masa buat rojak pasembur nie teringat masa keje kat GE dulu selalu gi beli kat Bangsar ada satu mamak
nie jual guna van.
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala
dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan
tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga
keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum
menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian
hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah
di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris