Anda di halaman 1dari 67

TOPIK ULANG KAJI SOALAN BAHAGIAN A ( BINA AYAT ) 2019

Gambar 1 ( Penjagaan Kesihatan )

1. Kita hendaklah selalu berjoging sama ada pada


waktu pagi atau petang untuk meningkatkan tahap
kecergasan fizikal.

2. Kita hendaklah mandi dan mencuci badan dengan sabun untuk menghilangkan segala kotoran yang
melekat pada badan.

3. Kita hendaklah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya tubuh kita
benar-benar sihat.

4. Kawasan sekeliling rumah hendaklah dibersihkan secara gotong-royong antara anggota keluarga untuk
mengurangkan penularan wabak penyakit.

5. Kita hendaklah berjumpa dengan doktor mengikut jadual berkala untuk mengesan penyakit pada
peringkat awal.

Gambar 1.2 ( Penjagaan Kesihatan )

1
1. Sazali sedang berjoging di taman rekreasi untuk mcnjaga kesihatan badan.

2. Makanan perlu ditutup dengan tudung saji agar tidak dihinggapi oleh lalat yang boleh menyebabkan
keracunan makanan.

3. Kita hendaklah mencuci tangan dengan sabun sehingga bersih sebelum mengambil makanan.

4. Encik Abu membuat pemeriksaan doktor dua kali setahun untuk memastikan badannya sentiasa sihat dan
cergas.

5. Encik Salman membuang sampah seperti tin-tin kosong ke dalam tong sampah agar nyamuk aedes tidak
membiak yang boleh menyebabkan penyakit demam denggi.

Gambar 1.3 ( Cara-cara Menjaga Kesihatan Gigi )

2
1. Cara menjaga kesihatan gigi adalah dengan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium seperti
susu, keju, dan bijirin secukupnya.

2. Beruslah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas makan supaya gigi sihat.

3. Elakkan memakan makanan manis kerana kandungan gula yang tinggi akan merosakkan gigi.

4. Kita haruslah berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan rutin atau mendapatkan
rawatan gigi apabila perlu.

5. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga gigi supaya sihat dan cantik

sepanjang hayat kita.

Jawapan-jawapan Lain

1. Amalan menggosok gigi dengan ubat gigi berfluorida dapat membunuh kuman yang merosakkan gigi.

2. Berjumpalah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk penjagaan gigi yang
berkesan.

Gambar 1.4 ( Amalan Gaya Hidup yang sihat )

3
1. Beberapa orang perempuan sedang bersenam aerobik di kawasan lapang supaya badan mereka
sentiasa sihat dan aktif.

2. Aiman minum lapan gelas air masak dalam masa sehari agar badannya sentiasa sihat dan cergas.

3. Kita perlu mengambil makanan seimbang seperti nasi, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk
menjamin kesihatan badan.

4. Encik Yasin membuat pemeriksaan doktor setiap enam bulan bagi memastikan badannya sentiasa sihat.

5. Kita hendaklah menggosok gigi liga kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat
gigi agar gigi sentiasa bersih.

Gambar 1.5 ( Amalan Gaya Hidup yang sihat )

4
1. Ahmad menggosok gigi tiga kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi supaya
giginya sentiasa bersih.

2. Salmi memotong kuku sehingga pendek dengan pengetip kuku agar kekotoran tidak melekat di celah-
celah kuku.

3. Kita mesti memakai pakaian yang bersih untuk menjaga penampilan diri.

4. Zahar mandi menggunakan sabun dan syampu rambut untuk menjaga kebersihan kulit serta rambutnya.

5. Laila membasuh tangannya dengan menggunakan sabun sehingga bersih sebelum mengambil
makanan.

Gambar 2 ( Keselamatan di Jalan raya )

5
1. Pengguna jalan raya mestilah menggunakan laluan
pejalan kaki yang terdapat di tepi jalan raya.

2. Kita mestilah menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya yang sibuk.

3. Pengguna jalan raya hendaklah mematuhi peraturan lampu isyarat untuk mengelakkan kemalangan
daripada berlaku.

4. Orang yang lebih dewasa perlu memimpin tangan kanak-kanak semasa melintas jalan raya untuk
memastikan keselamatan diri ketika di jalan raya.

5. Pengawal lalu lintas akan memastikan semua kenderaan berhenti untuk menjaga keselamatan pejalan
kaki.

6
Gambar 2.1 ( Keselamatan di Jalan raya )

1.

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlulah memandu kenderaan mengikut kadar kelajuan yang
selamat.

2. Pemandu kenderaan seperti kereta, lori dan bas wajib memakai tali pinggang keledar manakala bagi
penunggang motosikal perlulah memakai topi keledar dengan betul.

3. Tidur dan rehatlah secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh jika anda perlu memandu
kenderaan.

4. Kita perlu memastikan kenderaan yang kita pandu itu selamat dari segi teknikal dan fizikalnya.

5. Kita perlu patuhi semua peraturan di jalan raya dengan ikhlas agar dapat mengelakkan kemalangan
yang boleh mengorbankan nyawa.

Gambar 2.2 ( Keselamatan di Rumah – Punca Kebakaran )

7
1. Lingkaran ubat nyamuk yang diletakkan berhampiran dengan langsir boleh menyebabkan kebakaran.

2. Puntung rokok yang masih bernyala jika dibuang di merata-rata tempat boleh menyebabkan rumah
terbakar.

3. Kebocoran gas boleh mengundang kebakaran rumah yang dahsyat.

4. Penggunaan pelita minyak tanah secara tidak selamat boleh menyebabkan kebakaran.

5. Kanak-kanak yang bermain dengan mancis dan kertas sering kali mengundang kebakaran.

Jawapan-jawapan Lain

1. Pelita minyak tanah hendaklah diletakkan di tempat yang selamat supaya tidak mudah terlanggar
hingga menyebabkan kebakaran.

3. Perbuatan membuang puntung rokok yang masih bernyala boleh menyebabkan kebakaran di rumah.

Gambar 2.3 ( Keselamatan di Padang Sekolah )

8
1. Kita mestilah minum air untuk mengelakkan penghidratan berlaku agar kita cergas semasa di padang..

2. Kita hendaklah melakukan aktiviti pemanasan badan agar tidak berlaku kekejangan otot yang boleh
mengakibatkan kecederaan.

3. Wati memakai kasut yang bertapak rata untuk mengelakkan dirinya daripada mengalami kecederaan
ketika aktiviti senaman.

4. Pad keselamatan perlu dipakai pada kaki agar dapat melindungi kaki kita daripada tercedera.

5. Elakkan menolak atau menerjah ketika bermain bola sepak agar tidak berlaku kecederaan.

Gambar 2.4 ( Kaedah-kaedah Keselamatan Menghadapi Banjir )

9
1. Kita perlu matikan bekalan masuk utama di papan agihan pada kedudukan 'OFF' sebelum berpindah
akibat banjir.

2. Pastikan semua suis berada dalam keadaan 'OFF' dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik
daripada soket alir keluar.

3. Kita perlu memindahkan semua peralatan elektrik ke tempat yang tinggi dan selamat daripada
ditenggelami air banjir.

4. Kita perlu maklum bahawa air merupakan pengalir elektrik yang baik dan amat berbahaya dalam
keadaan banjir.

5. Peringatan kaedah-kaedah keselamatan menghadapi banjir dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk
mangsa banjir.

Jawapan-jawapan Lain

1. Tanpa pengetahuan tentang mengendalikan elektrik akan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Gambar 2.5 ( Langkah-langkah Pencegahan Kecederaan di Rumah )

10
1. Encik Ismail men y imp an ubat-ubatan di tempat yang tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-
kanak.

2. Alatan yang tajam seperti pisau dan gunting disimpan di dalam laci oleh Puan Zaleha untuk mengelakkan
kejadian buruk.

3. Nenek Som sentiasa memastikan bahawa wayar barangan elektrik tidak terjuntai dan dapat dicapai
kanak-kanak.

4. Kita perlu mengalihkan perabot jauh daripada tingkap kerana kanak-kanak dapat memanjat perabot
yang berhampiran.

5 Budak perempuan itu mengemop lantai yang tertumpah air minuman dengan segera agar tiada sesiapa
yang akan tergelincir.

Gambar 3 ( Sambutan Hari Kebangsaan )

11
1. Menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat
menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan murid.

2. Untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, kita hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang pada
kenderaan.

3. Untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga, ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk
menyambut sambutan Hari Kebangsaan di dataran.

4. Pihak sekolah hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan-bangunan sekolah untuk


menanamkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid.

5 Pihak sekolah hendaklah menganjurkan pertandingan yang bertemakan Hari Kebangsaan seperti
bersajak dan menyediakan hadiah yang menarik.

Gambar 3.1 ( Sambutan Hari Kebangsaan )

12
1. Murid-murid sekolah bersemangat ketika mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan.

2. Rumah-rumah kediaman turut dipasang bendera Malaysia bagi mempamerkan patriotisme.

3. Pengayuh beca menghiasi becanya dengan Jalur Gemilang yang pelbagai saiz dengan begitu kreatif.

4. Pemandu kereta, van, dan lori berasa bangga apabila melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan
mereka.

5. Pemilik kedai dan pejabat sama-sama meraikan ulang tahun negara kita. Hari Kemerdekaan.

Gambar 4 ( Mengisi Masa Lapang )

13
1. Masa lapang boleh diisi dengan membaca buku dan mengulang kaji pelajaran.

2. Sesetengah orang mengisi masa lapang dengan hobi seperti bercucuk tanam.

3. Meluangkan masa menonton televisyen bersama keluarga.

4. Bersukan juga digalakkan untuk mengisi masa lapang seperti berjoging, bermain badminton dan
sebagainya.

5. Memelihara dan meluahkan rasa sayang kepada haiwan kesayangan juga dapat memenuhi masa
lapang.

Gambar 4.1 ( Mengisi Masa Lapang )

14
1. Kita boleh mengisi masa lapang dengan mengusahakan tanaman seperti sayur-sayuran.

2. Murid-murid boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku di perpustakaan untuk menambahkan
ilmu pengetahuan.

3. Kita juga boleh membersihkan rumah apabila mempunyai masa lapang.

4. Kita boleh membaca novel atau buku cerita bagi memenuhi masa yang terluang.

5. Kita boleh melakukan aktiviti beriadah pada waktu petang bersama keluarga di taman permainan.

Gambar 5 ( Cara Belajar yang Berkesan )

15
1. Murid-murid perlu menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar supaya dapat memahami apa
yang diajar oleh guru.

2. Bertanya kepada guru jika tidak faham sesuatu topik yang diajar oleh guru.

3. Membuat ulang kaji di rumah tentang tajuk-tajuk yang sudah diajar oleh guru di kelas.

4. Melayari Internet untuk mencari maklumat tambahan tentang sesuatu topik.

5. Belajar secara berkumpulan merupakan salah satu cara belajar yang berkesan.

Gambar 6 ( Punca-punca Pencemaran )

16
1. Asap dari kilang yang kotor menyebabkan pencemaran alam sekitar.

2. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh sikap masyarakat yang melakukan pembakaran terbuka.

3. Sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan berlakunya pencemaran sungai.

4. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah yang tiada kawalan.

5. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan seperti motosikal dan kereta menyebabkan pencemaran udara.

Gambar 6.1 ( Langkah-langkah Menjaga Alam Sekitar )

17
1. Kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah untuk memelihara alam sekitar.

2. Kita sewajarnya membersihkan longkang di rumahnya bagi mengelakkan bau busuk.

3. Encik Radhi menanam tin dan botol kosong bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

4. Keluarga Puan Haida membersihkan taman bunga mini supaya nyamuk tidak dapat bertelur di situ.

5 Pekerja majlis bandaran mengutip sampah dan sisa makanan bagi mengawal kebersihan.

Gambar 6.2 ( Langkah-langkah Menjaga Alam Sekitar )

18
1. Masyarakat yang bertanggungjawab akan menjaga alam sekitar untuk memastikan bumi terpelihara
daripada pencemaran alam.

2. Penanaman pokok boleh menghijaukan alam dan menambah oksigen yang diperlukan oleh manusia.

3. Cintailah dan pelihara sungai kita bagi membolehkan kita menikmati air yang bersih dan tidak tercemar.

4. Selamatkanlah bumi kita dengan membuang sampah ke dalam tempat yang disediakan.

5. Kehijauan alam semula jadi perlu dipelihara dan dikekalkan supaya kita dapat menyedut udara yang
segar.

Gambar 7 ( Keluarga Bahagia )

19
1. Kita perlu meluangkan masa dengan anggota keluarga sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk
makan bersama-sama agar hubungan kekeluargaan sentiasa terjalin dengan erat.

2. Kita boleh melakukan aktiviti riadah di taman permainan bersama-sama anggota keluarga agar dapat
mengeratkan silaturahim, sekali gus dapat menyihatkan badan.

3. Kita boleh melakukan aktiviti bersama-sama anggota keluarga seperti berkelah untuk merapatkan
hubungan sesama anggota keluarga.

4. Kita boleh menyambut hari-hari penting ahli keluarga seperti sambutan hari lahir supaya anggota keluarga
kita berasa dihargai.

5. Amalan menonton televisyen bersama-sama ahli keluarga dapat mengakrabkan hubungan antara satu
sama yang lain selain dapat mengetahui perkembangan semasa.

Gambar 7.1 ( Keluarga Bahagia )

20
1. Setiap anggota keluarga bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka
pada masa lapang untuk menjaga kesihatan mereka.

2. Keluarga yang bahagia akan memperuntukkan masa untuk menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi
bersama-sama pada hujung minggu atau cuti umum untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

3. Keluarga yang bahagia akan meluangkan masa untuk makan bersama-sama walaupun mereka sibuk
dengan aktiviti masing-masing.

4. Pada masa senggang, setiap anggota keluarga akan berehat sambil menonton televisyen dan bergurau
senda untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan mesra.

5. Ibu bapa perlu membawa anak-anak pulang ke kampung untuk menziarahi datuk, nenek, dan saudara-
mara agar hubungan persaudaraan sentiasa terjalin dengan kukuh.

Gambar 8 ( Gotong-royong )

21
1. Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada guru penyelaras
tentang aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

2. Seorang guru dan seorang murid lelaki mengecat bangunan sekolah dengan cermat dan berhati-hati.

3. Adriana dan rakan-rakannya mengutip sampah dan daun pokok yang bertaburan lalu memasukkannya
ke dalam plastik sampah.

4. Seorang guru dan seorang murid perempuan sedang menanam pokok bunga untuk mengindahkan
kawasan sekolah.

5. Ali dan Ahmad membersihkan longkang bagi menggelakkan air bertakung.

Gambar 8.1 ( Gotong-royong )

22
1. Kebaikan aktiviti bergotong-royong ialah aktiviti ini dapat meringankan pekerjaan kerana peserta
bersama-sama melakukan kerja dengan ikhlas.
2 Aktiviti bergotong-royong dapat menjimatkan wang kerana tenaga kerja dibuat secara sukarela tanpa
upah.
3 Melalui aktiviti bergotong-royong ini, masa boleh dijimatkan kerana bilangan ahli yang melakukan kerja ini
ramai.
4 Kebaikan bergotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum antara peserta yang berbilang
bangsa.
5 Amalan mulia ini dapat membersihkan kawasan sekolah, taman perumahan, kampung atau sebagainya.

Jawapan-jawapan Lain

1. Kawasan sasaran menjadi bersih melalui aktiviti bergotong-royong.


2. Amalan bergotong-royong dapat melahirkan masyarakat sukarelawan yang
boleh dibanggakan.

Gambar 8.2 ( Gotong-royong )

23
1. Dua orang murid perempuan menyapu sampah di bawah dua batang pokok yang besar.
2. Tiga orang murid mengecat pintu dan pagar sekolah dengan tekun.
3. Dua orang murid perempuan yang lain membawa plastik berisi sampah sarap untuk dibuang.
4. Seorang murid lelaki yang berbadan gempal menolak sebuah kereta sorong yang penuh berisi sampah.
5. Beberapa orang murid lelaki melukis mural dan mengecatnya dengan berhati-hati.

Gambar 8.3 ( Aktiviti Gotong-royong )

24
1. Ahmad sedang mengecat tiang buaian di taman permainan agar buaian tersebut kelihatan cantik.

2. Siti mencabut rumput yang tumbuh melata manakala bapanya memotong rumput dengan penyabit.

3. Seorang lelaki sedang menggergaji dahan pokok sebelum dibuang di tempat pembuangan sampah.

4. Norman dan Mimi mengutip sampah yang bertaburan lalu memasukkan ke dalam beg plastik yang
dipegang oleh mereka.

5. Ah Ming menyapu dedaun yang terdapat di taman permainan itu dengan perasaan gembira.

Gambar 9 ( Hari Sukan )

25
1 Dua orang budak lelaki sedang mengangkat rostrum untuk diletakkan di tengah padang.

2. Cikgu Ali sedang mencatat markah peserta yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi.

3. Guru Besar mengalungkan pingat kepada para pemenang yang berjaya dalam acara sukan yang
disertai

4. Cikgu Normah sedang memegang dulang yang berisi pingat untuk para pemenang yang berjaya dalam
acara sukan yang disertai.

5. Para pemenang berdiri di atas podium untuk menerima pingat daripada Guru Besar.

26
Gambar 9.1 ( Hari Sukan )

1. Dua orang murid perempuan sedang menghias rumah sukan masing-masing agar tampak cantik dan
menarik.

2. Tiga orang murid sedang menyusun kerusi di kawasan khemah tetamu.

3. Dua orang murid lelaki sedang mengangkut bakul yang berisi bola getah.

4. Dua orang murid' lelaki sedang mendirikan tiang bendera di tengah padang.

5. Dua orang guru menyukat trek balapan dengan menggunakan pita.

Gambar 9.2 ( Hari Sukan )

27
1. Seorang lelaki menolak alat membuat garisan padang dengan dibantu oleh rakannya yang berperanan
sebagai pengukur jarak antara setiap garisan.

2. Murid-murid bekerjasama mengangkat kerusi dari kelas untuk diletakkan di khemah utama yang akan
digunakan oleh ibu bapa.

3. Guru-guru membantu menyiapkan khemah seperti memasang langsir dan belon agar khemah kelihatan
lebih cantik.

4. Beberapa orang guru memasang khemah untuk digunakan oleh murid-murid yang mengambil bahagian
dalam acara larian.

5. Beberapa orang guru sibuk mengemas pentas utama tempat jemputan khas menerima tabik hormat
daripada peserta perbarisan.

Gambar 9.3 ( Hari Sukan )

28
1. Murid-murid dan guru bertungkus lumus menghias padang dan khemah menjelang hari sukan.

2. Dua orang murid lelaki menyusun kerusi di khemah utama.

3. Shahril dan rakan-rakan pasukannya menghias khemah mereka supaya ceria dan meriah.

4. Dua orang murid perempuan membantu guru menyusun piala-piala mengikut kategori acara
sukan yang dipertandingkan.

5. Ahmad menolak kereta sorong yang berisi kon untuk diletakkan di tengah-tengah padang.

Gambar 10 ( Aktiviti Bersama Keluarga )

29
1. Nazrin dan keluarga sedang berjoging di taman pada waktu petang untuk menjaga kesihatan mereka.

2. Luqman menunggang basikal sambil dibantu oleh bapanya kerana dia baru belajar menunggang
basikal.

3. Melina dengan gembiranya membeli aiskrim daripada seorang penjual aiskrim.

4. Encik Asri dan kawannya sedang memancing ikan untuk mengisi masa lapang.

5. Puan Azlin membentang tikar untuk menghidangkan makanan di bawah sebatang pokok.

Gambar 11 ( Halaman Rumah )

30
1. Aliya menyiram pokok bunga di halaman rumahnya dengan perasaan gembira pada waktu pagi.

2. Terdapat sebuah kereta sorong di hadapan rumah Aliya yang digunakan untuk membuang sampah.

3. Matahari pada pagi itu bersinar menerangi keindahan bumi yang indah dan permai.

4. Terdapat seekor kucing di hadapan pintu rumah dan dua ekor burung sedang mematuk makanan di
halaman rumah.

5. Pokok bunga matahari yang terdapat di halaman rumah Aliya hidup dengan subur di bawah sinaran
cahaya matahari.

Gambar 12 ( Pusat Sumber )

31
1. Hasnah mengulang kaji pelajaran di pusat sumber sekolah bersama-sama kawannya pada waktu rehat.

2. Ahmad dan Ali meneliti dan membaca ruangan tertentu dalam surat khabar untuk menambahkan ilmu
pengetahuan mereka.

3. Amran dan Aizul membawa beberapa buah buku rujukan ke kaunter untuk dipinjam.

4. Buku-buku di pusat sumber itu disusun dengan kemas oleh pengawas pusat sumber yang bertugas.

5. Pengawas pusat sumber sekolah itu melayan murid-murid yang hendak meminjam buku dengan mesra.

Gambar 12.1 ( Pusat Sumber )

32
1. Beberapa orang murid menjalankan aktiviti masing-masing di dalam perpustakaan sekolah.
2. Dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan melayari Internet dengan tekun.
3. Beberapa orang murid berbaris di kaunter untuk meminjam buku daripada pustakawan sekolah.
4. Seorang guru wanita mencari buku-buku rujukan di rak buku.
5. Seorang guru lelaki membaca surat khabar sambil bersandar di tepi rak buku.

Jawapan-jawapan Lain

1. Pustakawan sekolah melayani murid-murid dengan cekap dan mesra.


2. Maklumat dan peraturan perpustakaan ditampal pada papan kenyataan.
3. Murid-murid dikehendaki senyap dan beratur ketika berurusan di kaunter.

Gambar 13 ( Pusat Sumber )

1. Puan Izzati membuang kulit pisang dan membelah buah pisang itu untuk digoreng.

2. Puan Izzati menggoreng pisang yang telah dicelupkannya itu ke dalam adunan.

3. Hafizah membantu ibunya menyiapkan minuman teh panas untuk hidangan minum petang.

4. Puan Izzati menghidangkan pisang goreng yang telah siap digoreng kepada suami dan anak-anaknya.

5. Encik Zulkifli sangat gemar makan pisang goreng dengan sambal kicap.

33
Gambar 14 ( Cara-cara untuk Menjadi Murid Cemerlang )

1. Kita mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas.

2. Teknik perbincangan bersama-sama rakan merupakan kaedah pembelajaran yang berkesan.

3. Pembelajaran kendiri seperti membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan dapat menjamin
kecemerlangan.

4. Amalan berkunjung ke pusat sumber sekolah mestilah menjadi budaya murid-murid.

5. Bagi mengimbangi kecerdasan mental dan fizikal, kita mestilah bergiat aktif dalam sukan.

Gambar 14.1 ( Ciri-ciri Murid Cemerlang )

34
1. Murid cemerlang mempunyai ketajaman minda yang menyebabkan mereka mudah menerima pelajaran
dan mengingatinya.

2. Murid cemerlang rajin berusaha mengulang kaji pelajaran pada setiap masa.

3. Murid cemerlang mempunyai budi bahasa yang terpuji ketika bercakap dengan orang lain.

4. Murid cemerlang menghormati guru dan rakannya serta tidak sombong akan kelebihannya.

5. Murid cemerlang sangat menghargai masa dan menggunakan masa dengan berfaedah.

Jawapan-jawapan Lain

1 Murid cemerlang sentiasa mendapat keputusan cemerlang kerana mereka bijak membahagikan masa
untuk pelajaran.

2 Sikap murid cemerlang yang positif menyebabkan guru dan rakan sekolah menyukainya.

Gambar 15 ( Produk Hasil Lembu )

35
1. Tulang lembu sungguh enak dimasak sup untuk hidangan tengah hari atau malam.

2. Daging lembu yang diproses sering dijadikan burger dan boleh disimpan lama.

3. Kulit lembu lazimnya dijadikan barangan pakaian seperti baju dan tali pinggang.

4. Kulit lembu yang sudah dikeringkan dapat dijadikan alat muzik seperti kompang dan rebana.

5. Susu lembu dalam bentuk cecair dan susu tepung amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kita.

Gambar 16 ( Carta Pai )

36
1. Kebanyakan penduduk di Taman Banjaran Jaya bekerja sebagai peniaga iaitu sebanyak 40 peratus.

2. Sebanyak 25 peratus daripada penduduk di taman itu memegang jawatan sebagai pengurus dalam
pelbagai sektor.

3. Penjawat awam kerajaan yang mendiami Taman Banjaran Jaya sebanyak 15 peratus sahaja.

4. Kakitangan swasta dan suri rumah merupakan jumlah yang paling sedikit peratusnya iaitu masing-masing
15 peratus dan 10 peratus di taman itu.

5. Jumlah keseluruhan penduduk yang bekerja dan menetap di taman berkenaan sebanyak 90 peratus.

Gambar 17 ( Graf )

37
1. Pengeluaran baju kanak-kanak paling banyak oleh Kilang Pakaian ROMA adalah pada tahun 2012 iaitu
sebanyak 50 ribu helai.

2. Pada tahun 2013, Kilang Pakaian ROMA mengeluarkan jumlah baju dan seluar yang sama banyak iaitu
sebanyak 30 ribu helai.

3. Pengeluaran baju kanak-kanak oleh Kilang Pakaian ROMA berkurangan dari setahun ke setahun.

4. Kilang Pakaian ROMA mengeluarkan jumlah seluar yang sama banyak iaitu sebanyak 20 ribu helai pada
tahun 2015 dan 2016.

5. Pengeluar baju dan seluar oleh kilang tersebut dalam masa lima tahun menunjukkan pola yang tidak
sekata.

Gambar 18 ( Jdual )

38
1. Semua murid Tahun Enam Wawasan Sekolah Kebangsaan Taman Teknologi terlibat untuk bertugas
sebelum Hari Kantin dijalankan.

2. Tiga tugasan utama mesti dipikul oleh semua murid Tahun Enam Wawasan selepas Hari Kantin tersebut
ialah menyimpan peralatan, membersihkan tapak gerai jualan dan mencuci peralatan jualan.

3. Khalis Mukhris diamanahkan untuk mengurus jualan minuman di gerai kelolaan kelas mereka.

4. Promosi jualan semasa Hari Kantin di gerai Tahun Enam Wawasan diketuai oleh Nur Dhia Almas.

5. Jualan barangan terpakai di gerai Tahun Enam Wawasan telah diselia oleh Nazirul Shahizad.

Gambar 19 ( Peta )

39
1. Kedai gunting rambut terletak di kiri Jalan Selamat dan bersebelahan dengan klinik.

2. Padang bola terletak di antara Sekolah Kebangsaan Kampung Bakti dengan ladang nanas.

3. Kawasan sawah padi terdapat di sebelah kiri Jalan Paya dan di sebelah utara rumah Mak Siti.

4. Pejabat pos mini terletak di sebelah kanan Jalan Aman dan di selatannya terdapat kedai runcit.

5. Surau di Kampung Bakti terletak di selatan Jalan Lembah dan di sebelah kanan Jalan Paya.

Gambar 19.1 ( Peta )

40
1. Kita dapat berkelah di tepi pantai atau di kawasan air terjun jika berkunjung ke Kampung Jentayu.

2. Pekerjaan utama penduduk di Kampung Jentayu ialah petani dan nelayan.

3. Di persisiran pantai Kampung Jentayu dipenuhi pokok kelapa dan hutan bakau yang subur.

4. Penanaman kelapa sawit ialah kegiatan pertanian yang paling banyak diusahakan oleh penduduk
Kampung Jentayu.

5. Di Kampung Jentayu ada disediakan kemudahan awam untuk orang ramai, iaitu sekolah dan masjid.

Gambar 19.2 ( Peta )

41
1. Negeri Kedah terkenal dengan tanaman padi dan dikenal juga sebagai Jelapang Padi Malaysia.

2. Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang kerana burung ini banyak didapati di negeri tersebut.

3. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang terkenal di negeri Selangor.

4. Tarian kuda kepang terkenal di negeri Johor.

5. Jambatan Pulau Pinang merupakan identiti negeri Pulau Pinang.

Gambar .20 ( Pelan )

42
1. Bangunan prasekolah terletak di sebelah kiri di bahagian selatan kawasan sekolah tersebut.

2. Terdapat lima buah rumah guru Sekolah Kebangsaan Bukit Gedong.

3. Keluasan bilik guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelang sama dengan tiga buah kelas di bangunan
berkenaan.

4. Padang sekolah ini yang luas memudahkan pelbagai aktiviti sukan dan permainan dijalankan.

5. Pusat sumber, makmal komputer, kelas tahun 5 dan kelas tahun 6 ditempatkan di sebelah kanan padang.

Gambar 21 ( Persiapan Pertandingan Cerita )

43
1. Dua orang murid lelaki sedang menyusun sofa di hadapan pentas sebelum pertandingan bermula.

2. Dua orang murid lelaki meletakkan pasu bunga di atas pentas tersebut.

3. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang pertandingan tersebut.

4. Dua orang guru perempuan menghias pentas dengan kain renda yang cantik.

5. Dua orang murid perempuan menyapu sampah di dalam dewan itu.

Gambar 22 ( Pencegahan Denggi )

44
1. Seorang lelaki membuang bekas, tin kosong ke dalam tong sampah untuk mengelakkan pembiakan
nyamuk aedes.

2. Halina menutup bekas air dengan penutup supaya tidak terdedah.

3. Kakak menyembur bilik dengan penyembur nyamuk untuk mengelak nyamuk masuk ke dalam rumah.

4. Ayah menabur ubat jejentik ke dalam kolah mandi supaya nyamuk aedes tidak membiak.

5. Seorang pegawai kesihatan menyembur semburan kabus di kawasan yang ada kes denggi.

Gambar 23 ( Persiapan Menyambut Hari Raya Aidilfitri)

45
1. Nenek menganyam ketupat untuk dijadikan sebagai hidangan utama pada pagi raya.

2. Encik Ali menyapu sampah supaya rumah bersih pada hari raya.

3. Puan Aminah mengeluarkan kek yang sudah masak dari ketuhar.

4. Haikal menggantung langsir di tingkap bagi menceriakan rumah mereka.

5. Suzana mengisi biskut raya ke dalam bekas untuk dihidangkan kepada tetamu.

Gambar 24 ( Suasana di Kantin )

46
1. Seorang murid perempuan membuang sampah ke dalam tong bagi penjaga kebersihan kantin sekolah
mereka.

2. Hazifah membasuh tangan di sinki sebelum makan karipap.

3. Seorang pekerja kantin menutup mi goreng supaya tidak dihinggapi lalat.

4. Kamal dan kawannya meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam
besen supaya mudah dicuci.

5. Mak Cik Siti menyimpan ayam dan sayur yang belum dimasak ke dalam peti ais bagi mengelakkan
pembiakan bakteria.

Gambar 25 ( Kepentingan Air kepada Manusia )

47
1. Air sangat penting kepada manusia kerana kila memerlukan air bersih untuk minuman sekurang-
kurangnya lapan gelas sehari untuk tubuh menjalankan fungsinya dengan baik.

2. Air penting untuk kita membersihkan badan ketika mandi atau di tandas.

3. Air penting jika kita hendak membasuh pakaian sama ada secara manual atau menggunakan mesin
basuh.

4. Proses penyediaan makanan memerlukan air, contoh membasuh sayuran hinggalah memasaknya.

5. Pesawah memerlukan air untuk menanam padi kerana tanpa air tanaman padi akan mati.

Gambar 25.1 ( Cara-cara Menjimatkan Air )

48
1. Kita boleh menjimatkan air dengan cara menutup paip air ketat-ketat selepas menggunakannya.

2. Mandi menggunakan air pancuran lebih jimat berbanding dengan mandi menggunakan tab mandi.

3. Air tadahan hujan boleh digunakan semula untuk membasuh kereta, mencuci longkang, dan menyiram
pokok bunga dalam usaha untuk menjimatkan air.

4. Baiki paip yang bocor dengan segera supaya air dapat dijimatkan.

5. Terdapat pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjimatkan air daripada pembaziran.

Jawapan-jawapan Lain

1. Paip yang rosak mesti dibaiki segera untuk mengelakkan pembaziran air.
2. Paip yang rosak dan sudah lama usianya hendaklah diganti dengan paip baharu supaya air dapat
dijimatkan.
Gambar 26 ( Amalan Berjimat-cermat )

49
1. Murid sekolah bolehlah membawa bekalan makanan dan minuman dart rumah dan wang saku yang
diberikan oleh ibu bapa disimpan sebagai tabungan.

2. Murid boleh berjimat ketika menggunakan alat tulis dengan menyimpannya di dalam bekas pensel yang
bertutup supaya tidak hilang.

3. Beg sekolah jika dijaga dengan baik boleh digunakan hingga tiga tahun, oleh itu tidak perlu membeli beg
sekolah pada setiap tahun.

4. Murid boleh menjaga buku teks dan buku rujukan dengan cermat supaya boleh digunakan semula oleh
orang lain.

5. Murid boleh menutup lampu dan kipas selepas keluar dari kelas supaya elektrik dapat dijimatkan di
sekolah.

Jawapan-jawapan Lain
1. Amalan berjimat cermat dalam kalangan murid boleh meringankan beban kewangan ibu bapa.

Gambar 27 ( Belilah Barangan Buatan Malaysia )

50
1. Sebagai rakyat, kita perlu menyokong ekonomi negara dengan membeli barangan keluaran negara
sendiri, terutama makanan.

2. Barangan buatan tempatan seperti kereta, motosikal dan alat gantian kenderaan lebih murah dan
menjimatkan kerana kerajaan mengurangkan kadar cukai berbanding dengan barangan import
sejenisnya.

3. Dengan membeli barangan tempatan, semangat patriotik dapat disemai kerana rakyat berbangga dan
yakin akan produk negara sendiri.

4. Barang-barang buatan Malaysia seperti kraf tangan tembikar, perak, tembaga, rotan, songket dan batik
diusahakan oleh pengusaha industri kecil.

5. Jika semakin ramai pengguna tempatan menggunakan produk negara sendiri, semakin tinggilah imej
produk negara di mata dunia.

Gambar 28 ( Faedah Membaca )

51
1. Tabiat membaca sangat penting kerana melalui pembacaan, kita dapat mencerdaskan minda dan
berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.

2. Faedah membaca dapat menjadikan individu itu petah, bijak dan rasional ketika mengemukakan
pendapat.

3. Orang yang luas ilmu pengetahuannya melalui tabiat membaca, bijak menyelesaikan masalah berat.

4. Tabiat membaca dapat mengisi masa lapang seseorang dengan berfaedah.

5. Faedah membaca dapat mematangkan fikiran seseorang walaupun usia dan pengalaman hidupnya
masih muda.

Jawapan-jawapan Lain

1. Orang yang suka banyak membaca mempunyai pengetahuan am tentang pelbagai perkara.
2. Pelajar yang suka membaca pelbagai bahan bacaan dapat membantunya dalam pelajaran.

Gambar 29 ( Faedah Mempunyai Hobi )

52
1. Hobi Sharifah yang gemar membaca pelbagai bahan bacaan membantunya memenangi Hadiah
Penulisan Terbaik di sekolahnya.

2. Faedah hobi memelihara haiwan kesayangan boleh memupuk nilai kasih sayang dalam jiwa kanak-
kanak.

3. Hobi memancing ikan bersama-sama keluarga sudah pasti dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Puan Agnes Liew yang mempunyai hobi menanam pokok bunga akhirnya berjaya membuka sebuah
kedai bunga.

5. Banyak faedah yang diperoleh jika kita bijak memilih hobi untuk mengisi masa lapang.

Jawapan-jawapan Lain

1. Pelbagai faedah boleh diperoleh melalui hobi membaca, iaitu menambahkan


pengetahuan dan menajamkan fikiran.
2. Hobi menanam pokok bunga akan menjadikan kawasan rumah lebih ceria dan menarik.
Gambar 29.1 ( Faedah Mempunyai Hobi )

53
1. Ravi minat melukis pada masa senggangnya untuk menghilangkan stres setelah penat belajar.

2. Puan Aminah menanam pokok bunga agar halaman rumahnya kelihatan ceria dan cantik.

3. Syahmi sedang memancing ikan di tepi sungai untuk merehatkan mindanya selepas letih bekerja.

4. Mei Ling gemar bermain piano pada waktu lapang untuk mengasah bakatnya dalam bidang muzik.

5. Rokiah suka memasak jika ada masa lapang agar dia keluarganya dapat menikmati makanan yang
berkhasiat.

Gambar 30 ( Situasi di Taman Rekreasi )

54
.
1. Beberapa orang pengunjung menabur makanan kepada ikan-ikan di dalam tasik.

2. Dua orang lelaki berjoging mengelilingi taman rekreasi itu.

3. Sepasang suami isteri menyorong kereta sorong bayi mereka sambil berbual-bual.

4. Dua orang kanak-kanak menghulurkan makanan kepada seekor monyet kepunyaan seorang lelaki.

5. Sekumpulan wanita separuh umur melakukan senamrobik dengan diiringi muzik.

Jawapan-jawapan Lain

1. Pelbagai aktiviti riadah dilakukan oleh pengunjung di Taman Tasik Puteri.


2. Trek untuk pejalan kaki dibina mengelilingi tasik untuk kemudahan pengunjung.
3. Pemandangan di kawasan sekitar Taman Tasik Puteri dipenuhi dengan pokok yang menghijau.

Gambar 31 ( Situasi di dalam Majlis Sambutan Hari Guru )

55
1. Puan Guru Besar berucap di atas pentas sempena Majlis Sambutan Hari Guru.

2. Murid-murid meraikan guru-guru kesayangan mereka dengan mengadakan jamuan.

3. Pasukan Koir sekolah menyanyi dalam acara persembahan pentas.

4. Murid-murid Tahap Satu memakai kostum haiwan dalam persembahan sketsa.

5. Beberapa orang guru mendendangkan lagu sambil bertepuk tangan.

Jawapan-jawapan Lain

1. Pelbagai acara menarik diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Guru.


2. Pelbagai juadah dihidangkan untuk menjamu guru-guru di dalam bilik jamuan yang dihias indah.
3. Penonton yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid terhibur dengan
acara yang dipersembahkan.

Gambar 31.1 ( Situasi di dalam Majlis Sambutan Hari Guru )

56
1. Guru Besar, Encik Razali berdiri di pentas utama sambil menyampaikan ucapan di hadapan murid-murid
sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2. Murid-murid yang berkebaya begitu teruja menunjukkan bakat masing-masing ketika mempersembahkan
tarian zapin dengan gaya lemah gemalai.

3. Acara sukaneka dijalankan di padang sekolah dan guru-guru yang mengambil bahagian berusaha
bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut.

4. Guru-guru dan murid-murid yang duduk di bawah khemah menjerit untuk memberi sokongan kepada
para peserta sukaneka.

5. Murid - murid dengan perasaan ikhlas menghulurkan hadiah kepada guru-guru yang begitu dedikasi
mengajar mereka.

Gambar 32 ( Situasi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri )

57
1. Tiga orang tetamu baru tiba di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Puan Zaharah Karim.

2. Puan Zaharah Karim menyambut kedatangan tetamunya dengan mesra.

3. Puan Rohaya melayani anaknya makan di atas sofa.

4. Salmi yang memakai sepasang baju kurung mempelawa tetamu merasai kuih-muih yang terhidang.

5. Puan Marina membawa buah tangan untuk keluarga Puan Zaharah Karim.

Jawapan-jawapan Lain

1 Pelbagai juadah terhidang di atas meja bersebelahan dengan jug air dan gelas.

2 Puan Sweta Mahgan dan Puan Rohaini memakai pakaian kebangsaan kaum masing-masing semasa
mengunjungi rumah terbuka.

3 Terpampang ucapan Selamat Hari Raya pada skrin televisyen LCD.

Gambar 33 ( Aktiviti di Taman Permainan Kanak-kanak )

58
1. Rita bermain buaian bersama-sama kawannya pada petang itu.

2. Susan Loh sedang asyik bermain papan gelongsor di taman permainan itu.

3. Aiman juga hendak bermain papan gelongsor dan dia berada di belakang Susan Loh.

4. Empat orang budak lelaki sedang bermain jongkang-jengket.

5. Albert dan Michael sedang bermain kejar-kejar di dalam gelung simen.

Gambar 34 ( Suasana di Tepi Pantai / Berkelah )

59
1. Beberapa orang kanak-kanak lelaki bermain bola sambil mandi-manda dengan riang.

2. Seorang kanak-kanak berlari untuk menaikkan layang-layangnya kerana ketika itu angin bertiup sepoi-
sepoi bahasa.

3. Seorang peniaga aiskrim membunyikan loceng untuk menarik perhatian pelanggannya.

4. Puan Azizah sedang menghidangkan juadah untuk dinikmati oleh keluarganya.

5. Hafiz dan adiknya membina istana pasir di tepi pantai dengan nienggunakan sebiji baldi.

Gambar 35 ( Perkhemahan )

60
1. Zaki meletakkan cerek di atas tempat menjerang air, manakala Firdaus membetulkan kedudukan kayu
api yang sudah terbakar.

2. Halim mengangkat seberkas kayu api yang diambil dari pinggir hutan tidak jauh dari situ untuk digunakan
dalam kerja-kerja memasak.

3 Tiga orang ahli Pasukan Pengakap memasang khemah yang bakal digunakan sebagai tempat mereka
menginap dengan teliti supaya tidak roboh apabila ditiup angin.

4 Peserta perkhemahan yang lain membuat para-para dengan menggunakan buluh untuk digunakan
sebagai tempat meletak makanan.

5 Dua orang peserta perkhemahan mengutip sampah yang bertaburan, kemudian memasukkan sampah
tersebut ke dalam plastik sampah.

Gambar 36 ( Sambutan Hari Kanak-kanak )

61
1. Guru Besar, Encik Hasnil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan murid-murid yang menunggu
ketibaannya di padang sebelum acara sukaneka dijalankan.

2. Dua orang guru perempuan menyusun hadiah yang terdapat di atas meja untuk memastikan tiada
hadiah yang tercicir.

3. Beberapa orang guru dengan bantuan murid mengangkat tali guni sebesar lengan untuk digunakan
dalam acara tarik tali.

4. Murid-murid yang menyertai acara tarik tali bersungguh-sungguh menarik tali untuk memastikan kumpulan
mereka memperoleh kemenangan.

5. Guru-guru serta penyokong menjerit dan mengangkat tangan untuk memberi sokongan kepada pasukan
pilihan masing-masing.

Gambar 37 ( Kegunaan Pokok Kelapa )

62
1. Pokok kelapa merupakan sejenis pokok yang paling banyak berbakti kepada manusia kerana banyak
yang boleh dimanfaat daripada pokok tersebut.

2. Buah yang mada boleh dibuat minuman, manakala santan daripada buah kelapa boleh dibuat kuih dan
campuran masakan.

3. Tempurung kelapa boleh dibuat barang kraf tangan seperti bekas bunga dan penceduk air.

4. Daun kelapa yang muda boleh dibuat sarung ketupat dan lidi daun kelapa boleh dibuat penyapu untuk
menyapu lantai yang berhabuk.

5. Apabila pokok kelapa sudah tua, pokok itu akan ditebang dan batangnya boleh dibuat titi.

Gambar 38 ( Cara-cara Penjagaan Kebersihan Kantin Sekolah )

1.

63
Seorang murid lelaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan agar kantin
sekolah tersebut sentiasa bersih.

2. Nani mengelap meja dengan sehelai kain yang bersih agar tidak ada sisa makanan di atas meja.

3. Seorang pekerja wanita menutup makanan dengan penutup supaya tidak dihinggapi oleh lalat yang
boleh menyebabkan keracunan makanan.

4. Seorang tukang masak memakai penutup kepala dan apron ketika memasak makanan di dapur untuk
menjamin kebersihan makanan.

5. Puan Rahimah menyapu sampah dengan menggunakan penyapu supaya lantai kawasan kantin bersih.

Gambar 39 ( Cara-cara Menceriakan Kelas )

1. Kelas boleh diceriakan dengan memasang langsir pada tingkap dan pintu kelas.
2. Kita boleh mengalas meja murid dan guru untuk menambahkan keceriaan kelas.
3. Kita perlulah menyapu sampah sarap dan mengelap cermin tingkap agar tidak kotor.
4. Kita hendaklah menampal kertas bercorak pada papan kenyataan agar kelas semakin ceria.
5. Menghiasi meja guru dengan pasu berisi bunga dapat menambahkan lagi suasana kelas yang ceria.

64
Gambar 40 ( Hari Karnival Kokurikulum )

1. Guru-guru dan murid-murid sedang mendengar ucapan daripada Guru Besar ketika majlis perasmian Hari
Karnival Kokurikulum.

2. Farina dan rakan-rakannya itu sedang membantu Cikgu Mariam menyediakan karipap di gerai makanan
pada hari karnival tersebut.

3. Nazmi dan rakan-rakannya pula sedang menyusun barangan terpakai di atas meja gerai jualan
barangan terpakai.

4. Pada sebelah petang, para guru dan murid menyaksikan demonstrasi kebakaran oleh anggota bomba
yang dilakukan di padang sekolah.

5. Selain itu, pada Hari Karnival Kokurikulum terdapat acara perbarisan dan kawad kaki oleh badan
beruniform.

Gambar 41 ( Peraturan di Kantin Sekolah )

65
1. Kita mestilah beratur ketika membeli makanan di kantin.

2. Kita hendaklah makan dan minum dengan tertib di tempat yang telah disediakan.

3. Kita sewajarnya mencuci tangan dengan menggunakan sabun selepas makan.

4. Kita hendaklah meletakkan gelas dan pinggan yang kotor di dalam besen yang disediakan.

5. Kita perlulah memungut sisa makanan yang ada di atas meja setelah selesai makan.

Gambar 42 ( Suasana di Ruang Tamu )

66
1. Encik Halim membaca surat khabar di ruang tamu.

2. Puan Aminah mengupas beberapa biji epal dengan menggunakan pisau yang tajam.

3. Haris melayari Internet dengan menggunakan komputer.

4. Amran bermain alat permainannya sambil duduk di lantai.

5. Amirul dan Si Comel melihat ikan sedang berenang di dalam akuarium.

67

Anda mungkin juga menyukai