Anda di halaman 1dari 31

pulut panggang inti udang kering

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 biji kelapa - ambil 500 ml santan
1 sudu teh garam
daun pisang secukupnya
lidi penyemat secukupnya
Cara:
1. Rendam beras pulut selama semalaman atau sekurangnya 6 jam
2. Masukkan garam ke dalam santan dan tuang separuh bahagian santan ke dalam bekas berisi
beras pulut.
3. Kukus dengan api kuat, dan jika beras pulut masih dalam keadaan keras / kaku, boleh tambah
lebihan santan tadi.
4. Kukus lagi sehingga pulut benar-benar lembut dan masak.
Serunding Udang Kering
Bahan-bahan:
4 cawan kelapa parut
1 cawan udang kering - rendam sebentar dan toskan airnya - tumbuk kasar
1/2 sudu teh pati asam jawa
sedikit minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
15 biji cili kering
2 batang serai - hiris kasar
sedikit halia
sedikit lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan tumbuk kasar:
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas dan perap selama 15 minit.
1

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.


3. Sentiasa di kacau dan setelah agak kering sedikit, bolehlah angkat.

Ayam masak Kicap berkari


BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
8-10 ketul bahagian ayam, cuci bersih*
1 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1 biji tomato, belah 6
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/4 cawan kicap lemak Jalen
4 camca besar kicap manis ABC
1 camca besar rata, rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar cili kisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari, dilurut
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi dia lembap2 sudah. Angkat dan
toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih,
halia, daun kari dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan rempah kari dan kacau rata. Tambah sedikit air. Masukkan kicap lemak dan ayam.
Gaul rata2. Tambah kicap manis, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat.
Akhir sekali masuk tomato, kacau rata. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air.
Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

RESEPI NASI BERIANI


BAHAN-BAHAN:
1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
Air (sama ngan sukatan beras )
2

2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)


Rempah tumis 4 beradik (KKM,BL,BC,BP)
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar ( blend )
2 kiub ayam maggi
3 helai daun pandan simpul
Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn
sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit
ksmis n gajus utk hiasan
Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu
hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan
membangkiykan aroma nasi beriani ni.
Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasa.

RESEPI NASI MINYAK (Makan 5 orang)


Bahan-bahan Tumis:
3 cawan beras (basuh dan rendam dalam 20 minit)
1/2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(di hiris2 kecik)
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga ( REMPAH 4 SEKAWAN
NIE-kalau suka aroma die lebih, letak la lebih)
3 sudu minyak sapi
2 kota kismis
6 cawan air
(Air ikut cawan beras yang kite guna tadi)
Garam secukup rasa
Cara-cara:
3

1. hiris halus halus bawang merah, bawang putih, halia


2. Panaskan minyak sapi.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan sampai naik bau.
4. Bila bawang dan layu, bau rempah da naik, masukkan kismis. Gaul sekejap
5. Masukkan air
6. Masukkan garam. Tunggu sehingga mendidih.
7. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di rendam tadi tu ke dalam periuk nasi
elektrik.
8. Masukkan bahan2 dalam kuali tadi.
9. Tunggu hingga masak.( kalau nak warna kuning, Titiskan pewarna kuning telur
untuk warna menarik selepas nasi masak.)

Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia
yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun
salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full
4

cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.


Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup
tambah air biasa dan masak seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan
hidang.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup
tambah air biasa dan masak seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan
hidang.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali.
Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam.
Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.
Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan
serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali.
Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam.
Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.
Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan
serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Cucuq jawa
Bahan-bahannya:1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula merah
1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)
sedikit garam
6

Cara-cara membuatnya:1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.
2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit
sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul
sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.
3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
4. Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api
sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga
bahagian sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila
minyak berkurangan, tambah sikit lagi.
5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan
supaya lebihan minyak diserap.
6. Kuih jawa kira menjadi jika bibir kuih ini tebal. Yang saya buat nie kurang menjadi sangat.

RESEPI SERIMUKA
BAHAN - LAPISAN BAWAH
500 gm beras pulut (rendam selama 30 minit)
400 ml santan cair
Secamca teh garam
2 camca makan minyak masak
BAHAN LAPISAN ATAS
120 gm tepung gandum
3 camca makan tepung jagung
140 g gula halus
3 biji telur
450 ml santan pekat
6 helai daun pandan (kisar dan tapis)
Pewarna hijau secukupnya
1/2 camca teh garam
CARANYA
Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan bawah, gaul sehingga rata.
Apabila kukusan cukup panas, masukkan kedalam loyang, kemudian kukus selama 25 atau 30
minit.
7

Setelah pulut masak, tekan mampat sehingga rata, ketepikan.


Disisi lain, campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, setelah itu diayak.
Setelah selesai diayak, campurkan dengan kesemua bahan-bahan lapisan atas, gaul sehingga
sebati.
Setelah sebati, tapis, kemudian tuang ke atas adunan pulut yang diketepikan tadi.
Seterusnya, kukus semula sekitar satu jam dengan api sederhana, pastikan penutup kukusan
hendaklah ditutup atau dibalut dengan kain, agar wap air tidak jatuh keatas adunan.
Akhir sekali, siap dihidang untuk dinikmati.

RESEPI BENGKANG LABU


satu biji buah labu (kecil)
tepung naik sendiri 1 cawan
(kalau tak de, guna tepung gandum campur 1/2 sudu teh serbuk penaik)/ nak lg sedap guna
tepung putih berprotin tnggi (yang dalam kotak tu, mesti campur serbuk penaik juga yea)
gula 4 sudu besar
sedikit garam
susu cair 3/4 tin atau santan 1kotak
butter 150gm
telor 4 biji
buang kulit labu pastu di belah 6 (masak dng air yang sedikit je, biar bila masak nanti,airnya
hampir tiada lansung, biarkan sejuk dulu)
pastu dah masak, labu tu dilenyekkan dengan sudu sampai halus.
satukan semua bahan bahan tadi kedalam periok yang berisi labu tadi tu. kacau semua sampai
sebati.
ambil loyang pembakar, sapukan butter kat loyang tu rata (tepi dan dalam), then masukkan labu
yang telah bergaul dengan semua bahan2 tadi tu kedalam loyang tu..
panaskan microwafe anda suhu 240C.dah panas...masukkan loyang berisi labu tadi tu. masak
selama 50 minit.
bila dah masak, keluarkan loyang dan tunggu biar sejuk dulu baru di potong (supaya tak
melekat)- SANGAT SANGAT SEDAPPPPPP!!!!!

NASI GORENG TOMYAM


Bahan-Bahan :
3 cawan nasi - masak biar keras sikit, biarkan sejuk
8

2 ekor sotong - dihiris nipis


2 ketul dada ayam - diambil isinya
9 ekor udang
1 sudu perencah tomyam
1 biji telur
daun ketumbar untuk hiasan
minyak masak secukupnya
Bahan A
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk
1 batang serai - dihiris nipis
3 helai daun limau purut
3 biji cili padi - diketuk
Sayur campur
Cara cara :
Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan A hingga naik bau.
Masukkan ayam, udang dan sotoang. Goreng hingga separuh masak.
Masukkan pula perencah tomyam dan telur, masak hingga telur separuh masak.
Masukkan nasi, gaul hingga sekata.
Tabur daun ketumbar untuk hiasan.
Tutup api dan bolehlah dimakan.

RESEPI PUDING AGAR AGAR KELAPA MUDA


Bahan-Bahan:
2 biji kelapa muda(isinya masih lembut
seperti agar-agar)
1 agar-agar serbuk (warna putih)
1 tin kecil susu pekat manis
(atau boleh diganti dengan santan dan tambah 5 camca gula)
10helai daun pandan di kisah diperah air nya
Cara:
1. Ambil isi kelapa dengan sudu dan
letakkan dalam mangkuk kecil.
2. Jerangkan air kelapa muda dari 2 biji
kelapa muda tadi bersama air daun pandan tu dalam periuk di
atas api sederhana.
3. Bancuh agar-agar serbuk tadi dengan
sedikit air dan tuang ke dalam air
kelapa tadi.Masak hingga mendidih
9

dan agak pekat.Ketepikan dan kacau


hingga suam.(Rendamkan periuk tadi
dalam talam berisi air supaya cepat
turun suhu panasnya).
4. Setelah agar-agar tadi suam, masukkan
isi kelapa dan susu pekat manis
hingga habis. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan puding kedalam bekasbekas kecil dan masukkan ke dalam
peti sejuk.

NASI AYAM (1 ekor ayam di potong dan direbus 15 minit)


2 cawan beras (klu nk nasi warna kuning , Beras direndam dengan serbuk Kunyit 10 minit)
2 cawan air rebusan ayam (tanpa garam)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dihiris
3 bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
bunga cengkih 5
1 inci halia diketuk2
buah pelaga 4 biji
Cara Memasak :
tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing dan wangi (nak lg sedap gunaminyak
sapi)
1. Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk,
kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik)
2. Sila tambahkan sedikit gula dan garam dan ajinomoto kedlm beras td tu.. (rasa dulu tengok)
3. Ayam ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut : 1 biji bawang besar,5 ulas biji
bawang putih, 6 biji bawabg merah, halia 1 inci, gula dan garam
4. Bahan ini di tumbuk halus
5. Masukkan sos tiram sedikit kicap manis gaul dab sapukan pada ayam tadi sehingga sebati
perap selama beberapa minit
6. Setelah itu barulah digoreng
7. Kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah
pecah sikit
Sos cil
10

1. 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih


2. air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau)
3. garam,gula lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari)
Untuk sup
(Untuk Tumisan ambil lebihan air rebusan ayam tadi dan kalau sikit sangat tambahkan air sikit)
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga -serba sedikit
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
(semuanya ini ditumis)
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam jika suka
air rebusan ayam secukupnya untuk kuah(klu tk cukup banyak tambahkannn air sikit Dan
Masukkan lebihan ayam spt tulang , kaki, leher
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup/bwg goreng ( bahan tabur )
Cara membuatnya
1. tumis bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan lebihan air rebusan ayam yg
tadi dan masukkan rempah bunjut
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam,gula,ajinomoto dan sesuaikan
rasa, bolehlah di tutup api.bila nak makan nanti taburlah daun sup bawang dan bawang
goreng.

LEPAT LIAT ( kueh kesukaanku...)


Bahan-bahan
500 gm tepung pulut
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 cawan air dan 2 helai daun pandan
kalau nak taruh inti kelapa kat dalam :1 biji kelapa parut(putihnya saja) dan sedikit garam (inti) NANTI MASUK KT TENGAH2
PULUT TU SEMASA MEMBUNGKUS (SEBELUM DIMASAK)
sudu besar minyak dan daun pisang secukupnya (jemur atau layur dulu)
11

Cara-cara memasak
masukkan air,gula merah,gula pasir dan daun pandan dlm periuk dan masak hingga
larut.sejukkan
masukkan tepung pulut dalam bekas dan sendukkan gula yg dimasak tadi sedikit demi sedikit
hingga habis dan sebatikan semuanya.
kelapa di gaul dgn garam.
ambil daun pisang dan lenserkan minyak atasnya.letakkan satu sudu besar tepung tadi dan isikan
ksedikit kelapa. lipat dgn kemas.
ulang cara tadi hingga habis dan kukus hingga masak dalam 10 minit dengan menggunakan api
yang sederhana...siap utk dihidangkan...

popiah goreng bersambal


Kulit popiah secukupnya
minyak utuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gam
popia
Inti Popia:200 gm udang - hiris halus
1 batang carrot - sagat/racik halus2
1 mangkuk kobis - hiris2 halus
5 batang kacang panjang - potong halus
1 labu bawang besar - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar minyak
garam
( sekiranya anda nak popia basah makan tak perlu digoreng)
Cara Membuat:Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan
udang dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau.
Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah
sayur turun. Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih
ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak
yang banyak hingga kekuningan dan angkat.
Bahan Sos Cili:12

2 sudu besar cili mesin


1 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
garam
bijan untuk tabur (jika suka)
Cara Membuat:Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik
minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata.
Jgn lama sgt nnt kulit popia akan lembik dan tidak rangup. Angkat dan hidangkan.

RESEPI KEPAK AYAM MAYONIES (bakar)


teringat burger,kebab sedapnyaaaaa.....anak2 saya suka makan mayonies apalagi kalau buat yg
ini...ratah ratah je...memang buat kepak je yang sedap....jom kita tengok bahan2nya!
Bahan-bahan
8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - dihaluskan
5 ulas bawang putih -dihaluskan
3 sudu besar madu/gula - kalau ada
1 sudu kecil lada hitam/sulah
2 sudu besar kicap pekat/ABC
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
sedikit garam/kiub ayam maggi
ajinomoto
Cara-cara
Basuh bersih kepak ayam. ambil camca garfu dan cucuk cucuk ayam tu dengan garfu diseluruh
isi ayam tu.( tujuan untuk mudah menyerap bahan2 perapan.) Ketepikan.
Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. sekurangnya Perap 3 jam
atau lebih lama lg sedap. Seeloknyer semalaman.(ikut suka)
Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.(kalau ada)
Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.(boleh juga guna pemanggang ajaib)
13

AGAR AGAR LUMUT


Bahan-bahan
15 g agar-agar tali / serbuk
200g gula (kurangkan kalau x suka manis)
1400ml air
200ml santan pekat
2 biji telur( gred c )
Sehelai daun pandan / perisa pandan
Secubit garam
Pewarna hijau
Cara Membuat
Agar-agar tali di rendam sekejap. masak dengan air sehingga hancur.
Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
Kacau telur dengan santan.
Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
Kacau sehingga mendidih.
Tuang ke dalam acuan.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH


Bahan-bahan:
agar agar biasa 15gram( jika nk lembut guna 10gram agar agar)
1 cawan gula merah ( kalau nak koko gelap-guna gula merah yg merah kehitaman tu)
1/2 cawan gula
8 cawan air
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa / 1 santan kotak atau klu nk lg lemak guna 1 1/2 kotak
santan
2 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
1 camca kecik esen vanila
Cara membuatnya:1. Masak air dengan gula dan daun pandan (selepas gula larut tapis untuk membuang benda asing
14

yang terdapat dalam gula merah- jika ada). Masukkan pula agar-agar dan kacau hingga
semuanya larut dan mendidih.
2. Pukul telur dan santan dengan whisk.
2. Kecilkan api kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga
mendidih.
3. Bila masak, tuang ke dalam loyang atau acuan kegemaran.
Agar-agar ini lebih enak jika di masukkan kedalam peti sejuk terlebih dahulu.nak cepat
mengeras? masukkan 15-20 minit dalam tempat buat ais tu...pastu cepat2 keluarkan...dah keras n
leh makan dah...pastu bakinya simpan dalam tempat biasa je..

kueh sagu kelapa


1 cawan sagu mata ikan
cawan gula
21/2 cawan air
3 - 4 titik Pewarna merah
Sedikit kelapa parut
Secubit garam
Cara-cara:
Rendam dulu sagu tu dlm 40 minit
1.Didihkan air bersama gula.Kemudian masukkan sagu.Kacau sehingga sagu masak dan pekat
pastu tambahkan sedikit pewarna. ( ambil masa selama 10 minit untuk kacau sagu tu laju2
supaya tak ada sagu yg tidak masak)
2.Masukkan dalam loyang atau acuan yang sesuai.Setelah sejuk bolehlah dipotong. Ambil
potongan sagu tu dan golek kan atas kelapa yang sudah digaul bersama garam.
3.Selamat mencuba.

APAM BERAS
(GERENTI JADI kalau betul betul ikut resepi niee...dah ramai yg buat)
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka nak colour apa..
15

Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

PAU GORENG SAMBAL IKAN BILIS


Bahan-bahan Doh:
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1
sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)
2 sudu besar margerin
ubi kentang rebus 1 biji (jika ada) dilecek halus
1 biji telur
1/2 cawan air dicampur secubit garam
*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan
kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)
Cara-cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur,
campuran ragi, margerin dan kentang ke dalam lubang tu.
2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin
dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.
3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain.
Biar 15 minit.
16

4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan
tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulatbulat.
5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10
minit sebelum digoreng.
6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau
sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.
7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan
bilisnya ditumbuk kasar2 sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) **
SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-bahannya
1 1/2 genggam Ikan bilis
1 genggam Lada Kering
3 bj Bawang Putih
3 bwg merah dihiris
1 inchi Belacan
Air Asam Jawa
Gula
Garam
Minyak
***Kisar bawang, bawang putih, lada kering, belacan dan6 sudu ikan bilis goreng
Cara-caranya ;-D
Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Tumiskan bahan kisar hingga garing atau sehingga pecah minyak. (*kalau nak cepat garing
masukkan gula awal-awal tapi pastikan api dikecilkan dan sentiasa dikacau supaya tidak hangus)
Masukkan gula, garam dan air asam jawa dan sedikit serbuk perasa. gaul rata.
Tutup api dan masukkan ikan bilis dan gaul sehingga rata.

Lepat Pisang
Bahan2:
Pisang emas saiz kecil 20 - 25 biji
tepung dalam satu cawan
gula 1 1/2 sudu besar
manisan (nise kecik) setengah karet(masukkan dalam plastik, tumbuk sampai hancur)
garam sikit
santan setengah cawan
17

Cara:
Lecekkan pisang + gula + nise.
Campurkan lain-lain bahan.
Bungkus dalam daun pisang.
Kukuslah selama 15 minit.
tips:
daun pisang dipotong besar mcm besar tapak tangan kita je...baru jadi comel.tapi kalau nak besar
sikit...koyakkan daun piasang tu besar sikit...
lepas kita dah koyakkan daun pisang tu...baru kita layur atas api yg perlahan.
layur kejap je tau...2-3 saat je..
supaya nanti daun tu jadi lembut bila nak melipat dan membungkus adunan
time nak letakkan adunan dalam daun pisang tu...sebelum tu sapu minyak sikit kat daun pisang tu
supaya nanti kueh2 tu tak melekat kat daun pisang

Tepung Gandum 1 kg
Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
Gula Pasir 7 sudu besar
Garam Halus 1 sudu kecil
Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
Marjerin 1 cawan
Telur 2 biji
Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
Air secukupnya
Cara Memasak
Isikan gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir
(senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai)
dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya
mengembang naik ke bibir gelas.
Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik
dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga
menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan
letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna.
Biar selama kira-kira 1 jam.
Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali
18

ganda dari bentuk asalnya.


Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup
banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kirakira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan
deep fryer dengan setting suhu 375 Fahrenheit.
Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30
minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan menais / jadi bertepek-tepek
basah.
Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.
Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!
Petua & Teknik Efektif
Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas
plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusingpusingkan dengan tekanan.
Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air
mineral atau botol air apa pun.
Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu
cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh.
Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung
supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.

KARIPAP MINI
2 sb minyak sapi
100 ml air
1/2 sk garam
1 biji limau kasturi ambil jusnya
225 g tepung gandum
INTI :100 g udang kering
2 ulas bawang putih
3 biji lada merah (atau 2 sb lada kisar)
1 batang serai
garam,gula,perasa secukup rasa.
3 sb minyak - utk menumis
Cara-cara
19

Untuk menyediakan doh :Minyak sapi,air,garam dimasak hingga mendidih.Masukkan jus limau dan matikan api.Tuang air
minyak yg panas ini kedalam tepung dan uli hingga sebati.Diamkan 10 min.
Canai doh nipis2,terap bulat sebesar syiling 50 sen.Isi inti dan kelim kemas2.
Buat hingga habis dan goreng terendam dlm minyak banyak sambil digaul2 hingga karipap
garing kechoklatan sama rata.Angkat dan toskan.
Siap utk disajikan.Jika ingin menyimpan,sejukkan karipap mini dan simpan dlm bekas kedap
udara.
Untuk menyediakan inti:Kisar semua bahan inti kecuali minyak masak hingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga kering.Sejukkan dan siap utk digunakan.
tip mengoreng;semase menggoreng minyak bnyk biar sederhane pns jer...jadi bile karipap
digoreng mudh utk membalek2kannye dn akan same rata garingn

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab MANDY dan KABSA..boleh buat sendiri.. dibawah
ni saya bagi resepinya...
Bahan utk rempah MANDY*
ini rempah2 yg perlu dikisar untuk dijadikan rempah nasi mandy. dibawah ini adalah sukatan
untuk masak 3-4 cawan beras basmati. alau rajin buat banyak2 simpan dalam botol atau bekas
kedap udara.
beras yg sedap buat nasi mandy dan kabsa ialah beras basmati" extra panjang " FAIZA
bahan bahan untuk dikisar
15 biji buah pelaga,*
10 kuntum bunga cengkih
20 biji lada hitam
3 helai daun salam* (Kering)
1 sudu besar biji jintan putih,*
1 sudu besar biji ketumbar*@ rempah campur* (lebih sedap jika guna rempah campur)
Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar
sehingga hancur dan
Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan
daging.
dibawah ini cara cara buat rempah nasi arab 'kabsa
20

saper yg susah nak dapat rempah nasi arab KABSA...boleh buat sendiri.. dibawah ni saya bagi
resepinya...
Bahan utk rempah kabsa*
1 sdu makan bunga cengkih
1 sdu makan lada hitam
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1 sdu makan serbuk kunyit
Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar
sehingga
hancur. Satukan dgn serbuk cili dan serbuk cili.Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap
udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh
juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
with Juannitah Mahsar.

RESEPI NASI TOMATO


Bahan2:
3 cawan beras basmati basuh dan toskan
3 cawan air
3 biji tomato potong dadu kecil(x perlu dibuang kulit)
2 sudu penuh puri tomato(dlm tin)
2 sudu bsr penuh serbuk kari-bancuh dengan sedikit air
4 ulas bawang putih*
5ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 sudu besar marjerin
1 sudu minyak sapi
2 sudu kecil garam
rempah 4 sekawan
2 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
21

6 biji bunga cengkeh


4 biji buah pelaga
Cara2:
Bahan2 bertanda * dikisar menggunakan pengisar bahan kering
Panaskan marjerin dan minyak sapi dalam periuk/kuali. Tumis bahan yg dikisar dan rempah 4
sekawan sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan kacau seketika.
Masukkan tomato puri dan buah tomato yang sudah dipotong dadu..kacau lagi.
Masukkan pula beras yang sudah dibasuh sebelumnya beserta garam untuk menambah rasa.
Setelah digaul rata,masukkan ke dalam rice cooker
Tekan 'on' dan masukkan air..gaul rata.
Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak
Selepas 20min,buka penutup dan kacau secara kaup balik untuk memastikan nasi masak sekata.
Tutup penutup periuk dan JANGAN nak buka penutup dengan kerap sebab ini akan
menyebabkan nasi tak masak sekata. ( tips nk bg sedap sikit...bila nasi dah masak masukkan 4
sudu susu cair dan gaul nasi guna sudu garfu untuk mengelakkan nasi patah atau hancur.
with Sutera Kaseh, Norhida Abu Hassan, Nurul Huda, Linzul Linda, Hamidah Mk, Farah
Honey, Zaleha Shah Din, Asz Farah and Faiza Zahar.

saya sekarang dah mulai suka nasi ARAB atau nasi MANdy..selang sehari buat!! dah
kemaruk!!.jom kita tengok resepinya..
Nasi Arab @ Nasi Mandhi
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
1/2 s/b lada hitam biji
sedikit zaffran -atau guna pewarna kuning @kunyit
Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang halus
1 ulas bawang putih]

22

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
Ayam Mandhi
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 2
1 inci halia - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya (dlm 7 cawan)
Bahan A:
1 sudu teh zaffran @ serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
skit garam
Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.
Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.
Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketika
Selepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C
Salata Hara @ Tomato Salsa
Bahan-bahan:
Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon @ cuka
sket bwng besar diptong dadu halus2
Cara membuat:

23

Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje.
Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka

Kek Oren versi kukus


1 biji oren
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan minyak jagung/butter cair /marjerin cair (pilih salah satu je)
2 cawan tepung
1sk baking powder

Cara buat:
1. Basuh bersih2 buah oren, sagat kulitnya (kuning sahaja). Perah air Oren Dan ambil 1camca jus nya
sahaja atau kupas oren dan ambil isinya sahaja (buang biji dan kulit/urat putih)
2. Blend kulit oren yang disagat, isi oren, telur, gula dan minyak/butter/marjerin sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam mixer. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti dengan
baking powder. Adunl sehingga sebati.
4. Griskan loyang atau lapikkan dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang.
5. Kukus selama 45minit-1 jam/ sehingga masak.

KUEH CAKOI @pak tongkoi


400 g tepung GANDUM ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
atau

24

1 kg Tepung Gandum
1 cawan Gula
2 sudu besar Garam Halus
2 sudu teh ibu roti (mauripan/instant yeast)
2 sudu besar lemak sayur / marjerin (dicairkan)
2 sudu besar susu tepung @ (susu pekat Manis kurangkan gula 2 sudu besar)
1 sudu teh bread improver (untuk melembutkan doh)
700 ml air
CARA2NYA :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam
mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam.
Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
RESEPI SOS SIAM PENCICAH
3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan
kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
(atau kalau malas nak buat beli je pencicah sos cili manis perisa THAI )

25

kentang putar ala KFC


Kentang Putar
Bahan-bahan ( 10 biji kentang buah sedang)
10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa
Cara-cara
Rebus kentang dgn sedikit garam
Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

SOS
650 ml air
5 sudu besar stok ayam -brand maggi dalam botol / kiub ayam pun boleh, hancurkan kiub dan sukat
1 biji bawang besar - dicincang
1 batang saleri - dicincang
40 g mentega
20 g tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
Cara memasak :
Satukan air, bawang, batang saleri dan stok ayam dan masak hingga mendidih ( 10 minit ).Tapiskan ke
dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau dengan api perlahan hingga tak melekat tepi
periuk.
Tuang air rebusan yang telah ditapis tadi dan kacau sebati.
Masukkan sos tomato, sos tiram, beberapa titik kicap pekat ( agak2 hitam ) dan serbuk lada hitam.
Kacau sebati dan ikut kepekatan yang di ingini.
Rasanya tak payah letak garam sebab stok dan sos tiram dah masin, jika terasa kurang masin, boleh
letak sedikit garam.
Untuk kentang

26

- Basuh kentang dengan air suam dan rebus hingga kentang empuk, buang kulit dan lenyek halus
kentang tu, masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan dan boleh dihidangkan dengan sos
kentang putar. Boleh juga guna kentang putar segera, caranya gaul serbuk kentang dengan air panas dan
masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan.

bubur nasi Idashahida


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan beras - dikisar sederhana halus pastu baru cuci.cuci ala kadar je jangan la pulak cuci macam
cuci beras kasar , nanti tak de apa yang tinggal lg..(guna mesin untuk bahan yg bahan kering yea..saya
tak rebus beras sebab kalau rebus beras lama sangat baru leh jadi bubur...so saya kisar dulu beras
tu...nanti sekejap je dah jadi bubur dan tak la lama menunggu untuk makan....laparrrr!!! lepas ni kalau
saper2 nak buat bubur nasi atau nak buat kat org2 tua,...hancurkan beras dulu, ikut stle saya...dapat
makan cepat!!!!
2 dada ayam - dipotong kecil
Beberapa ketul bahagian2 ayam yang anda dan anak2 suka-digoreng kunyit
bawang merah 6 ulas dihiris nipis2
bawang putih 4 ulas
serbuk lada hitam/lada sulah
1 btg serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
1 ketul kiub ayam (maggi/knorr)
1/2 inci halia - diketuk
1 cawan santan/1 peket/kalau tak boh pun boleh...gerenti sedap
Air secukupnya
ajinomoto/secukup rasa
garam dan gula sikit...
Bahan hiasan:
Daun bawang/daun sup/bawang goreng/cabai merah
ketulan ayam yg dah di Goreng
Cara membuatnya:
ambil periuk.....boh air 3/4 periuk-masuk beras Yg di mesin td tu...letakkan atas api- semasa beras dalam
periuk ni ** kena kacau sentiasa sebab kalau tak kerap kacau, nasi akan jadi berketul ketul**
bila dah didih-masukkan ayam-boh la serai,lengkuas,halia, garam,gula dan ajinomoto juga kiub ayammasak sampai ayam empuk-sesekali dikacau
bila ayam dah empuk masukkan santan-terus kacau-bila santan dah pekat dan nasi pun dah jadi bubur-

27

tutup api.(tak boh santan pun dah cukupppppp sedap. bubur ni dah jadi makanan rutin anak2 saya).
bila nak makan bubuh bubur dalam mangkuk taburkan daun bawang/sup/bawang goreng sedikit dan
letakkan ayam goreng seberapa ketul/carik2 isi ayam goreng bahagian yang anda suka tu (penarik untuk
anak2 makan)---gerenti habis seperiuk!!!!
- Selesai masak, hidangkan ia bersama hirisan daun bawang,daun sup Dan tabur ayam goreng yg
dikoyak2.......sedapppppp

ASSAM LAKSA PENENG


1 kg ikan kembong
1 tin besar ikan sardine ( ayam brand)
2 camca cabai mesin
5 biji cabai besar
8 biji bawang merah*
2 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
2 cm lengkuas*
sedikit belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
2 tangkai daun pudina
3 tangkai daun kesom
6 keping asam gelugor
1 camca asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air 1 1/2 jug
Garam dan gula secukup rasa
rencahan
laksa sebungkus direndam 4 jam (sebaiknya semalaman), direbus lembut,
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi

28

CARA MEMBUATNYA smile emoticon


UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan. Kisar ikan
berserta tulangnya sampai lumat dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya ( sosnya tidak
guna) , cuci ikan tadi dan lecek kasar kasar, Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan
bahan2 yang dikisar halus tadi (bertanda *) , nenas, dan ikan yang dikisar tadi. Masak hingga mendidih
dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan
daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 40 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan
daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula dan ajinomoto, secukup rasa. Biar mendidih 10 minit
lagi, rasa masam masin dan manisnya. apa yg kurang tambahlah... dah siap kuahnya..... ( pastikan
kuahnya tidak terlalu cair )
pastu anda boleh lah hidang macam kita makan laksa....

Kueh Puteri Ayu/sri ayu


Bahan-Bahannya
1 biji telur gred A
80 g gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 g tepung gandum*
1/2 camca besar tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovallate
1 cawan kelapa parut*
1 camca besar tepung jagung*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata)
Cara membuatnya
Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan
kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan
dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul
hingga sebati.
Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit.
Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....Menghasilkan kurang lebih 24
biji kuih..

29

apam pisang
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas / 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9
inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda
bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim
(berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
sambil digaul hingga sebati.
Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau
guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

Tomyam songkla
Bahan-bahan
5 ekor udang (lagi besar lagi sedap)
1 batang serai diketuk
3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus 2 labu bawang besar merah/holland dibelah 41 biji tomato dibelah 4
3 helai daun limau purut dikoyak2
6 biji cili api dipotong2/ketuk
sedikit sayur kobis bunga, cendawan tiram & carrot
1 kiub ayam
1/2 biji limau nipis
1-2 cawan air ikut suka

30

sos ikan/garam secukup rasasedikit daun bawang dihiris- guna daun ketumbar
Cara-cara
Didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)

31

Anda mungkin juga menyukai