Anda di halaman 1dari 9

0

A KESETIAAN

1.Orang Kenamaan/ Sultan/Yang Dipertua Negeri

D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong


Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta'in Billah

DYMM Sultan Perak


Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-
Lah

DYMM Sultanah Perak


Tuanku Zara Salim

Perdana Menteri Malaysia


Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Menteri Besar Perak


Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad

2.Mengecam dan mengenali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama Pesuruhjaya
Daerahnya serta mengetahui nama penuh mereka.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Kangsar

En. Aminuddin Bin Mat Ludin


Bertugas di Sekolah Kebangsaan Temin

3.Rukun sembahyang agama masing-masing.


Agama Islam rukun sembahyang ada 13.

1.1. Berdiri betul bagi yang mampu


1.2. Niat
1.3. Takbiratul Ihram
1.4. Al-Fatihah
1.5. Rukuk
1.6. Iktidal
1.7. Sujud
1.8. Duduk antara 2 sujud
1.9. Duduk Tahaiyat akhir
1.10. Baca Tahaiyat akhir
1.11. Selawat
1.12. Salam
1.13. Tertib – ikut urutan dengan betul

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 1


B KESIHATAN DAN KESELEMATAN

1.Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.


Kebersihan adalah satu aspek penting bagi mendapatkan hidup yang sihat yang bersih..Jika sihat
semua perkara dapat kita lakukan dengan baik .
Kebersihan fizikal melibatkan kebersihan luaran seperti badan kuku, rambut kaki dan seluruh
tubuh badan.
Kebersihan persekitaran di mana tempat tinggal perlu bersih daripada kekotoran supaya
udara dan suasan sihat dan bersih bagi mengelakkan penyakit.

2.Mengetahui faedah senaman.

Senaman adalah amat penting bagi seseorang itu.Ianya akan melancarkan peredaran darah dan
juga jantung dapat berfungsi dengan sepenuhnya dengan mengepam darah ke seluruh badan
dangan kadar yang tetap.

3.Cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.

Hidung berdarah adalah berpunca seperti radang selaput lendir, campak, selsema,batuk rejan,
radang paru-paru luka tiba-tiba dan sebagainya. Dudukan tegak dan tundukkan kepala mangsa
di hadapan. Longgarkan pakaian di lehernya. Letakkan sedikit air batu di hidung, muka dan
belakang lehernya beberapa minit. Kalau darah masih keluar, picitkan lubang hidungnya dengan
jari supaya lubang hidung tertutup selama 5 atau 6 minit. Suruhlah si mangsa bernafas melalui
mulut Ini akan membekukan darah di dalam hidung.

4.Bahaya aliran elektrik dan gas.

Elektrik jika tidak diguna dengan betul dan berhati-hati akan mengakibatkan berlaku litar pintas
yang menyebabkan kebakaran yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Kejutan elektrik boleh menyebabkan terjejasnya kesihatan diri dan boleh
menyebabkan kecacatan sepanjang hidup.

Alat-alat elektrik dirumah kamu mempunyai kuasa voltan yang besar.Langkah-langakh berikut
perlu diambil kira semasa mengendalikan alatan elektrik:
a) Pastikan sambungan elektrik disambung dengan betul. Gunakan soket 3 pin yang
mempunyai dawai bumi.
b) Jangan membuat sambungan satu alat elektrik kepada lebih daripada satu plug sahaja.
c) Jangan menganggu alat elektrik yang sedang terpasang.
d) Pesangkan alat elektrik mengikut kaedah yang betul.

Kebocoran gas boleh menyebabkan berlaku kebakaran atau kesukaran bernafas yang boleh
menyebabkan kematian.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 2


5.Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas .

Kegunaan peti pertolongan cemas adalah untuk membekalkan keperluan pertolongan cemas
dengan segera.
Isi kandungan peti pertolongan cemas adalah seperti berikut;

1 Pembalut ( kain gulung jaring,pembalut 3 segi dan plaster 7 Milk of magnesia untuk sakit perut dan sembelit
2 Kapas, penyepit, gunting dan pin penyemat 8 Krim antisan untuk gigitan serangga
3 Plaster 9 Panadol untuk sakit kepala dan demam biasa
4 Minyak angin untuk sakit perut dan sakit biasa 10 Optone untuk sakit mata
5 Dettol untuk pembasuh luka 11 Burnoil untuk terbakar
6 Iodine untuk luka 12 duit sepuluh sen untuk panggilan kecemasan

C. KECEKAPAN

1. Latihan Asas Perbarisan:

1.1. Buka Barisan


Bahasa Hukuman
BUKA BARISAN………… GERAK

Pergerakan
Pergerakan ini dilakukan bagi yang berada di barisan belakang dan hadapan , barisan
tengah tidak melakukan pergerakan ini.
Apabial mendengar hukuman barisan hadapan akan bergerak ke hadapan dua langkah dan
barisan belakang akan bergerak ke belakang dua langkah
Bergerak dengan kaki kiri

1.2. Tutup Barisan


Bahasa Hukuman
TUTUP BARISAN………… GERAK

Pergerakan
Pergerakan ini dilakukan bagi yang berada di barisan belakang dan hadapan , barisan
tengah tidak melakukan pergerakan ini.
Apabial mendengar hukuman barisan hadapan akan bergerak ke belakang dua langkah dan
barisan belakang akan bergerak ke hadapan dua langkah
Bergerak dengan kaki kiri

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 3


2. Ikatan Asas :

2.1 Buku Sila


Kegunaanya adalah untuk mengikt kain pembalut luka dan menyambung tali yang
tidak sama besar saiznya.

2.2 Bunga Geti


Kegunaanya menyambung dua utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak
sama besar.

2.3 Simpul Sentak / Simpul balak


Kegunaanya untuk mengikat benda dengan kuat

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 4


3. Mengetahui cara memasang, menaik , mengibar, menurunkan dan melipat bendera.

1.Ikatkan tali pada bendera pada kedua-dua


hujung tali yang akan dianikkan.

2.Lipatkan dua 3. Lipat empat bendera.

4. Kemudian zig-zag bendera sehingga ke


pangkalnya

Ambil tali bahagian bawah bendera dan


belitkan serta selitkan tali tersebut di lipatan
bendera
Gunakan ikatan Simpul belit lucut bagi
mengikat tali bendera tersebut.
Naikan ke atas puncak tiang bendera
Tarikan satu tali sahaja

D. PENYERTAAN

1. 5 jenis haiwan dan sifat khususnya :-

1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifat khususnya.

Sifatnya
Tabiat
Nama Burung Pemakanan Makanan Habitat
Murai herbivor buah darat
Helang karnivor daging gunung, pokok
kelicap omnivor madu atas pokok
Raja udang karnivor ikan pokok
bangau karnivor ikan darat

2. Cara tumbuhan mendapatkan makanan

Bagi tumbuhan ianya memerlukan udara, air dan cahaya matahari bagi membuat makanan.
Proses tumbuhan membuat makanan dikenali sebagai Fotosintesis.Semasa proses
fotosintesis tumbuhan menggunakan cahaya matahari .Makanan yang dihasilkan dalam
proses ini akan dialirkan ke seluruh bahagian tumbuhan tersebut bagi tujuan tumbesaran

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 5


dan penghasilan bunga ataupun buah. Semasa proses ini selain daripada cahaya matahari
tumbuhan juga menggunakan gas karbon dioksida dan membebaskan oksigen.

3. Cara mengelakkan makanan tercemar.


Makanan yang bersih bermaksud makanan yang tidak dicemari oleh kuman atau bacteria.
Ia juga tidak terdedah kepada serangga yang akan mencemarkan makanan tersebut.
Bagi mengelakkan makan daripada tercemar beberapa perkara perlu diambil kira seperti
a) Tutup makanan dengan penutup bagi mengelakkan dihinggapi lalat.
b) Pastikan buahan atau sayuran yang akan dimasak atau dmakan dibasuh dahulu.
c) Penggunaan racun perosak terhadap tumbuhan atau sayuran juga akan
menyebabkan makanan tercemar.

4. Asas penggunaan computer

Fungsi Perkakasan

         
   Monitor                              

  1. Untuk paparan maklumat.


2.Mempunyai pelbagai jenis dan saiz
3. Disebut juga screen atau display.

    Tetikus
1 . Digunakan untuk memberi arahan kepada komputer.
2 . Memilih item yang dipaparkan pada skrin komputer.
3. Terdapat banyak jenis tetikus seperti tetikus
menggunakan bebola, optical dan sebagainya. 
          
Papan Kekunci

1. Digunakan untuk menaip data ke dalam komputer.

Pembesar Suara

  1. Keluarkan bunyi dari komputer


2. Sesuai untuk mendengar muzik, arahan atau klip video

Sistem Unit

1.  Sebagai ‘otak’ komputer. 


  2.     Mengawal operasi komputer.
3.   Menerima dan melaksanakan arahan.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 6


5. Penggunaan telefon awam

a) Masukkan duit syiling ke dalam peti telefon tersebut.


b) Setelah keluar paparan “ Sila dail “. Anda daillah nombor yang dikehendaki
c) Setelah dail sila tunggu bila panggilan anda di sambung.

D. PERKHIDMATAN

1.Isyarat wisel biasanya dilakukan apabila dalamsesuatu perkhemahan. Ini bagi menyenangkan
memanggil ahli perkhemahan ataupun ketua patrol. Isyarat ini biasanya bertujuan memanggil
ahli perkhemahan ke tapak perhimpunan, Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.
Nada tiupan adalah dalam bentuk panjang dan pendek.

--------- ----------- -------------- = semua ahli perkhemahan

---- --------- --- ------- ---- = Ketua Patrol

--- --- --- --- --- --- --- = Penolong Ketua Patrol

2. Syarahan atau ceramah

Adalah disahkan bahawa ahli ini ……………………………………………


Telah menghadiri Syarahan /Ceramah
bertajuk………………………………………………………………………
Anjuran:……………………………………………………………………..
Bertarikh:…………………………………..
Hari:………………………………………..
Masa:……………………………………….
Tempat:……………………………………..

……………………………….
Nama/ tanda tangan pemimpin

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 7


3. Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju
jaket, kayu , tali dan sebagainya.

Pegang rambut si malang dari belakang dan tarik kearah tebing atau tempat selamat

Ambil sebatang kayu atau tali atau apa saja kemdian mintalah si mangsa berpaut pada tali
tersebut. Tariklah mangsa tersebut kea rah tempat selamat.

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR 8

Anda mungkin juga menyukai