Anda di halaman 1dari 17

Resepi Pecal Jawa Bahan-bahan 1 cawan kacang tanah 5 tangkai cili kering atau lebih nak pedas lagi

i tambah cili padi 4 biji bawang merah hiris 2 ulas bawang putih hiris 6 biji cekur@kencur atau lebih (size kecil) 1 inci belacan 1 sudu besar asam jawa biji 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih Garam Ulam2an@Sayur2an Kangkung @ pucuk ubi celur Kacang panjang potong dan celur xde Sengkuang potong xde Tauhu goreng hiris nipis Taugeh @ taugeh pokok celur sekejap Timun hiris2 Pucuk Ubi Cara Penyediaan 1. Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur. 2. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket. 3. Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap! 4. Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

PECAL JAWA Bahan-bahan ( Boleh dimakan untuk seisi keluarga ) 300 gm kacang tanah 10 biji bawang merah 10 biji bawang putih 6 biji cekur @ kencur 30 gm asam jawa 1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan 100 gm cili api 150 gm gula 1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa) Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat) Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya) Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya. TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.

kek gula hangus ala cupcake


Bahan-bahan ( sebiji kek (19biji cupcake) ) 200gm gula 230 ml air 80gm butter 5 biji telur 180gm tepung gandum 90ml susupekat manis 2 1/2 sudu teh bikarbonet of soda Cara-cara cara membuat gula hangus gula di panas kan hingga cair dan berwarna keperangan kemudian masukkan air dan didikan sehingga gula betul betul larut di tutup apinya kemudian masukkan mentega dan biar kan sementara kemudian tepung dan b'soda di ayak bersama... di dalam mangkuk pukul telor dengan tangan sehingga sebati sahaja selepas itu dimasukka susupekat di kacau lagi baru lah di masukkan tepung dan di kacau lagi sehingga sebati...setelah sebati last sekali masukkan gula cair tadi dan sebati kan dengan adunan tadi so boleh di bakar....jika anda membuat sebiji kek bakar selama sejam. dan jika mengunakan acuan cupcake boleh di bakar selama 25 minit ja

Muffin Oren

Bahan-bahan ( 12 biji ) 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan gula (jangan penuh sangat, kurangkan sikit) 1 biji telur 3/4 cawan tepung naik sendiri 1 sudu teh esen oren 1 sudu teh pekatan pati oren sunquick (boleh juga diganti dengan perahan jus oren) 2 sudu besar susu tepung (for baking) 2 biji ceri merah - di cincang 1/2 sudu kecil soda bicarbonat 1/2 sudu kecil ovallet 1/4 cawan coklat cip parutan kulit oren 2 sudu besar gajus/badam yang ditumbuk kasar Beberapa titis perwarna oren Cara-cara Tepung diayak bersama soda bicarbonat Pukul telur bersama gula hingga kembang Masukkan minyak masak, perwarna oren, esen oren/jus oren Masukkan tepung, putar perlahan diikuti dengan ovallet Masukkan badan/gajus, ceri, parutan kulit oren dan coklat cip. Kalau cair, boleh tambah tepung lagi Isikan ke dalam acuan muffin. Hanya 3/4 penuh Bakar selama 30 minit (atau hingga masak) dengan suhu 180 darjah celcius

Simple Fruit Muffin

Bahan-bahan ( 12 biji ) 1 cawan self raising flour (tepung naik sendiri) 1/3 cawan gula halus 2 biji telur gred A (lebih kurang 60g satu biji) 1 camca teh esen vanilla 1/2 cawan mix fruit 1/2 cawan UHT Whipping Cream Ceri merah secukupnya Cara-cara

Ayak tepung naik sendiri dan gaul bersama mix fruit. Ketepikan.

Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan esen vanilla, kacau hingga sebati menggunakan wisk. Kemudian masukkan krim dan terus mengacau hingga semua sebati dan larut.

Kemudian masukkan tepung yg telah digaul dgn mix fruit tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul hingga rata dan tepung tidak berketul.

Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Buat hingga habis. Hias dgn sebiji ceri dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidang.

Contoh UHT Whipping Cream yg mat gunakan utk resipi ini, seperti dalam gambar.

Biskut Cornflakes

Bahan-bahan ( lebih dari 100 biji (size papercup yg plng kecik) ) 3 cawan oat 1 cawan gula halus 1 buku mentega (250 gm) 4 sudu golden syrup 350 gm emping jagung/cornflakes badam cincang-di bakar sekejap dlm oven kismis-optional Papercup size kecil Cara-cara pukul mentega dan gula. (takyah pakai mesin pakai sudip kayu pn boleh). Masukkan golden syrup. Masukkan oat dan kemundian masukkan emping jagung/cornflakes. Gaulkan sebati bahan-bahan tadi. kemundian masukkan badam cincang dan kismis. Masukkan bahan yang telah digaulkan sebati ke dlm papercup. Kemudian bakar sehingga masak atau kekuningan dlm oven. dah siap.. bila sejuk boleh lah di simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Cornflakes Rangup Tanpa Madu

Bahan-bahan ( 70 biji ) 120 gram cornflakes 1 sudu besar marjerin @ mentega 2 @ 3 sudu gula pasir - nak manis tambah banyak lagi buah-buahan kering - optional buah ceri dadu - optional manik-manik gula @ apa je - untuk cantikkan je Cara-cara Masukkan marjerin dalam kuali serta masukkan gula pasir. Masak sehingga gula bertukar menjadi kekuningan. Setelah itu masukkan cornflakes, buah kering dan ceri. Gaul hingga semua bercampur. Kemudian masukkan cornflakes tersebut dlm cawan kertas, taburkan manik-manik gula. Bakar selama 2-4 minit - supaya cornflakes melekat dgn elok dan tidak tertanggal dari cawan kertas. Dah boleh makan sudah.

RESEPI APAM BERAS Bahan-bahan 2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 cwn brown sugar tak letak 3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe) (sayaltk 1 cwn gula pasir, brown sugar tak letak) 2 1/2 cwn air 2 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dgn sedikit garam Cara Penyediaan 1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. 4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 5. Perap selama 3 jam. 6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

IKAN BAKAR Bahan 1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar] batang serai [ketuk] 5 helai daun limau purut 3 s/b jus asam jawa daun pisang aluminium foil Bahan mesin/tumbuk 5 biji ciliapi 5 biji cili merah 5 biji cili kering 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai garam Cara. 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak. 2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau seh ingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi. 3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. 4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang. 5. Letakkan ikan diatas sambal tadi. 6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang. 7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan api paling kecil [sehingga ikkan masak ]dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan. 8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar. 9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.

AIR ASAM Bahan A Asam jawa [sebesar telur ayam (direndam ? cawan air suam, buang biji) 10 cili padi kampung 1 biji tomato 1 inci belacan 1 sudu kecil kerisik 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Bahan B 2 biji tomato 1 biji bawang besar 3 biji cili hijau 2 biji cili merah 3 biji limau kasturi /limau nipis Cara: 1. Pastikan asam jawa tiada biji. 2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair). 3. Tomato dipotong dadu. 4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis. 5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus 6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan

IKAN CELUP TEPUNG Bahan batter gorengan 2 cawan tepung beras 3 s/b tepung gorengan kentucky 1 biji telur [saiz kecil] air secukup nya [dalam 1/2 cawan] ikan ..[bersihkan saperti biasa] [selayang..kembung..selar] minyak yg banyak SOS CILI 10 tangkai cili kering 1 ulas bawang putih 2 s/b cuka 1 cawan air 1 s/b gula garam [ semua bahan mesin dan masakkkan sehinggga pekat] jika suka boleh sediakan bijan goreng tanpa minyak. Cara 1. Panasakan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas] 2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.] 3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing. 4. Angkat dan toskan secukupnya. 5. Hidangkan dengan sos cili.

KARI KEPALA IKAN Bahan-Bahan: 1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan] 2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air] 5 biji bendi 3 biji cili hijau 2 biji tomato [belah 4] 1 cawan air asam jawa 1 cawan santan pekat minyak garam

Bahan tumis 5 ulas bwang merah ] 2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan 1 inci halia ] 1 s/b halba campur 2 tangkai daun kari

Cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan] 4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat. 5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak. 6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api. 7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai.

Buat ~ ekin ekinachu@yahoo.com`

SIAKAP SWEET_SOUR Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] garam dan kunyit Bahan untuk sos: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) 1/2 cawan sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak Cara: 1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

IKAN PERCIK Bahan: 2 ekor ikan selar/kembung/bawal 2 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1/2 biji kelapa ] 1/2 cawan air asam jawa 1 s/t gula 1 s/t halba garam secukup rasa bahan mesin halus 20 tangkai cili kering 4 biji bawang putih 3 cm halia 5 batang serai Cara 1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan. 2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minya da pekat. 3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yg telah pekat tadi. 4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun. ASAM PEDAS IKAN PARI bahan 500 gm ikan pari [bersihkan] 10 biji bendir 1 biji buah tomato [belah 4] 1/2 cawan jus asam jawa 5 tangkai daun kesum 4 s/b minyak masak garam bahan mesin 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 s/k kunyit serbuk 3 cawan air Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh. 3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi. 4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir. 5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut. 6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

IKAN MASAK TEMPOYAK Bahan 1 ekor ikan merah [500 gm] daun kunyit [koyakkan] timun tua [buang isi tengah dan potong kecil] isi petai tempoyak air secukupnya garam Bahan Mesin 5 tangkai cili merah 15 tangkai cili api 2 cm kunyit 2 ulas bawang emrah 1 batang serai Cara 1. Masukkan semua bahan dalam slow-cooker. 2. Setkan high dan biarkan selama 4 jam. 3. Hidangkan dengan sayur goreng dan nasi putih.

Kek Keju Strawberi Bahan A [Crust] 200 gm biskut chipsmore 80 gm butter Cara 1. Biskut dihancurkan. 2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal. 3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat. 4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160'C selama 10 minit. Bahan B [Filling ] 250 gm Krim Keju 30 gm mentega 30 gm gula kastor 3 biji kuning telur grade A 2 biji limau kasturi..ambil jusnya 1 s/k esen vanilla Bahan C 3 biji putih telur grade A 30 gm gula kastor 1/2 s/k cream of tartar 2 s/b tepung jagung Hiasan strawberry filling fresh cream Cara: 1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang. 2. Masukkan telur kuning satu persatu. 3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi. 4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu. 5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata. 6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata. 7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi. 8. Bakar pada suhu 150'C selama 70 minit. 10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.

11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling. 12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman. 13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api. 14. Hidangkan

KERABU PUCUK PAKU Bahan 2 ikat pucuk paku 1 cawan taugeh [basuh dan toskan] 1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan] 1 labu bawang besar [hiris] 6 biji limau kasturi [ambil jus] 1 s/b sos ikan gula Sambal [mesinkan] 5 biji cili merah 6 biji ciliapi 2 sm belacan 2 s/b ikan bilis 1 s/b jus asam jawa Cara 1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan 2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran. 3. Rasakan masin dan masamnya. 4. Hidangkan. NOTA: Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

Anda mungkin juga menyukai