Anda di halaman 1dari 3

LENCANA KERIS GANGSA

LENCANA KERIS GANGSA

KESETIAAN

1. Menyanyi lagu 'Negaraku' dan memahami bagaimana menghormati

lagu itu ketika dimainkan

2. Mengenal Bendera Malaysia & Negeri masing-masing

3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak

4. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia

5. Mengena, nama penuh Kuasa penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan

Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya

6. Mengetahui agama di Malaysia serta tempat ibadat di kawasan

sekitar tempat tinggalnya


KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Mengetahui kepentingan Kesihatan & kebersihan diri

2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau

gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali

3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam

4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi

bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh

dan bunga api.

5. Mengetahui bagaiman mendapatkan bantuan pertolongan jika

berlaku kemalangan, mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai

Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor, Klinik Kesihatan, tempat

kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran

6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di

tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan

melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.


KECEKAPAN

1. Mengetahui latihan Asas kawat kaki.

2. Mengetahui cara Memanjat tali (tinggi tali tidak lebih 3 meter)

3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat

tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada

orang yang memerlukkan bantuan seperti; perhentian bas, keretapi,

teksi, Balai Bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain.

4. Mengetahui cara yang betul memakai dan menjaga pakaian

seragam pengakap dan mengetahui peraturan memakai lencana


dan lain-lain seperti Lencana keahlian, Lencana Malaysia, Lencana

Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri

5. Isyarat-isyarat pengakap

6. Simpulan mengikat Simpul Buku Sila & kegunaannya

PENYERTAAN

1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah da perpustakaan awam

tempatan, menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca

sekurang-kurangnya TIGA buah buku dan dapat menceritakan balik isi

ceritanya kepada Pemimpin pengakapnya

2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang

3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian

dalam persembahan pentas di sekolah ATAU Membuka akaun

simpanan

PERKHIDMATAN

1. Membantu ibubapa di rumah serta pengesahan dan perakuan dalam

buku log

2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan

keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan

sekolah dalam buku log)

Anda mungkin juga menyukai