Anda di halaman 1dari 6

resepi roti kentang

ROTI KENTANG

Bahan-bahan doh 500g tepung 10g yis 1 biji telur 3g bread improver 5g garam 70g tepung campuran kentang (boleh juga gunakan kentang yg dilenyek dicampurkan ke dalam tepung) 50g majerin 30g shortening 120g gula kastor 350 ml air sejuk

Topping 50g tepung kastad 125ml susu segar

cara membuatnya 1. Campurkan tepung kastard bersama susu segar. Kacau sehingga sebati. 2. Campurkan bahan -bahan doh seperti tepung, garam, gula, air dan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit. 3. Ambil doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil seberat lebih kurang 30g, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar. Proof selama 1 jam. 4. Setelah naik, paipkan atasnya dgn campuran kastad yang telah disediakan sebentar tadi dan bakar selama 25 minint. 5. Setelah siap.

350 gram tepung roti 90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang) 1 sudu besar susu tepung 1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. 150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter 2 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti. bahan untuk kastard 2 sudu besar tepung bird custard 3/4 cawan susu segar 3 sudu besar gula caranya: ( sos kastard) 1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti. Caranya. ( roti) 1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut. 2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam

bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Bahan-bahan ( 2 pizza saiz sederhana )



Bahan untuk crust / doh :2 cawan tepung gandum 1/2 peket yis mauripan 2 sdb susu pekat manis sedikit garam air Bahan untuk topping :2 keping nenas dlm tin 2 sosej ayam 5 biji chicken meatball 1/4 capsicum hijau /boleh diganti dengan lada 2 keping keju cheesedale 1 biji tomato 4 cendawan butang Bahan untuk sos:3 biji bawang putih (ditumbuk/hiris halus) 3 sdb sos cili 6 sdb sos tomato (boleh kurangkan) 1 sdb sos tiram 1. 2. 3. 4. 5. masukkan semua bahan untuk crust ke dlm mangkuk kecuali air, gaul rata, kemudian tumis bawang putih hingga wangi, masukkan sos tiram, masukkan sos tomato dan sos cili, potong semua bahan toping kecuali keju mengikut saiz kesukaan ambil 1/2 doh tadi dan ratakan dlm loyang, sapu sos rata dan taburkan topping mengikut potong keju cheesedale dan letakkan diatas pizza, taburkan sedikit lada sulah dan lada hitam,

Cara-cara
masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh, tutup doh dan biarkan 30 min biarkan 2 minit atas api sederhana

kesukaan. bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 180 darjah

Bahan untuk ayam : 2 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - di cucuk2 sikit supaya ayam tak mengecut masa digoreng. sedikit garam sedikit kiub ayam

1 sudu kecil lada sulah 1 biji telur - dipukul sedikit Bahan tepung ( untuk salut ayam ) : 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung kastad Satukan semua tepung dlm bekas bertutup dan goncang2 bekas utk sebatikan tepung. Cara membuatnya : Untuk Ayam : Gaul sebati dada ayam @ peha ayam tanpa tulang dengan garam, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Perap seketika. Celupkan ayam yang diperap tadi kedalam telur dan kemudian salutkan dengan tepung yang telah disatukan tadi. Goreng hingga garing dengan api sederhana dan toskan. Ketepikan. Boleh dihidangkan dengan Sos Carrot .

Sos Carrot Resepi : MasDuniaku Bahan : 1 biji bawang besar - dikisar 2 biji carrot saiz sederhana - dikisar 1 ulas bawang putih - dikisar 1 batang saleri - dikisar 2 sudu besar tomato puri 2 sudu besar membumbung tepung gandum 2 sudu besar membumbung tepung jagung 2 sudu besar membumbung tepung kastard 2 sudu besar marjerin @ butter Cara membuatnya : Cairkan marjerin @ butter dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan tomato puri , kacau sebati dan biarkan 10 minit dengan api sederhana. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, kacau sebati . Pada masa ini, kelihatan bahan2 menjadi pekat, kacau lagi biar bahan2 sebati dalam 5 minit dan boleh tutup api.

Bahan Sos Carrot : 2 cawan air 1/2 cawan puri sos carrot 4 sudu besar sos cili @ agak2 seimbangkan rasa sos tu 2 sudu besar sos tomato @ agak2 seimbangkan rasa sos tu 1 sudu besar serbuk lada putih 1/2 kiub ayam gula dan garam secukup rasa. Cara membuat Sos Carrot : Sebelum tu kalau Puri Sos Carrot tu baru keluar dari esbox, biarkan dalam suhu bilik dulu. Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih, agak2 yerk nak sos banyak mana, selalunya kalau 2 cawan air panas, Mas masukkan 1/2 cawan Puri Sos Carrot. Sebatikan dan masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.

Jika sos kelihatan pekat, boleh tambah sedikit air panas. Sos siap.....

Black paper chicken chop

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP* 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye) 2 ulas bawang putih (cincang) 1 cm halia (cincang) 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos Lee & Perrins 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar madu garam secukup rasa *SOS BLACK PEPPER* 1/2 botol sos lada hitam 2-3 sudu besar sos tiram 3-4 cendawan butang (cincang) 1/2 biji bawang besar (cincang) garam/gula secukup rasa
Cara-cara

gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok. 2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. 3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy). 4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap. 5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas. 6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.

1.

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki) 1 cawan sos tomato 1 cawan worcestershire sos 2 cm halia ~ diparut halus 1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus cawan gula Cara2 Menyediakan Sos

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu) Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais.. Bahan2 Batter Takoyaki 1 cawan tepung gandum 300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air) 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil garam.. 1 biji telur Bahan2 Isian Takoyaki Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball. Antara bahan2 yang sesuai ialah : Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet) Daun bawang ~ dipotong halus Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw) Bahan2 Taburan Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak) Serbuk nori (seaweed) Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Cara2 Memasak Takoyaki 1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar. 2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh. 3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!). 4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN

TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulatdengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing. 5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan! Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.

Anda mungkin juga menyukai