Anda di halaman 1dari 10

lencana Keris Perak 1 Kesetiaan 1.

Boleh menyanyi Lagu Kebangsaan Negaraku dan Lagu Negeri masing-masing sama ada berseorangan atau beramai-ramai. 2. Mengetahui lambing kandungan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing (di mana pengakap kanak-kanak itu tinggal) dan mengetahui cara melipat bendera untuk disimpan serta melukisnya. 3. Mengetahui dan melukis Lambang Pengakap Malaysia. 4. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Besar atau Ketua Menterinegari negara berkenaan. 5. Mengetahui Persetiaan dan Undang- undang Pengakap serta maknanya mengikut keboleh kadar umurnya. 6. Mengecam dan mengemali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama penuh mereka. 7. Mengetahui sejarah ringkas perkembangan pengakap dan juga nama tokoh pengakap di daerahnya. 8. mengetahui rukun sembahyang. (contoh, bagi penganut yang beragama Islam); 1.1.1 Mengetahui Azan dan Iqamah. 1.1.2 Mengetahui masuknya waktu sembahyang bagi setiap waktu yang lima. (Sembahyang fardhu sehari semalam) 1.1.3 Mengetahui peraturan sembahyang jemaah fardhu Jumaat. Bagi yang buka penganut beragama Islam mestilah mengetahui peraturan sembahyang diadakan seminggu sekali di Gereja, di Kuil dan sebagainya mengikut peraturan agama masing-masing. 4.2 Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui kebersihan fizikal dan serta menyatakan perlunya kebersihan diri,rumah dan persekitaran. Cara-cara pembuangan kotoran manusia dengan baik merupakan satu daripada hukum kesihatan yang utama seperti berludah, berkahak, membuang hingus, dan sampah di merata tempat akan mendatangkan bahaya dan pencemaran alam. 2. Mengetahui kelaziman yang menyebabkan kulit melecur,mengetahui kena sinaran cahaya matahari dan cara mengatasinya. 3. Mengetahui faedah senaman. Mengamalkan 6 Jenis senaman tradisi pengakap oleh B-P untuk ketahanan, kecekalan, dan ketrampilan meliputi pergerakan kepala, dada, pinggang, perut, punggung, peha, betis, kaki, tapak, tangan dan jari. 4. Mengetahui cara pernafasan tradisi pengakap oleh B-P. menarik nafas untuk udara ke dalam paru-paru dan dada. 5. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. 6. Mengetahui cara perawatan penyakit kulit separti Kudis, puru, panau, kurap dan gatal-gatal yang mudah berjangkit. 7. Menunjukkan bagaimana mencuci dan membulut jari yang luka, melecur, terkena api atau benda-benda yang panas. 8. Mengetahui bahaya aliran elekterik dan gas dan cara mengerakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti, seterika, kipas angina,

pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 9. Mengetahui bahaya menggunakan ubat tampa nasihat doctor. 10. Mengetahui kegunaanisi kandungan peti pertolongan cemas. 4.3 Kecekapan Mengukuhkan pengetahui asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan: 4.3.1 Ke belakang pusing. 4.3.2 Buka Barisan. 4.3.3 Tutup Barisan Mengukukan asas ikatan: Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera. Mengetahui latihan asas untuk bermain bola tampar separti pukul mula cedok, hantaran paras atas kepala , hantaran cedok dan berlatihan bermain bola tamper. ATAU Mengetahui kemahiran asas untuk Permainan Pasukan: Kemahiran Rounders-cara memegang kayu pemukul, memukul, gaya lakuan pukul, memerangkap bola lerat. Latihan bermail Rounders. Mengetahui cara mengekalkan keadaan fizikal. Panjat tali yang tingginya tidak melebihi 5 meter. Memanjat mengguna kan tangan sahaja. ATAU Mengumpul sejarah keharmonian keluarga : Membuat buku Peringatan sejarah keluarga bermula dari datuk dan sebagainya; tarikh lahir, perkahwinan, kematian dan lain-lain. Mengetahui kemahiran renang dan peraturan keselamatan di air. Keselamatan semasa turun di air, timbul tenggelam, cara menahan nafas, melucur, meniarap, gaya rangkak, gaya tangan atas kepala, gerak tangan, mengapung dan meniarap. (Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air yang dalamnya paras pinggang Pengakap Kanak-kanak dengan tujukcara dari pemimpinnya atau orang dewasa sebagai pembantuan.) ATAU Menjalankan satu tugas dengan berbasikal secara individu atau kumpulan : (a) Mengepos surat (b) Ke Balai Bomba (c) Ke Klinik/Balai Polis/ Balai Penghulu.

4.4 Penyertaan Mengetahui sifat khusus haiwan yang hidupan di udara dan di darat:1.1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifatnya. 1.1.2 Catatkan nama burung-burung yang dapat dilihat setiap minggu dalam Buku Log berkenaan. 1.1.3 Menjejak burung ke sarangnya dan memerhati bagaimana burung membuat sarangnya dan menyatakan kepada pemimpin apa yang dilihatnya. 1.1.4 Menyediakan tempatan makan/miniman burung (Feeder). Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidupan mendapatkan makanannya separtibahan pembinaan dari cahaya, air, karbon dioksida; Cara pengambilan air dan karbon dioksida, serta cara tumbuhan menyimpan mapanan. Menanam tomato, lada dalam kotak, dalam pasu, mengetahui cara pengadunantanah, pembajaan, dan penyiraman. Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian. 3.3.1 Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap sayuran, buahan, bijiran, protein bahan miniman air dari buah. 3.3.2 Mengetahui makanan seimbang dan bahan-bahannya. 3.3.3 Menghias meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta membersih dapur setelah digunakan. Mengetahui Sains Komputer : 4.4.1 Keseronokan menggunakan computer dengan mengadakan lawatan bersama pemimpin kamu ke tempat computer sedang diguna. Sebab computer digunakan. 4.4.2 Permainan computer 4.4.3 Cara menghidupkan dan mematikan computer. ATAU 4.4.1 Boleh mengucapkan ucapan Hello/Apa khabar dalam 10 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 4.4.2 Boleh menyebut angka 1 hingga 10 dalam 5 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 5 Mengetahui penggunaan telephon awam/persendirian dengan menggunakan wang siling / Kad Uniphon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon. 6 Menembah simpanan wang di Bank Simpanan Nasional hingga sebanyak sekurang-kurang $5.00. 7 Menyertai satu kumpulan tarian/nasyid dan mencadang kan jenis pakaian untuk tarian/nasyid yang akan dipersembahkan. 4.5 Perkhidmatan Mengumpulkan pakaian lama yang telah terpakai dan barang permain kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada yang memerlukannya.

Mengetahui cara menggunakan telephon, akhbar, TV / Radio, isyarat semaphore, isyarat kepulan asap, memukul gendang, kentun, wisel. (Pilih 3 sahaja) Mendengar syarahan penceramah undang seperti Doktor Gigi / Jururawat. Pegawai Bomba, Merinyu Polis dan lain-lain dan seterusnya mengadakan perbincang dengan ahli Pek tentang bagaimana Pek dapat membantu mereka dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat. Menyediakan sebarang doa selamat untuk Pek dan membincangkannya dengan Pimimpin Pek. Menyimpan akaun perbelajaan mingguan selama seminggu tentang bagaimana wang saku sendari dibelajar dalam Bank Simpanan Nasional. Mengetahui cara memberi pertolong kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju jeket, kayu, tali, dan sebagainya. (Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)

CERITA HUTAN DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan

mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

Sejarah Pengakap Malaysia


Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis. Secara Ringkasnya: 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan

Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang di atas dan orang-orang yang di bawahnya. Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

HORMAT PENGAKAP
1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya

Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap

Mengetahui Pengertian Rukunegara.

Rukunegara BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;memelihara satu cara hidup demokratik ;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; danmembina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;preserving a democratic way of life;creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; andbuilding a progressive society that will make use of science and modern technology.NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles: BELIEF IN GOD LOYALTY TO KING AND COUNTRY THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION THE RULE OF LAW COURTESY AND MORALITY

Anda mungkin juga menyukai