Anda di halaman 1dari 12

Gambar menunjukkan suasana di bilik darjah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar


tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. mengelap tingkap 5. meletakkan pasu bunga
2. menampal / merujuk 6. menyusun meja
3. membersihkan papan tulis 7. menyusun kerusi
4. menyapu sampah

Contoh-contoh ayat:
1. Seorang murid lelaki sedang mengelap tingkap dengan sehelai kain.
2. Dua orang murid perempuan merujuk notis yang ditampal pada papan kenyataan.
3. Abu membersihkan papan putih supaya bersih dan kemas.
4. Amira dan Aminah bertugas menyapu sampah di dalam kelas.
5. Penolong ketua kelas meletakkan sebuah pasu bunga di atas meja guru.
6. Seorang murid lelaki sedang menyusun meja di dalam kelas .
7. Omar bertugas menyusun kerusi supaya teratur.




1
2
3
4 5
6
7


Gambar menunjukkan suasana pada hari kantin. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Menjual air minuman 6 berbaris
2. Membeli kuih 7 Membuang sampah
3. Memasang tanda harga 8 Memilih kuih
4. Membakar satay
5. berbual

Contoh-contoh ayat:
1. Seorang wanita sedang menjual air kepada dua orang pelajar.
2. Abu membeli kuih di kedai Mak Munah.
3. Seorang pemudai sedang memasang tanda harga bagi memudahkan urusan jual beli.
4. Pak Cik Jo sedang membakar satay untuk dijual kepada para pelajar sekolah.
5. Dua orang pelajar sedang berbual dengan rancaknya di bawah sebuah khemah.
6. Abu dan Siti sedang beramah mesra dengan penggerai air sambil membeli minuman.
7. Johan membuang sampah ke dalam tong sampah bagi memastikan kebersihan pada Hari
Kantin terjaga

8. Seorang pelajar sedang memilih kuih muih yang dijual di gerai Mak Munah.


1
2 3
4
5
6
7
8


Gambar menunjukkan suasana di kantin sekolah.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Makan kuih 5 Membuang sampah
2. Memegang cawan 6 Pengawas bertugas
3. berbaris 7 Mencuci tangan
4. Melayan pelanggan 8 Meletakkan pinggan

Contoh-contoh ayat:
1. Ali duduk di kerusi sambil menjamah kuih yang dibelinyai dari kantin sekolah.
2. Zamri memegang cawan yang berisi air panas sambil berjalan dengan perlahan-lahan.
3.
Ramai murid yang berbaris menunggu giliran untuk membeli makanan kegemaran
mereka.
4. Pakcik Manan sibuk melayan para pelanggan yang membeli makanan jualannya.
5. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pengusaha kantin.
6.
Pengawas yang bertugas memberi arahan agar semua murid berbaris dan mematuhi
peraturan sekolah.
7. Kamal mencuci tangannya dengan bersih sebelum makan supaya dia sentiasa sihat
8.

Rina meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan.



1
2
3 4
6
8


Gambar menunjukkan suasana di perpustakaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Menyusun buku 5 Mencari buku
2. Membaca surat khabar 6 berbincang
3. Mengurus peminjaman buku 7 Mengutip buku
4. Beratur meminjam buku 8 Beredar
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang pustakawan sedang menyusun buku-buku dengan rapi di atas rak buku.
2. Encik Abu duduk di atas sofa sambil membaca senaskhah surat khabar.
3. Seorang pustakawan sedang mengurus peminjaman buku di kaunter perpustakaan.
4. Dua orang murid perempuan sedang beratur untuk meminjam buku di kaunter
perpustakaan.
5. Ahmad sedang mencari buku yang sesuai untuk dipinjam sebagai bahan rujukan.
6. Empat orang pelajar sedang berbincang mengenai pelajaran di meja perpustakaan.
7. Halimah sedang mengutip buku perpustakaan yang terjatuh dari rak.
8. Mei Leng beredar meninggalkan perpustakaan setelah meyelesaikan urusannya.




1
2
3
4
5
6
7
8


Gambar menunjukkan suasana di taman sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Menanam pokok bunga 5 Membersihkan kolam
2. Berjalan 6 Mencabut rumput
3. Menyiram pokok bunga 7 Mengecat pagar
4. Membuang sampah 8
Contoh-contoh ayat:
1. Suraya sedang menanam pokok bunga ke dalam pasu bunga.
2. Mei Mei berjalan-jalan di sekitar taman Sains sambil memerhati Suraya yang sedang
menanam pokok bunga.
3. Ravi sedang menyiram pokok bunga yang terletak di hadapan bangunan agar tidak layu.
4. Ali sedang membuang sampah yang dikumpulnya dari taman Sains ke dalam tong
sampah.
5. Dua orang murid sedang membersihkan kolam ikan dengan menggunakan berus.
6. Seorang pelajar lelaki sedang mencabut rumput yang tumbuh berdekatan pagar.
7. Dua orang pelajar lelaki menggunakan surat khabar untukmengalaslantai ketika mengecat
pagar supaya tidak kotor.





1
2
3
4
5
6 7


Gambar menunjukkan suasana di bilik rawatan gigi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. mendengar penerangan 5 mendaftar
2. memberi penerangan 6 Menangis ketakutan
3. Berbaris / menunggu giliran 7 Memberikan nama
4. Mengawasi murid berbaris 8 Doktor memberikan rawatan
Contoh-contoh ayat:
1. Sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan mengenai gigi dari seorang
jururawat .
2. Seorang jururawat sedang memberi penerangan kepada para pelajar mengenai
penjagaan gigi yang betul.
3. Beberapa orang pelajar sedang berbaris untuk menunggu giliran bagi mendapatkan
rawatan gigi.
4. Seorang lelaki yang berkaca mata sedang mengawasi murid-murid yang berbaris supaya
mengikut giliran.
5. Seorang jururawat yang berada di luar bilik rawatan bertugas mendaftar pelajar yang
ingin mendapatkan rawatan pergigian.
6. Seorang pelajar sedang menangis ketakutan sambil dipujuki oleh jururawat.
7. Ahmad sedang memaklumkan namanya kepada jururawat yang bertugas di luar bilik
rawatan gigi.
8. Seorang doktor sedang memeriksa gigi para pelajar yang memerlukan rawatan.




1
2
3
4
5 6
7
8


Gambar menunjukkan suasana di padang. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. bermain bola 5 berlari
2. melambungkan bola 6 bermain gelung rotan
3. memerhati 7 menyambut bola
4. mengambil gelung 8
Contoh-contoh ayat:
1. Sekumpulan pelajar sedang bermain bola denganriang di padang sekolah.
2. Siti melambungkan bola ke arah rakannya sambil diperhatikan oleh rakan yang lain.
3. En. Badrul memerhati para pelajarnya bermain bagi memastikan keselamatan mereka
terjamin.
4. Ali sedang mengambil gelung yang telah tersedia di atas padang sekolah.
5. Seorang pelajar sedang berlari di kawasan padang sekolah.
6. Dua orang murid perempuan gembira bermain gelung rotan bersama-sama.
7. Ani menyambut bola yang dilambung oleh rakannya dengan berhati-hati.





1
2
3
4
5
6
7


Gambar menunjukkan suasana di tapak perkhemahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Bermandi-manda 5 Menyalakan api
2. Memerhati 6 Mengangkat kayu api
3. Berbincang 7 Berbual
4.
Membasuh baju


Contoh-contoh ayat:
1. Tiga orang pelajar sedang bermandi-manda di kawasan air terjun berdekatan tapak
perkhemahan.
2. Seorang guru sedang memerhati pelajarnya yang sedang membuat aktiviti berkhemah.
3. Dua orang pelajar sedang berbincang di kawasan luar khemah mereka.
4. Seorang pelajar sedang membasuh baju di atas seketul batu besar yang terdapa di tepi
air terjun.
5. Seorang pelajar sedang menghidupkan unggun api yang digunakan untuk memasak air.
6. Ahmad sedang membawa seikat kayu yang dikutipnya dari kawasan hutan/
7. Dua orang pelajar sedang mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sambil berbual-
bual.





1
2
3
4 5
6
7



Gambar menunjukkan suasana di taman sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.










Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. mencabut rumput 4 menanam pokok
2. menyiram pokok 5 memangkas ranting
3. memberi ikan makan 6
Contoh-contoh ayat:
1. Ahmad mencabut rumput yang tumbuh di taman sekolah lalu dibuangnya ke dalam plastik
sampah.
2. Rita menyiram pokok bunga berhampiran pagar dengan menggunakan penyiram pokok.
3. Seorang pelajar perempuan sedang memberi makanan kepada ikan yang dipelihara di
dalam kolam taman sekolah.
4. Dua orang pelajar sedang menanam pokok bunga di taman sekolah denan menggunakan
alatan menanam pokok.
5. Ali memangkas ranting pokok dengan menggunakan gunting pokok supaya kemas da
rapi.
6.






1
2
3
4
5



Gambar menunjukkan suasana di makmal sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.











Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. memberi penerangan 5 menggunakan peralatan sains
2. mendengar penjelasan 6 Menjalankan ujikaji
3. memerhati alatan 7 Melihat ujikaji
4. menggunakan mikroskop 8
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang guru sedang memberi penerangan kepada beberapa orang pelajarnya mengenai
mentol dengan bersungguh-sungguh.
2. Tiga orang pelajar mendengar penjelasan guru sains dengan tekun mengenai mentol.
3. Dua orang pelajar sedang memehati beberapa objek alatan sains yang terdapat di dalam
makmal sains.
4. Sani menggunakan sebuah mikroskop yang tersedia di dalam makmal sambil diperhati
rakannya.
5. Dua orang pelajar perempuan mencuba menggunakan peralatan sains untuk mendengar
bunyi degupan jantung.
6. Dua orang pelajar lelaki sedang menjalankan ujikaji mengenai litar di salah satu sudut
makmal.
7. Mazni gembira menyaksikan rakannya menjalankan ujikaji litar dengan penuh minat.




1
2
3
4
5
6
7


Gambar menunjukkan suasana perlawanan bola sepak. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.










Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. penonton bersorak 4 menggelecek
2. berlari ke hadapan 5 pemain pertahanan
3. mengawasi perlawanan 6 menjaga gawang
Contoh-contoh ayat:
1. Para penonton bersorak gembira menyaksikan permainan bola sepak antara pasukan
Tuah Hebat dan Jebat Wira.
2. Ahmad berlari ke hadapan sebagai persediaan untukmelakukan serangan ke arah pintu
gol pihak lawan..
3. Abu telah ditugaskan menjadi pengadil pertandingan dan mengawasi perlawanan bola
sepak itu dengan adil.
4. Ali beraksi dengan lincah ketika mengelecek bola melepasi pemain lawan untuk
menjaringkan gol..
5. Zaini sentiasa berada dalam posisinya sebagai pemain pertahanan yang akan
menghalang pasukan lawan menjaringkan gol.
6. Sabran menjaga gawang pasukannya bagi memastikan tiada bola yang dapat membolos
masuk ke dalam pintu golnya.






1
2
3
4
5
6


Gambar menunjukkan suasana di pintu pagar sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.










Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. turun dari kereta 5 turun dari bas
2. memasuki kawasan sekolah 6 pengawal lalulintas
3. pengawas bertugas 7 membonceng motosikal
4. menunggang motosikal 8
Contoh-contoh ayat:
1. Ahmad turun dari keretanya setelah kereta itu berhenti di hadapan perkarangan sekolah.
2. Beberapa orang pelajar yang baru tiba sedang memasuki kawasan sekolah.
3. Seorang pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolah sedang memeriksa pelajar
yang baru tiba.
4. Encik Abu menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal.
5. Beberapa orang pelajar sedang turun dari bas sekolah dengan riangnya.
6. Seorang pengawal lalu lintas bertugas menjaga lalu lintas bagi memastikan keselamatan
pelajar.
7. Ahmad ke sekolah dengan membonceng motosikal milik ayahnya.

1
2
3
4 5
6
7

Anda mungkin juga menyukai