Anda di halaman 1dari 31

Adab Memasak Mengikut Sunnah

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH + PENGALAMAN PESAKIT


DAUN BELALAI GAJAH ATAU SABAH SNAKE GRASS
TELAH LAMA DIKENAL PASTI MEMPUNYAI
ANTIOKSIDAN YANG TINGGI UNTUK MENGATASI
SEL-SEL KANSER DAN MENGEKALKAN SEL-SEL SIHAT
DALAM TUBUH MANUSIA.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah
kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan
darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah
tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan
keletihan.

Daun Belalai Gajah

Berbalik pada tajuk mengenai khasiat daun belalai gajah ni.. saya
sebenarnya suka makan ulaman daun ni.. tambahan kalau ada
khasiatnya.Hari tu adik praktikal di tempat kerja saya ada memberi batang
pokok belalai gajah ni, balik rumah saya terus cucuk dalam pasu yang dah
ada pokok kunyit... tak sangka mudah sungguh hidupnya... tengok sekarang
di sedang berpucuk dengan jayanya...

Ini pokok belalai gajah yg saya tanam dalam pasu tu :)

Bila tengok pucuk daun tu cantik muda-muda saya pun petiklah, kebetulan
saya ada buat sambal hijau (resepi disini sambal hijau), memang sedap
pucuk daun belalai gajah ni...

Pucuk daun belalai gajah dan sambal hijau


Tada... tengok plate saya ni penuh dengan warna hijau..... oooooohhh ku
lihat hijauuuu... hijauuu.. :P

Plate yg menghijauuu

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah

Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan


harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan
surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus
tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy


sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah
sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut
ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.
Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut
stage penyakit :

Stage 1 : 30 daun setiap hari

Stage 2 : 50 daun setiap hari

Stage 3 : 100 daun setiap hari

Stage 4 : 150 200 daun setiap hari

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun


tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass

masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender

masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka

tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon

masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage


seperti diatas. Elak basuh dgn air paip

masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di
potong 8

blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit
kerana khasiatnya akan hilang

jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia

Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan
makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan
kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras
pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2

herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun
belalai gajah.
Saya ambil dilink ini -http://kongsibersamanora.
Testimoni
Dalam satu pertemuan di ladang belalai gajah milik You Dun Chao Herbs
Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru
ini, pengguna produk daun belalai gajah jenama UTURN keluaran You Dun
Chao Healthcare Products Sdn. Bhd. menceritakan pengalaman masingmasing mengenai khasiat daun berkenaan.
Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak
kecil.
Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak
menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.
Penyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak
dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat.
Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga
memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.
Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun
belalai gajah pada Jun tahun lalu.
Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus
ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.
Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome
sejak kecil.
Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang
menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak
lawas.
Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat

badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu
malam.
"Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi
penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan
saya terpaksa berhenti sekolah,'' ujarnya.
Nasibnya mula berubah apabila diperkenalkan dengan produk belalai gajah
oleh Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi
Haron sejak Mei tahun lalu.
Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap
thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada
bacaan 6,779.
Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati
belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan
dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan
dijalankan pada Oktober tahun lalu.
"Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak
dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah," katanya.
Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh
kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang
sama.
Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah
tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi.
"Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal
yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti
biasa.''ujarnya
Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun
belalai gajah tersebut.
Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun

tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu


mengatasi masalah yang mereka alami./Sumber: anizyn.blogspot.com

Dan ada sahabat menceritakan kepada ku,Tentang Paklongnya yang kena


barah dalam perut, selepas mengamalkan daun Belalai Gajah sebanyak 100
helai di kisar bersama sebiji Epal hijau yang sudah dibuang kulit dan bijinya,
supaya sedap sikit bila menikmatinya dan minum 3 kali sehari. Dan ia juga
mengamalkan softgel minyak Habbatus Sawda.

Dan hasil pemeriksaan oleh Doktor, barah @ kansernya tidak merebak


ketempat lain dan mengecil. Sebelum mengamalkan daun ni,Pak Longnya
merasa teramatlah letih dan memandu pun tak larat, tapi sekarang
dengarnya dah boleh memandu kereta dari Subang ke Sg.buloh dan selepas
tu ke Kuala Selangor...jalan2 makan angin katanya...

Itu semua dengan kehendak Allah S.W.T jua, Kita hanya mampu Berikhtiar.

Cara kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit
Stage 1 : 30 daun setiap hari
Stage 2 : 50 daun setiap hari
Stage 3 : 100 daun setiap har
Stage 4: 150 200 daun setiap hari
*Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun tersebut
Cara membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
- masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender masukkan 2 @ 3 ice cube
- jika suka tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon masuk daun belalai gajah yang sudah
dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Tapi jangan basuh dgn air paip
- masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji setelah itu di potong 8
- blend halus dan terus diminum.
*Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang jika badan terasa
sejuk campurkan sedikit hirisan halia. Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi

Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti
gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam,
daging itik, keladi, beras pulut, butter
atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain.
*Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikot, serai atau apa saja jenis sayur mentah dan
buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak
khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit
merbahaya.
P.S.
Perbanyakkan memakan buah betik dan nenas kerana buah2an ini banyak membantu
semasa
pemprosesan meminum jus daun belalai gajah, beet root, biji aprikot, daun durian
belanda.
Selamat mencuba dan yang penting pasang nawaitu dalam hati supaya lekas
sembuh.
InsyaAllah itu semua dengan izin-Nya
CADANGAN CARA MAKAN BIJI APRIKOT
Perhatian: Informasi ini adalah untuk orang dewasa untuk kanakkanak dan orang-orang dewasa yang bersaiz kecil (dan binatang
peliharaan), ubah mengikut berat badan (anggarannya: 1 biji
aprikot untuk setiap 4.5kg berat badan)

UNTUK TUJUAN PENCEGAHAN KANSER


Cadangan oleh kebanyakan sumber , mengambil 15-20 (yang bersaiz
kecil) biji apricot dalam sehari seumur hidup adalah makanan
tambahan yang baik untuk menjamin kesihatan dan mengelakkan
kanser.
Biji apricot berbeza dalam saiz: Biji apricot dari
California adalah besar jika dibandingkan dengan biji apricot
dari Hunza atau Afrika Selatan. Kadar untuk pencegahan kanser
adalah lebih kurang 7 gm sehari.
Jangan menelan biji apricot tanpa dikunyah. Biji apricot mesti
dikunyah atau dikisar. Anda boleh menggunakan mesin pengisar
untuk mengisar biji apricot. Biji apricot yang telah dikisar
boleh di tabor keatas makanan atau dicampur bersama jus buahbuahan. Rasa biji apricot adalah pahit rasa pahit itulah

amygdalin atau vitamin B17, oleh yang demikian, cuba kacau ianya
bersama jus epal atau jus pic dan minum segera. Adalah satu idea
yang baik untuk memulakan pengambilan biji apricot pada kadar
yang sedikit dan ditambah sedikit demi sedikit dari sehari ke
sehari sehingga mencapai jumlah maksima iaitu 20 biji sehari.
Jus epal dapat menghilangkan/mengurangkan rasa pahit dari biji
apricot itu
Sangat sedikit yang mendapati biji apricot mempunyai kesan loya.
Sekiranya ini berlaku, cuba kurangkan jumlah biji apricot yang
dimakan dan tambahkan jumlahnya secara perlahan-lahan sehingga
badan dapat menyesuaikan diri dengan jumlah yang diambil.
Dicadangkan juga memakan biji aprikot bersama dengan buah aprikot
kering ( atau lain-lain buah-buahan nitrilosided segar seperti
aprikot, pic, plum, nektarin, epal, pear, ceri). Ada sesuatu
didalam isi buah tersebut yang akan meneutralkan beta-glucosidase
yang hadir didalam air liur, perut dan usus yang mungkin boleh
mengakibatkan rasa loya pada sesetengah orang.
#Ada juga yang mengatakan biji aprikot boleh menyelesaikan
masalah sembelit. Jika ini membawa masalah, ianya akan beransur
pulih dalam masa yang singkat.
Sila ambil perhatian, biji aprikot juga boleh merendahkan tekanan
darah.
UNTUK PESAKIT KANSER:
Ada yang telah Berjaya disembuhkan dengan hanya memakan biji
aprikot. Walaubagaimanapun, terutama jika kanser telah merebak,
dinasihatkan untuk mengambil Vitamin B17 dalam bentuk yang lebih
pekat bersama dengan makanan tambahan serta perubahan dalam gaya
pemakanan untuk memaksimakan serangan kepada kanser.
Apabila memakan biji aprikot, ianya sangat digalakkan untuk
menambah jumlah pengambilan sedikit demi sedikit sehingga jumlah
yang dicadangkan. Biji aprikot yang bertindak secara efektif,
akan mengeluarkan toksin melalui organ ekskretoris tubuh,
termasuklah kulit oleh yang demikian pengambilan cecair yang
banyak dapat membantu.( MINUM BANYAK AIR!) Untuk pesakit kanser,
dicadangkan supaya mengambil sebanyak 30gm biji aprikot dalam
sehari ( 10-15 biji aprikot setiap kali makan jarakkan
pengambilan sekurang-kurangnya 1 jam)
Penting: dinasihatkan untuk mengisi perut dahulu sebelum
mengambil jumlah biji aprikot yang banyak.Makanlah buah-buahan
yang mengandungi nitrilosides seperti aprikot, pic, plum,
nektarin, epal, pear dan ceri.
Bagi mereka yang telah menjalani kimoterapi dan/atau radiasi,
dimana system imunisasi telah diganggu, satu keperluan untuk
mengubah cara pemakanan dan ambil makanan tambahan bernutrisi
untuk membina semula system imunisasi yang telah dimusnahkan,

membantu asimilasi vitamin B17 dan membaiki kerosakan pada tubuh


yang diakibatkan oleh kimoterapi dan radiasi itu. (Biji aprikot
adalah makanan, maka ianya selamat dimakan semasa pembedahan,
kimoterapi dan radiasi)
UNTUK MEREKA YANG PERNAH MENDERITA KANSER DAN TELAH DISAHKAN
BEBAS DARI KANSER:
Adalah menasabah untuk mengekalkan pengambilan diantara
pencegahan dan rawatan kanser. Cadangan: makan 30 40 biji
aprikot dalam sehari.

Khasiat daun durian belanda


Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

MS nak share satu info yang sememangnya sangat berguna pada MS...iaitu
khasiat daun durian belanda. Mengikut kajian daun durian belanda
merupakan sat kaedah alternatif bagi mereka yang mengidap penyakit
kenser dan tidak mampu untuk melakukan kimoterapi dan juga boleh
diamalkan oleh mereka yang mempunyai ovarian cyts dan endometriosis.
Boleh diamalkan khususnya selepas dibedah.

Cara-cara penyediaannya :

Ambil 10 helai daun durian belanda, direbus bersama dengan tiga


gelas air dan direbus dengan menggunakan api yang perlahan sehingga
menjadi satu gelas air (rebusan 10 helai daun durian belanda boleh diulangi
untuk 2 kali rebusan untuk hari berikutnya)
Tapis rebusan air tersebut dan minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah
pagi dan malam, kesannya perut akan terasa panat/hangat dan badan akan
mula berpeluh.
Selain merawat kenser rebusan air daun durian belanda ini juga sesuai untuk
mereka yang mengalami

masalah batu hempedu

anti sembelit

menurunkan urik asid (gout)

sebagai antibodi dalam tubuh

memudakan sel-sel badan

mencegah selsema

mengatasi masalah kencing tidak lawas


Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional , Soursap,
Guanbana, Graviola, Zuurzak, Corao-da-ndia, Guyabano or Corossol ) atau nama
saintifiknya Annona muricata L
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika
Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia
Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari
Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya
terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali
lebih kuat dari pada terapi kemo menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan
dunia. Saya pernah mendengar petua orang tua-tua mengenai penggunaan durian
belanda dalam pengubatan kanser (lebih tepat lagi kanser payu dara), walau
bagaimana pun ia tidak begitu jelas dan petua ini juga tidak disebarkan dengan
meluas.
Khasiatnya dalam pengubatan kanser telah dibuktikan menerusi kajian tertutup yang
dinyatakan tadi kerana pengusaha farmasi tamak yang mahu mengkomersialkan tetapi
mereka gagal untuk mempatentkan kerana Dibawah undang-undang persekutuan,
sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang
sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain
menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus ,
berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah
tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Rahsia penyelidikan semula ini didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika,
mendapati pokok dan buahnya berupaya
1.

Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat
badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2.

Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang


mematikan.
3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan /
penyembuhan.
4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Ia juga telah diuji oleh sebuah pengusaha farmasi terbesar di Amerika di lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari
ekstrak (sari) buah ini adalah :
1.

Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser
yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru
dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel
kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan
membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang
sihat.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban
durian belanda, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat
mengejutkan. durian belanda terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang
berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun
1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu durian belanda mampu
menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk
keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar
biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa
kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa
salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda, mampu memilih,
membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat
berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun durian belanda
mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat,
Pankreas, dan Paru-paru.

Khasiat Lain dan petua2 seluruh dunia


Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk
mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh
parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengobati
kencing manis.
Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit
pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit
hati.
Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu
dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengalsengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti, dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum
sebagaiobat demam, membunuh cacing di perut anak-anak, dan obat diare.
Kulitnya juga dipercaya dapat mengobati penyakit jantung dan batuk, di samping
membantumengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.
Kegunaan lain ialah sebagaiobat malaria.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan
meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu, di
samping menghindari ketegangan.
Dari segi pengobatan modern, kajian menemukan bahwa bahan yang terkandung di
dalam buah durian belanda bisa digunakan sebagai akti-bakteria, anti-kanser, antitumor, astrigen, dan penyakit saraf. Durian belanda mengandung bahan amyloid, asid
sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline, dan tannin.
Nilai Pemakanan
Buah tinggi kandungan karbohidrat, terutamanya fruktosa. Buah ini juga mengandungi
sejumlah besar vitamin C, B1, dan B2.
Kesan Sampingan
Kajian yang dilakukan di Caribbean telah menyarankan hubungan antara pengambilan
durian belanda dan bentuk-bentuk atypical penyakit Parkinson kerana kandungan
annonacin yang sangat tinggi.
~ Sekadar berkongsi, dari pelbagai sumber ~
Manfaat Buah Manggis Untuk Kesehatan
Manfaat Buah Manggis - Buah yang Merah Keunguan ini memiliki rasa
yang Nikmat sehingga tak heran jika banyak orang yang menyukai Buah
yang satu ini, Yup Buah Manggis Memiliki Nama Latin Garcinia mangostana
yang mana Pohonya Merupakan pohon Hijau Abadi yang hidup di Daerah

Tropis yang mana orang mempercayai Pohon ini berasal dari Kepulawan
Nusantara, memiliki Pohon yang bisa mencapai hingga 25 Menter. Saat
Masak Kulit buah manggis berwarana merah keunguan dan kadang
kecoklatan sementara itu Buah di dalamnya berwarna putih, dan ini banyak
di Gemari banyak Orang.

Ilustrasi Buah Manggis


Siapa sangka jika Buah yang satu ini memiliki banyak manfaat yang bisa di
jadikan Obat untuk tubuh manusia, Setelah di temukannya kegunaan buah
Manggis ini maka semakin banyak yang memanfaatkan buah yang satu ini
untuk kesehatan tubuh manusia, nah bagai mana apakah anda penasaran
dengan manfaat buah yang terkandung di buah manggis ini.
Manfaat Buah Manggis Untuk Kesehatan
Khasiat Buah Manggis Untuk Mencegah Kanker
Senyawa xamthone atau senyawa anti-kanker yang terdapat pada buah
manggis bermanfaat baik untuk memperlambat proses tumbuhnya sel-sel
kanker pada usus besar, dan kanker hati. Bahkan kandungan xanthone juga
mampu memperlambat pertumbuhan sel-sel penyebab penyakit leukemia.
Manfaat Buah Manggis Untuk Menangkal Radikal Bebas Dan
Kekebalan Tubuh
Catechins yang ada pada buah manggis ternyata dapat mengalahkan
Vitamin C serta vitamin E yang ada dalam tubuh kita. Padahal dengan
Vitamin C dan E inilah yang berguna untuk menangkal tubuh dari adanya
radikal bebas. Nah usahakan konsumsi buah manggis setiap hari rutin
supaya anda dapat terhindar dari dari radikal bebas, dan tentunya anda juga
akan mendapatkan cadangan antioksidan alami yang melimpah dari buah
manggis.
Khasiat Jus Buah Manggis untuk Menghilangkan Rasa Sakit
Jika anda mengkonsumsi jus buah manggis setiap hari maka dapat membanti
mengurangi rasa nyeri. Teori ini sudah banyak dibuktikan oleh beberapa ahli
dengan beberapa responden.

Manfaat Buah Manggis Untuk Mencegah Batu Ginjal


Seseorang yang mengkonsumsi buah manggis maka akan sering mengalami
buang air kecil, hal inilah yang bisa menghindarkan anda dari penyakit batu
ginjal.untuk mendapatkan manfaatnya usahakan konsumsi buah manggis
rutin minimal 3 ons dalam tiap harinya.
Khasiat Buah Manggis Untuk Menurunkan Berat Badan
Ternyata kandungan Xanthone selain bermanfaat untuk mencegah penyakit
diabetes dan penyakit jantung, zat Xanthone ini juga bermanfaat untuk
melunakkan kembali sel-sel membrane yang sudah membesar dan
mengeras bersama besarnya tubuh kita.
Banyak Sekali manfaat dari Buah manggis ini, sehingga kedepanya saya
akan mencoba untuk menyambung lagi artikel yang masih berhubungan
dengan Khasiat Buah Manggis ini, Maka kunjungi terus blog Manfaat
Tumbuhan ini agar nantinya anda mendapat Update mengenai berbagai
info tentang Alam sekitar dan Pemanfaatanya, terima Kasih. Dan Baca Juga
artikel sebelumnya Yakni Manfaat Buah Pisang

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis


dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan
untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan
dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat
bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan
mencegah penyakit kulit.

Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat
menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai
saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan
manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari
mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat
diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan
tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis
dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah,
pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea,
jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas
pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol ,
keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan
insyaallah pelbagai lagi masaalah.

Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan


Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan
juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.
Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2
dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.
Buah Manggis
Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya
terkena baju.Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan sebagai
satu bahan pewarna.
Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan
mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai
pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine
(C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190
C. (374 F.), mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam
air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya.
Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah
manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan
getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di
Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan
didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.
Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak
larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji

benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan


Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis
terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung
kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa
manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai
runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar
ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis
dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga
kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil
isinya.
Walaupun ia sudah tertanam beribu-ribu tahun, buah manggis tidak dikenali
di kebanyakan tempat di dunia. Lazimnya ia ditanam di tenggara Asia dan
tempat lain beriklim tropika, rasanya memang tiada bandingan.
Mengandungi kulit berwarna ungu tua dan memiliki isi berwarna putih yang
manis, Saiznya pula seakan sebiji oren.
Tidak cukup dengan rasa yang enak, buah manggis kaya dengan xanthone.
Seperkara lagi, manggis mengandungi sehingga 5 gram serat.
Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika
bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi zon
tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai
nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis. David Fairchild , PhD.,
penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/02/khasiat-buahmanggis.html#ixzz3E326oRZF


Khasiat jarum tujuh bilah
JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk
ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya
kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.
Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand
dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir
semua iklim.

Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia
adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.
Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat.
Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil
jarum tujuh bilah.
Kegunaan:
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser
kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke
dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu
hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air
dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia
dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser
terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
Cara menanam:
Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
Boleh membiak melalui biji benih.
Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula
apabila air mencukupi.
Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.

Khasiat Ubatan Jarum Tujuh Bilah


18:36 |

Nama Tempatan:Jarum tujuh bilah


Nama Saintifik:Pereskia grandifolia @ Rose Cactus
Nama Lain:Bintang tujuh, Pokok kanser, Chat sim Chan
Famili:cactaceae
Abstract
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia, secara umum dikenali
sebagai Jarum Tujuh Bilah di Malaysia dari keluarga botani
Cactaceae. Pereskia bleo amat mudah dikeliru dengan Pereskia
grandifolia kerana persamaan bentuk. Walau bagaimanapun ia
dapat dibezakan pada daun, bunga dan batangnya. Pereskia
bleo mempunyai daun yang nipis, berombak dan bunganya
merah keorenan dengan batang yang lebeh pendek
dibandingkan dengan Pereskia grandifolia. Sebaleknya,
Pereskia grandifolia mempunyai daun yang tebal tidak
berombak dan bunga yang berwarna merah-jambu ke warna
keunguan dengan batang yang panjang dan tidak tebal.
JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang
turut diminati orang ramai untuk ditanam sebagai perhiasan di
dalam pasu. Kedua duanya, Pereskia bleo dan Pereskia
grandifolia telah digunakan sebagai rawatan semulajadi dalam

rawatan penyakit kanser, sama ada dimakan secara mentah @


ulam atau diambil secara rebusan dari tumbuhan segar, kedua
duanya dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti,
anti-ketumbuhan (tumor), anti-sengal otot (rheumatic), antiulcer, dan anti-inflammatory. Ia juga digunakan dalam ubatan
melegakan sakit kepala, sakit perut (gastric pain), ulcers,
bawasir (hemorrhoids), penyakit kulit (atopic dermatitis),dan
kesegaran badan (revitalizing the body).Di Panama, orang
tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia bleo untuk
merawat masalah usus (gastrointestinal problems), sementara
di India, Pereskia grandifolia digunakan sebagai ubat sakit
pembengkakan.
PEKENALAN
Bertepatan dengan pertambahan penggemar penggambilan
tumbuhan herbal sebagai rawatan alternative, maka adalah
amat perlu menjalankan satu penyelidikan bagi meyokong nilai
perubatan terkandung dalam tumbuhan herbal disamping
memastikan tumbuhan itu selamat untuk penggambilan
manusia.
Keputusan adalah bertetapan dengan kajian in vitro dimana
pati ekstrak Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak
menunjukkan cytotoxicity keatas sel normal MRC-5.
Berdasarkan kepada keputusan kajian acute toxicity keatas
tikus makmal kedua dua pati Pereskia sp. Diterima sebagi
selamat untuk kegunaan kesihatan manusia
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak mempunyai kesan
sampingan (acute oral toxicity), Ujian makmal keracunan telah
dilakukan keatas haiwan ujikaji dimana, jumlah sukatan tinggi
(A single, high dose) telah diberikan kepada haiwan ujikaji dan

diperhatikan sama ada ia mendatangkan kemudharatan atau


membunuh haiwan tersebut dalam jangka waktu 14 hari, tapi
tiada kematian dicatit sama ada disebabkan kematian
semulajadi maupun disebabkan dari ujikaji. Kajian ini penting
bagi mentukan tahap keselamatan ubat ini keatas kesihatan.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia
(UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti
antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun
nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C
(asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya
masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam
bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh
seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi
sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik
memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di
samping menghapuskan radikal bebas.
Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk
mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah
dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum
tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo
(kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum
tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan
pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari.
Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada
kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan
1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang
diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa
ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan

keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim


penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim
penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang
menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya
mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi
bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.
Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo
(kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah
tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang
buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.
Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan
untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut
masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya
terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik
dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang
menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang
sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan
pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia,
malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat,
(UPM).
Phytochemical
Kajian kimia keatas daun Cacatceae (komponan Cytotoksik
Pereskia bleo) tidak banyak dijalankan dibanding dengan spisis
pereskia yang lain. Hanya tiga (3)lapuran kajian phytochemical
dan biological dilapurkan berkenaan tanaman ini. Kajian
terawal berkenaan phytochemical oleh Doetsch etal yang
melapurkan pengasingan Empat (4) alkaloids, dikenali sebagai

3,4-dimethoxy--phenethylamine, mescaline, 3methoxytyramine and tyramine.


Rumusan
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat dari jarum
tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua
helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan
nasi atau makan secara mentah, daunnya terasa rangup. Daun
jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak
pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin
boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.
Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser
hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.
Tiga Cara Rawatan:
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh
dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Peringatan:
a) Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat
Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana ia dapat
menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang
mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh

apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. Ia dikatakan dapat


mengubat darah tinggi dan kencing manis.
b) Adalah amat amat digalakkan memakan Asparagus @
meminum jus perahan Aspargus apa bila kita memakan atau
menggambil ubat pembunuhan sel kanser.

Spesis Pokok Jarum Tujuh Bilah


1) Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
2) Pereskia aculeata var. rotundifolia
3) Pereskia aureiflora
4) Pereskia bahiensis
5) Pereskia bleo
6) Pereskia colombiana
7) Pereskia corrugata
8) Pereskia cubensis
9) Pereskia diaz-romeroana
10) Pereskia godseffiana
11) Pereskia grandifolia
12) Pereskia grandifolia var. violacea
13) Pereskia guamacho
14) Pereskia horrida
15) Pereskia humboldtii
16) Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
17) Pereskia lychnidiflora
18) Pereskia marcanoi
19) Pereskia nemorosa
20) Pereskia philippi
21) Pereskia portulacifolia

22) Pereskia
23) Pereskia
24) Pereskia
25) Pereskia
26) Pereskia
27) Pereskia
longispina
28) Pereskia
29) Pereskia zehntneri
30) Pereskia ziniiflora
31) Pereskia zinniaefolia

quisqueyana
sacharosa
stenantha
subulata
vargasii
vaugasii var.
weberiana

Selasa, 3 Mei 2011

POKOK JARUM 7 BILAH BOLEH JUGA


MERAWAT KANSER DAN SAKIT BUAH PINGGANG

PUCUK JARUM 7
DIJADIKAN ULAM ATAU

BILAH BOLEH JUGA


SALAD

Sejak
tersiarnya
posting
bertajuk "Ikhtiar terakhir
Untuk Pesakit Kanser" dengan
rawatan
menggunakan
pokok Belalai
Gajah atau "Sabah Snake Grass".
Penulis banyak menerima email dari
pembaca yang ingin memperolehi
daun
pokok
tersebut. Sehingga kini penulis
sudahpun
mencuba
menghubungi
seorang kawan yang berbangsa
Cina yang mengirim email
ini
yang
diperolehi
daripada
seorang kawan yang menanam pokok ini tapi belum mendapat sebarang jawapan lagi.
InsyaAllah penulis sedang berusaha mendapat maklumatnya nanti. Rasa sedih jika usaha ini
gagal untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukannya. Semuga Allah SWT
permudahkan pencariannya.

Sementara menunggu untuk mendapat berita tentang pokok belalai Gajah atau Sabah
Snake Grass. Apa kata jika pembaca semua mari mencuba sejenis pokok herba yang baik
juga iaitu Pokok Jarum 7 Bilah yang boleh merawat penyakit kanser.

Dua malam yang lepas semasa menonton filem melayu di TV2 yang bertajuk "Waris Jari
Hantu". Dalam filem tersebut, nenek (lakonan Azean Irdawati) yang sedang memetik daundaun herba bersama cucunya, ada menyebut tentang khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah iaitu
baik untuk merawat penyakit barah dan penyakit buah pinggang. Terus penulis teringat
ulam yang pernah dibawa balik dari sekolah oleh isteri sebulan yang lalu yang dipetik dari

Taman Herba Sekolah bagi dijadikan ulam untuk makan tengahari. Sedap juga daunnya
yang lemak dicicah dengan sambal belacan. Tapi masa itu belum tahu lagi apa khasiatnya.

Jadi search punya search memang benar kebenaran khasiatnya yang boleh mengubati
kanser dan sakit buah pinggang. Jadi sebagai alternatifnya. Mari cuba dahulu daun ini
sebagai penawar kanser. InsyaAllah. Baca tentang tumbuhan ini yang senang diperolehi.
Mungkin anda ada tertanam pokok ini sebagai pokok hiasan dilaman rumah tetapi tidak
menyedari tentang tumbuhan yang berkhasiat ini.

Pokok
Jarum
atau
nama
Pereskia

Tujuh
Bilah
saintifiknya

sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara


ASEAN yang lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang
mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan jenis paling primitif dalam keluarga kaktus.
Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir
semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar
matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan
kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur
jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air
mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika

Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing
tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan
ulam atau salad.

Kegunaan dan Rawatan.

1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.

2. Sakit Buah pinggang.

Tiga Cara Rawatan:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.

2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.

3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.

Peringatan:
Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang
jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang
sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi
o tak mengapa.

Anda mungkin juga menyukai