Anda di halaman 1dari 8

ambil hati

( Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang )


(Berasa tersinggung)

Ayat
1. Adik pandai ambil hati ibu dengan bermain biola.
2. Kamu jangan ambil hati atas percakapannya tadi.
ambil berat
(memberikan perhatian)

Ayat
1. Ibu dan bapa sangat ambil berat tentang pelajaran saya.
anak emas
(anak yang sangat disayangi. )
( pekerja yang disayangi majikannya)

Ayat
1. Saya anak emas keluarga saya.
2. Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana
kejujuran dan kesetiaannya.
ada bakat
(ada kebolehan)

Ayat
1. Amin memang ada bakat dalam bermain badminton.
ibu tunggal
(ibu yang membesarkan anaknya seorang diri
tanpa suami)

Ayat
1. Ibu Amin seorang ibu tunggal.
anak tunggal
(anak yang tidak mempunyai adik-beradik )

Ayat
1. Amin merupakan anak tunggal kepada Encik Ali dan
Puan Aisah.
buah hati
(orang yang di sayangi)

Ayat
1. Ismail jarang dimarahi kerana dia buah hati ibunya.
terang hati
(mudah faham sesuatu yang diajar)

Ayat
1. Siti cepat faham akan pelajaran yang diajar oleh guru
kerana dia terang hati.

Anda mungkin juga menyukai