Anda di halaman 1dari 6

Bahan-bahan ( 10 0rang )

 500 ml susu segar


 80g-100 g gula halus
 25 g mentega
 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu
 Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil
sentiasa dikacau.
 Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau
terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.

Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn
choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti
sejuk.Sedap disajikan sejuk**Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya
mudah utk anak2 memakannya***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg
besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas
besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)

Pudding marble cokelat

Bahan-bahan

8 gm agar-agar serbuk

600 gm air

100 gm gula pasir

470 gm susu sejat/cair

1 sudu kecil esen vanila

10 gm tepung kastad

8 gm serbuk kokok

2 sudu air panas

garam

Cara Masak

1. Rebus serbuk agar-agar, air dan gula sehingga hancur.

2.Kecilkan api dan masukkan susu sejat, esen vanila, sedikit garam dan tepung kastad.

3. Sentiasa kacau supaya adunan tidak meruap.Setelah mula menggelegak angkat dan tapis.
4. Ambil 1/2-3/4 senduk dan campurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh dengan air panas.

5. Masukkan adunan agar-agar dalam bekas dan kemudian sudukan puding yang tekah bercampur
koko untuk dibuat corak marbel.Sejukkan dalam peti sejuk. Kemudian tuangkan sos coklat waktu

hendak makan.

Sos coklat

5 gm serbuk coklat

250 gm susu sejat

40 gm gula

1 sudu kecil vanila

10 gm tepung kastad.

Cara Masak.

1. Satukan semua bahan di atas kemudian masak dengan api yang kecil. Sentiasa kacau.

2. Setelah sos elok pekatnya tutup api dan sejukkan.

KUIH TALAM BERLAUK

Bahan-bahan:

 200 g keladi yg telah diparut


 180 g tepung beras
 50 g tepung jagung
 1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
 1 sudu kecil garam

Bahan lauk:

 250 g daging kisar


 50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
 80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng
 1 tangkai daun sup } dihiris
 1 tangkai daun bawang }dihiris
 1-2 tangkai cili merah }dihiris
 garam secukup rasa
 1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:

 3 tangkai cili merah


 1 ulas bawang putih
 3 sudu besar air masak
 1/2 sudu kecil cuka
 2 sudu besar sos tomato
 garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

 Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau
kemudian masukkan daging
 Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api
 Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau
sekata.Ketepikan.
 Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.
 Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.
 Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus
sehingga masak.
 Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.
 Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan
 Hidangkan bersama sos cili

Talam berlauk

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

 Adunan tepung :-
 *230 g tepung beras (cap gajah)
 *60 g tepung jagung
 *2 sk gula
 *garam secukup rasa
 *1/2 sk serbuk lada sulah
 *1,100 ml santan pekat
 Bahan utk lauk :-
 300 g daging cincang
 180 g isi ayam - potong dadu
 1 hiris halia - ditumbuk
 2 ulas bawang putih - ditumbuk
 1 sk serbuk lada sulah
 garam secukup rasa
 minyak utk menumis
 Bahan taburan :-
 2 cawan bawang goreng
 8 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
 3 batang lada merah - dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan halia hingga wangi dan masukkan daging
dan ayam dan masak hingga kering lalu masukkan perasa dan 1/2 bahan taburan.Gaul
rata dan masak terus hingga kering.Sejukkan.
2. Satukan adunan tepung* ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas
api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi
dan kacau lagi 5 min.
3. Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak dan taburkan permukaan adunan dgn
lebihan bahan taburan rata2.
4. Kukus selama 20 min atau hingga masak. Biarkan kuih benar2 sejuk, potong dan
hidangkan

Sardine roll

Bahan-bahan ( 8 keping )

 1 bungkus roti
 2 tin ikan sardin
 1 biji lada merah > hiris halus (kalau nak rasa pedas, boleh bubuh beberapa biji cili
padi)
 2 biji bawang merah > hiris halus
 3 biji limau kasturi
 Garam secukup rasa
 Marjerin
 2 biji telur
 Sedikit serbuk lada sulah
 Minyak untuk menggoreng
 Sedikit tepung + sedikit air untuk dijadikan gam

Cara-cara

1. Panaskan periuk pengukus. Sementara itu asingkan ikan dengan sosnya. Kemudian
lenyek ikan sardin sehingga lumat dengan garfu.
2. Masukkan lada merah, bawang dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan garam
secukup rasa.
3. Masukkan air perahan limau. Sekiranya hendak rasa masam yang lebih, boleh tambah
lagi.
4. Potong tepi semua roti. Kemudian masukkan 1 keping roti ke dalam periuk pengukus
yang telah panas tadi. Kukus roti selama 30 saat @ sehingga roti lembut.
5. Keluarkan roti yang telah lembut dan masukkan roti yang seterusnya. Sapukan
marjerin pada roti yang telah lembut dan isikan inti sardin. Gulung roti dan sapukan
gam tepung. Ulanglah proses ini hingga roti habis.
6. Panaskan minyak. Pukul telur bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah.
7. Gulingkan roti dalam telur, dan goreng sehingga perang. Siap...

Sosej roll

Bahan-bahan ( 4 orang )

 6 batang sosej
 6 keping roti sandwich
 1 biji telur
 1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh
 1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)

Cara-cara

1. Celur sekejap sosej dan toskan.


2. Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak
kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila
digulung.
3. Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung
dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
4. Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu
tambah garam)
5. Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti
diselaputi oleh telur.
6. Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan
nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke
dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.

7.

Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup
dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll
yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.

Kantonis yee mee

Bahan-Bahan:
1 bungkus yee mee
Sotong
Udang
Daging
Ayam
Lobak merah
Sawi
Bunga kubis
Kubis bulat
Tepung jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Panaskan air, kemudian masukkan sotong, udang, daging, ayam dan sayur ke dalam air yang
didihkan tadi.
2. Setelah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung, garam secukup rasa dan telur.
3. Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil, kacau rata.
4. Kemudian curahkan kuah yang telah masak ke atas yee mee, biarkan ramuan ini sebati.

Trifle

1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah


1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry

Caranya
1. Potong ke 1” dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
3. Lepas iru taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Cara membuat kastard :-


1. Campurkan tepung kastard, bula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil
hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi
baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. Akhir
sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………

Anda mungkin juga menyukai