Anda di halaman 1dari 6

Biskut Minyak Chocolate Chips

kak fida@myresipi.com
Menambah resepi choc chips cookies di Myresepi ni...menggunakan minyak masak dalam adunan,
cookies tetap garing... :)


Created on : 01-07-2014
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kak fida



Bahan-bahan ( 45-50 keping )
1/2 cawan minyak masak
100 g gula perang (1/2 cwn)
30 g gula icing (1/4 cawan)
1/8 sk garam
1 biji telur
1 sk esen vanilla/esen kopi
1 1/4 cawan tepung gandum*}
1 sb tepung jagung*)
1 sk serbuk koko*)
1/2 sk bicarbonate of soda*) - * diayak bersama
3/4 - 1 cawan choc chips (campur kekacang cincang pilihan jika suka)
Cara-cara
1.
Putar minyak, gula perang dan garam hingga berkrim (akak guna senduk aje). Masukkan telur dan
esen dan putar sebentar.
2.
Masukkan bahan2 yang diayak dan gaul sebati lalu masukkan choc chips dan kekacang cincang
jika suka dan gaul lagi hingga sebati.Adunan agak lembik tapi jangan ditambah tepung.
3. Simpan doh di dalam peti sejuk selama setengah jam. Panaskan ketuhar 170C.
4.
Sudukan adunan anggaran 1 sudu kecil atau dibulat2kan sebesar guli dan susunkan berjarak di
atas dulang pembakar.
5.
Bakar selama 10-12 min atau hingga garing mengikut kepanasan oven masing2.
6.
Sejukkan biskut atas redai kuih dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Roti goreng sardin

rizafizah@myresipi.com
nampak tak menarik sangat tapi sedap, cuba jangan tak cuba...


Created on : 12-09-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi rizafizah



Bahan-bahan ( 4 )
8 keping roti
2 tin kecil sardin
*1/2 ulas bawang besar
*2 ulas bawang putih
Mentega atau butter
1 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz M
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan * dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak
kering, kalau banyak nanti lembik)
2. Potong tepi roti yang berwarna coklat dan sapukan mentega atau butter dan sapukan sardin yang
hancur macam buat sandwich.
3. Bancuh tepung dengan telur dan air secukupnya seperti menggoreng cucur pisang.
4. Celupkan roti yang siap digulung ke dalam bancuha tepung dang goreng sehingga warna
keperangan seperti gambar.
5. Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah berbuka.


Sardine Roll

anne_wmdc@myresipi.com
Gabungan resepi & cr dr www.wanitamelayu.com. Sumber gambar phongsu78


Created on : 16-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi anne_wmdc



Bahan-bahan ( 12 sardine rolls )
*1 tin kecil Sardin Cap Ayam
*1 biji bawang besar (hiris nipis)
*1 biji cili merah (cili basah)
*2 biji limau kasturi (ambil perahan)
*Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
2 keping kulit roti utk dibuat breadcrum (yg atas & bawah)
1 bj telur (dipukul - utk celup roti)
Sedikit air masak (untuk celup roti)
Cara-cara
1. *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian
masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan
mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.
2. Bakar roti seperti biasa kita bakar utk sarapan dan kemudian blender kering. Ketepikan.
3. Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke
atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
4. Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di
pukul dan pinggan breadcrumbs.
5. Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
6. Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian
golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan terus masuk kedalam kuali (minyak telah cukup
panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
7. Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos.
Cubalah!


Sardine Roll

LalaLulu@myresipi.com
Sardine lebih lauk tengahari, buat sardine roll pulak utk minum petang.


Created on : 10-07-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi LalaLulu



Bahan-bahan ( 2 orang )
3 keping roti putih
Sambal Sardin - boleh ikut mana2 resepi
1 cawan cornflakes
1 biji telur
Cara-cara
1. Gelek roti sampai nipis
2.
ratakan sardine dan gulung. lekatkan hujung roti dgn telur
3.
Bila dah habis gulung semua roti, celupkan pada telur & lumurkan dgn cornflakes yg dah
dihancurkan tu
4. Goreng dgn api sederhana utk hasilkan roti yg rangum.


Easy sardine roll

ratnamurniwati@myresipi.com
senang sgt nak membuatnya.


Created on : 08-02-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ratnamurniwati



Bahan-bahan ( 6 orang )
1 buku roti gardenia
1 tin kecil sardine
2 biji limau nipis
1 biji bawang merah saiz sederhana (dipotong dadu kecil2)
2 biji cili api di hiris nipis2
1 biji kuning telur
3 biji telur (dipukul dadar)
secubit garam
Cara-cara
1. sardine dihancurkan dlm mangkuk dengan melenyekkannya dengan garfu. biar betul2 hancur
2. masukkan bawang, cili api dan garam ke dalam sardin yg telah dilenyek td. kacau hingga sebati.
3. perahkan limau nipis ke dalam adunan td supaya tidak terlalu hanyir. kacau hingga sebati.
4. perapkan seketika. kalau nak buat sarapan pagi, buat la mlm sebelumnya dan perap hingga pagi.
5. ambil roti gardenia dan lenyekkan tepi kulit roti tu.
6. letakkan sedikit sardine td dan gulung. untuk roti tidak terbukak, sapukan kuning telur di hujung
gulungan roti untuk melekatkannya.
7. ambil roti yg telah digulung, celup dlm telur dadar dan goreng. pakai kuali leper dan letak minyak
byk. setelah selesai goreng, biarkan sejuk seketika dan kemudian bolehlah potong kecil2 seperti di
dalam gambar.

Roti arab

sofinar@myresipi.com
belajar kat kemas


Created on : 31-01-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sofinar



Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum
Cara-cara
1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2. tepung di gaul dengan yis
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Anda mungkin juga menyukai