Anda di halaman 1dari 17

SWISS ROLL ZIRAFAH

Sumber : Everybody Eats Well in Flanders


Di alih bahasa oleh : Citarasawan
Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di
dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga
rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak
apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan
Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita
bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Monday, December 17, 2012

SWISS ROLL ZIRAFAH

Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya ita berangan-angan untuk menyediakan kek roll


ni. Setiap kali melihat rakan-rakan menyediakannya hati terdetik.. bilalah
ita dapat melempiaskan hajat..
Ita amat suka buat sesuatu yang baru, bosan setiap kali buat benda yang
sama. Pada ita dunia masakan sangat unik, penuh dengan aroma, warna
warni, tekstur dan kreativiti yang mana bila kita berada di antaranya
terasa kita telah menggunakan setiap deria yang Allah kurniakan.

Dari kerana mata kita jatuh cinta, sentuhan buatkan kita terbuai-buai
dengan seribu satu keindahan.. rasa yang buatkan kita terlompat-lompat
dan menari-nari kesukaan.. setiap irama mengalunkan melodi yang indah
untuk didengar.. aroma yang meliuk-liuk buatkan kita tak sabar-sabar
dalam penantian..
Begitu besar anugerah yang Allah kurniakan.. dan seharusnya kita
mensyukuri.. nikmat itu.
Setiap hari bila celik sahaja mata, apa yang ita fikirkan hanyalah untuk
menyediakan juadah yang paling istimewa untuk keluarga tersayag. Ita
berharap agar juadah itu nanti akan menjadi kenangan terindah buat
insan-insan yang berada di hati ini. Manalah tau.. kalau ianya merupakan
air tangan ita yang terakhir.. ita mengharapkan keenakkannya terpahat di
sanubari dan sentiasa dikenang..
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Swiss Roll Zirafah, adalah idea unik yang telah dikongsikan


oleh SiewHweis Kitchen dan di sebarkan oleh Eggplant10. Setiap resepi
yang di kongsikan di laman web ita lihat dalam bahasa Cina dan ada juga
dalam bahasa Jepun, dan ita tidak pasti pula siapakah gerangan pemilik
yang mencetuskan idea yang cukup kreatif dan unik ini.
Tapi ada juga insan yang sudi kongsikan resepi ini dan dialih bahasa ke
dalam bahasa Inggeris, terima kasih ita yang tak terhingga
kepada Everybody Eats Well in Flanders yang telah bersusah payah
translatekan resepi ni kedalam bahasa Inggeris supaya dapat di cuba oleh
rakan-rakan yang berlainan bangsa dari seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, ada juga insan lain yang cukup ita hormati, bakat dan
kerajinannya yang juga telah mengalih bahasa resepi ini ke dalam bahasa
Melayu untuk di cuba oleh rakan-rakan di Malaysia, Singapura, Brunei,
dan Indonesia yang berminat untuk mencuba, dan beliau yang ita
maksudkan tak lain-tak bukan ialah kak Wan, pemilik dapur Citarasawan.
Terima kasih semua.. jasa dan pengorbanan anda sentiasa ita kenang..
Bagaima pula dengan rakan-rakan ita di luar sana..?
Tak teringin ke nak mencuba?
Mungkin ada yang terkejut melihatkan step by stepnya yang panjang
berjela dan nampak agak rumit cara penyediannya. Tapi percayalah ianya
tak serumit yang disangkakan.
Ita mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakan kek ini,
memandangkan ita terpaksa untuk membuat step by step. Ini adalah
untuk memudahkan adik-adik ita yang baru berjinak-jinak ke dapur dapat
memahami cara penyediaan yang betul dan tepat. Sebenarnya ita sedih
setiap kali membaca coretan adik-adik yang menyatakan kek yang mereka
sediakan tak menjadi dan terpaksa pula di humban.. aduh!! tak dapat ita
bayangkan kekecewaan itu apatah lagi jika ianya adalah permulaan awal
untuk mula berjinak ke dapur. Bertambah-tambah lagi, dengan bahanbahan yang semakin meningkat harganya di pasaran..

Apa yang dapat ita nasihatkan disini, baca setiap resepi dengan betul.
Fahami fungsi setiap bahan, sediakan bahan-bahan yang diperlukan
sebaiknya, sukatan bahan haruslah tepat sebagaimana yang tercatat
dalam resepi. Jangan mengubah bahan tanpa kita ketahui fungsinya,
jangan menggunakan teknik anggaran bila menyukat bahan lebih-lebih
lagi jika kita nak menyediakan kek yang amat sensitive cara
pengolahannya. Pastikan kita telah bersedia 100% mental dan fizikal bila
nak membuat kek. Jangan ambil jalan shortcut dengan memandai-mandai
mengedit beberapa bahan dalam resepi sekiranya kita bukan pakar
masakan. Pastikan kita memahami fungsi oven kita yang sebenarnya.
Kepanasan sesuatu oven banyak bergantung pada jangka hayat oven
tersebut. Pastikan tepung, serbuk koko, baking powder diayak terlebih
dahulu. Pastikan juga telur berada dalam keadaan segar. Kita juga kena
fahami beberapa teknik dan bahasa baking seperti, double boiler,
kukusan, kaub balik adunan, tempering, softpeak, meringue, kental,
putih gebu, gebu ringan, berkrim, sebati dan lain-lain lagi.
Bila kek dah siap, gunakanlah kreativiti kita pula untuk mencorakkannya
sebaik mungkin. Ialah dah penat-penat bersinsing lengan didapur tiba-tiba
kita seperti melepaskan batuk ditangga pula bila menyudahkan
decorasinya.
Deco adalah sangat penting, kerana dari mata meruntun ke hati..
Bila memasak juga kita diuji dengan sifat sabar yang tinggi. Kek yang
telah siap tidak boleh terus dipotong, simpan dalam peti ais jika kek
berkrim, cheese cake, mouse cake atau kek berganache. Paling kurang 4
jam dan sebaiknya semalaman, untuk kita mendapatkan potongan yang
menarik.

Macam mana ? dah bersedia nak menyediakan kek ?


Jom bersama Dalili terokai cara penyediaan Swiss Roll Zirafah yang unik
ini yokk!!

SWISS ROLL ZIRAFAH


Sumber : Everybody Eats Well in Flanders
Di alih bahasa oleh : Citarasawan
Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di
dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga
rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak
apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan
Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita
bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

1.
2.
3.
4.
5.

Satukan gula dan telur


Pukul sehingga adunan berkrim
Tambahkan esen vanilla
Air dan
Minyak

6. Pukul adunan hingga sebati


7. Tambahkan tepung
8. Kaup balik adunan hingga rata
9. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan
dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan
B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan
sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan
A dan Bahan B
Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

1.

Pukul putih telur hingga berbuih

2.

Kemudian tambahkan cream of tartar dan

3.

Gula kaster

4.
Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku /
bertanduk ( softpeak)
5.
Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A
yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
6.
Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan
gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
7.

Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C

8.

Tambahkan juga coklat emulco

9.
Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia
bergaul sempurna. Ketepikan

Selesailah proses pringkat pertama.


Sekarang kita beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk
menyediakan adunan mencorakkan zirafah
Peringkat ke dua
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi

1.
Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga
kembang dan bertanduk (softpeak)
2.

Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati

3.
Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A
yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup
balik sahaja.
4.
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar
corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.

1.
Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang
telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
2.
Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan
terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
3.
Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan
pula adunan coklat tadi

4.

Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang

5.
Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung
udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam
oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek
kita di masak dengan sempurna.
6.
Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi
di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas
minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah
kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.
Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka
Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga
kental / kaku ( softpeak)
1.
Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak
zirafah di sebelah bawah
2.

Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan

3.
Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar
tadi
4.
Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman
atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.

BUTTER PRAWN TERLAJAK LARIS

15 ekor udang segar yang besar atau sederhana


besar. ( jumlah bergantung pada besar keluarga)
Buang bahagian yang tajam di muncungnya, di
atas kepala dan di bahagian ekor dengan gunting.
Guntingkan juga kakinya
Guntingkan cengkerang belakang dan belah,
keluarkan selaput atau tali hitam di situ
Kemudian cuci bersih udang dan toskan airnya.
Tambahkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang
gaulkan semua bahan ini bersama udang.
Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang
secara terendam hingga merah keemasan.
Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan
Bahan Floss ( kuning telur)
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh secukup rasa / serbuk pati ayam
secubit garam
secubit gula

3 tangkai daun kari di raut


Pukul semua bahan kecuali daun kari bersama
kuning telur
Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan
1/2 buku butter
Bagi mereka yang menjaga kesihatan, kalau tak
nak guna butter guna semua minyak jagung pun
boleh
Panaskan minyak dan butter.
Tuangkan kuning telur dengan kaedah
mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi
dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.
Sementara itu senduk telah tersedia di tangan
sebelah lagi untuk segera mengacau.
Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang
senduk tanpa henti.
Kemudian masukkan daun kari dan terus kacau
hingga ia berbuih
Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan
tuskan minyaknya.
Ketepikan
Ada dua kaedah nak buat floss ni, satu
menggunakan api yang panas. Dan satu kaedah
lagi menggunakan api yang perlahan. Terpulang
pada anda nak ikut cara yang bagaimana. Di

bawah ini ita kongsikan video dari Datin Hasnah


yang di kongsikan oleh Rocky Dzul di Yutube.
Kaedah ini adalah dengan menggunakan api yang
perlahan.

Bahan Tumis
3 tangkai daun kari ~ di raut dari tangkai dan hiris
halus
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 tangkai cili padi ~ di hiris
1/2 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa
Anda boleh gunakan baki minyak goreng telur tadi

atau ambil 1 senduk kecil butter dan panaskan


Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari
dan cili padi hingga naik bau
Tambahkan susu cair
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan udang dan gaul mesra.
Bila dah masak angkat dan hidangkan di dalam
pinggan
tuangkan floss telur tadi

BISKUT SEMPERIT
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
manik gula sebagai hiasan

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan


tepung jagung. Ketepikan
Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul
hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak
sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan
menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di
jari
Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit
butter
Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan
di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Hiaskan dengan manik gula
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15
minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap
udara.

NASI TOMATO
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah


dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan
naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam
dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan
alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan
biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi
jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak
merah dan dalca atau kerabu timun..

AYAM MASAK MERAH


Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong
baji
2 sudu makan sos tomato

Minyak masak secukupnya


garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji
Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan
dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga
masak. angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan
harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam
dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati

Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain


yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai