengan Pimimpin Pek. Menyimpan akaun perbelajaan mingguan selama seminggu tentang bagaimana wang saku sendari dibelajar dalam Bank Simpanan Nasional. Mengetahui cara memberi pertolong kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju jeket, kayu, tali, dan sebagainya. (Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)

LENCANA KERIS EMAS

Lencana Keris Emas Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurang 2buah lagu patriotic seperti lagu Selamat Jalan Pahlawanku, tanah Pusaka, Malaysia Berjaya dan lain-lain lagu ciptaan semasa. 2. Mengenali Jata Negara Malaysia dan Jata Neheri dan Mengetahui di mana mereka berada. Boleh melipat bendera dan membimbing tunjukcara kepada seorang pengakap kanak-kanak yang lain yang akan mengambilujian Lencana Keris Perak. 3. Mengetahui nama dan mengenal Datuk Bandar, Pegawai Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah, Penghulu, Ketua Kampung , Wakil Parlimen dan wakil Rakyat tempat Pengakap Kanak-kanak tinggal. 4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Persuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Persuruhjaya Pengekap Negeri. 5. Mengamalkan rukun agama masing-masing. Penganut beragama Islam hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah, Mengetahui ucapan kalimah syukur, doa hendak makan, tidur, berjalan jauh, dan doa ketika dalam ketakutan. Penganut bukan beragama Islam diminta merujuk kepada agama masing-masing.

6. Mengetahui dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T Yang Di Pertua Negeri masing-masing. 7. Mengetahui dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari kanak-kanak, Hari Keluarga dan hari-hari yang diraikan oleh Negeri / tempatan masing-masing. 5.2 Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui sekurang-kurangnya lapan peraturan hidup sihat dan bahagian. 2. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya. 3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan bahagian mendapatkan bantuan kecemasan segera melalui telefon ke Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Klinik, kerana pergaduhan, kebakaran, kemalangan seperti keracunan, kejutan, kelemasan, serangan jantung, gila babi dan sebagainya. 4. Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis balutan : pembalutan tangan, pembalutan bersegi tiga dan anduh pembalutan bersegitiga dan anduh pembalutan bersegi tiga. 5. Mengetahui bagaimana mengikat anduh dengan menggunakan simpulan buku sila. 6. Mengetahui cara menjaga keselamatan di air ketika belajar berenang, turun ke air, timbul tenggelam, mengharung, dan mendekam. (Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air sedalam paras pinggang dengan diawasi oleh pemimpin atau orang dewasa yang berpengalaman mengenai hal tersebut) 7. Mengetahui cara berenang seperti meluncur, meniarap, tending keribas. Latihan ini dibuat di atas permukaan air dengan pengurusan yang sama seperti NO.6 atas 8. Mengumpul Maklumat Media : menyimpan keratin / suntingan bahan cetak sama ada dari akbar dan majalah yang ada mesej. Pengakap Kanak-kanak hendaklah menyimpan buku catatan Merokok, ATAU Keracunan Makanan. 5.3 Kecekapan 1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah Langkah ke sebelah:, Cepat Jalan, Berhenti dan Hormat.

2. Mengetahui cara memasang, menaik, menghibar, menurum dan melipatkan bendera. 3. Mengetahui kemahiran asas permainan Pasukan seperti Sepak Takraw, Badminton dan peraturannya. ATAU 4. Mengetahui kemahiran asas permainan bola baling dan peraturannya. 5. Mengetahui kemahiran asas ( Pilih SATU sahaja ) seni mempertahankan diri seperti : Silat, Pencak, Tae Kwon Do, Karate dan sebagainya. 6. Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal, seperti memanjat tali dengan cepat dengan menggunakan pengalaman Ujian Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak. Tinggi tali tidak lebih dari 6meter. 7. Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di bawah jaing / jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 8. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan simpul sentak ( Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 9. Membantu Pengakap Muda semasa mendirikan khemah dan menurunkan khemah untuk dilipat. 3 Penyertaan 1. Mengetahui sifat khusus hidupan di air dan mengenali 5 jenis nama ikan di laut dan di sungai. 1.1 Mengetahui jenis umpan di mata kail. 1.2 Mengetahui cara menggunakan joran untuk memancing ikan. (Ingatan : Pengakap Kanak-kanak hendaklah ditemani oleh seorang dewasa semasa pergi mengail sama ada di tepi laut, di tebing sungai atau di tepi tasik. Ia harus mengetahui Peraturan keselamatan ketika di air.) 2. Mengetahui peringkat tumbuhan di hutan simpanan kerajaan. 2.1 Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan nyatakan kegunaan kepada manusia. 2.2 Menunjukkan satu carta kepada pemimpin gambaran pusingan hidupan

pokok-pokok dihutan. 2.3 Menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis contoh kayu hutan yang digunakan untuk membina bangunan di negara kita. 3. Membuat satu daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanakkanak sendiri: 3.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas, sebuah kotak untuk surat-surat, dan sebuah kotak untuk menabung wang senuanya dibuat dari bahan terbuang. 3.2 Membuat patung sarung jari puppet / pantung puppet bertali yang boleh digerakgerakkan dan membuat panggung puppet. 3.3 Membuat laying-layang yang boleh dinaikkan ke udara. 3.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurang satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. 4. Mengetahui pemeliharaan Alam Sekitar. Ingatan: Memilih 2 Bahagian sahaja dari tiga bahagian di bawah ini :1.1 Membuat sebuah Mini Zoo serangga di rumah yang menunjukkan sekurang-kurangnya 2 jenis semut, belalang, kupu-kupu dan lain-lain yang dipelihara dengan sempurna untuk perhatian kajian sendiri selama 3 bulan mengenai peringkat kehidupan dan menulis segala catatan di dalam Buku Log 1.2 Menyediakan sebuah akuarium ikan atau terrarium (tumbuhan) dan memerhati peringkat kehidupan pemeliharaan Pengakap Kanak-kanak itu selama 3 bulan yang dicatat di dalam Buku Log. 1.3 Melawat ke Muzim bersama Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dan membuat pemerhatian mengenai hidupan alam (Nuture Study). ATAU 1.4 Melawat ke pusat sains atau ke Zoo bersama Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau ibu bapa / Keluarga dan menjalankan pemerhatian / kajian apa yang dilihat.

2. Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rntak. Menyanyi dengan harmoni mengikut melodi dan boleh menyanyi dengan berbagai tempo (cepat, lambat, berubah-ubah, dan sederhana) melalui lagu-lagu seperti di bawah ini: 2.1 Menyanyi SATU lagu yang berirama tradisi seperti lagu Rasa Sayang. 2.2 Menyanyi SATU lagu rakyat setempat seperti Nasyid. Syair, Boria, Ghazal, Dikir Barat dan Dondang Sayang. 2.3 Menyanyi SATU lagu asli seperti tudung Periok, Seri Mersing dan lain-lain. 2.4 Menyanyi sekurang-kurangnya DUA lagu pengakap tradisi dan DUA lagu pengakap antarabangsa. 3. Boleh berlakun SATU babak cerita pendek berdasarkan nilai agama tradisi kebudayaan atau nilai-nilai masyarakat berbilang bangsa. 4. Boleh koreografikan satu tarian kebudayaan untuk persembahan dalam pementasan atau pertujukan. 1.5 Perkhidmatan 1. Bersama sekawan / Pek / Kumpulan Pengakap Kanak-kanak membersih kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 2. Membantu ibu bapa atau keluarga mengatur persiapan satu ekspedisi atau perkelahan dan melaporkan kepada Pemimpin selepas balik. 3. Berikhtiar membantu rakan sebaya yang sedang dalam kesusahan / kesedihan kehalangan / kematian keluarga / kemalangan. 4. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti. 5. Melukis atau membuat model peta kasar kawasan tempat tinggal sendiri dengan menunjukkan tempat kemudahan awam seperti Perjabat Pos, Hospital, Kilinik Kesihatan, Tempat Beribadat, Balai Penghulu, Penggawa, Sekolah dan Tempat Rekreasi. 6. Membantu Pemimpin dalam penguru untuk enam sekawan mengatur Program Malam Pengakap. Meneruskan kegiatan Perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak.

Anda mungkin juga menyukai