Anda di halaman 1dari 28

PANDUAN MENGGUNAKAN NOXXA

( HP : high pressure, LP : low pressure , S : steam , SC : slow cook , KW : keep


warm)

1. Nasi HP 3/7/8 ( ikut memasing)


2. Nasi impit HP25 + HP5
3. Nasi lemak kukus S30 ( steam bath)
4. Pulut HP7 + KW10
5. Bubur kacang HP45
6. Ayam HP10 15
7. Ayam pencen HP45
8. Daging HP30 45
9. Tulang HP45
10. Bubur nasi HP25
11. Sardin HP60 90
12. Pop corn HP1 2
13. Telor HP1 2
14. Kuih/kek S20 25 ( trus inner)
15. Kuih/kek S25 30 (steam bath)
16. Ikan HP3 4
17. Ikan steam S4 5
18. Udang/sotong HP4 5
19. Jagung HP8
20. Ubi HP8
21. Defrost HP2
Nasi arab NOXXA

2sudu besar minyak sapi


1biji bwg besar
1 biji tomato besar
1 sudu besar rempah khabsha citra klasik (saya guna 1 paket kecil rempah
kurma adabi)
1 sudu besar garam
1 kiub ayam
1kg beras basmathi
1 ekor ayam potong empat (kelar sket)/ lapan
1 liter air.

Kaedah:
Tekan stir fry, tekan on
Masukkan minyak sapi.
Tunggu minyak sapi panas, tumis bwg dan tomato. Masuk rempah.
Masuk garam dan kiub. Offkan stir fry.
Masukkan air, beras, kacau sket dan lapiskan ayam di atas nasi.
Tekan high pressure 3x = 3 minit. Pastikan titik selaras..
Cukup 3minit, terus tekan off dan tutup suis periuk. Biar sampai periuk boleh
buka sendiri utk nasi lebih tanak.
Kalu berkerak, next time kurangkan minit..

Sambal nasi arab :


1 biji lemon (buang kulit shj)
1 biji bawang besar
1 biji tomato
5 biji cili padi
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula4 pokok daun ketumbar
Blend kan kesemua bahan di atas
MAKARONI/SPIRAL/SMALL SHELLS GORENG
VERSI NOXXA

1/2 peket pasta makaroni/spirals/small shells ( ikut citarasa memasing) cuci


dn tos.
1 labu bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
Sedikit rencah spt udang/sotong/isi ayam etc potong kecil
3 sdb cili giling ( ikut suka nk pedas letak lebih)
Sos cili dn tomato
Sedikit sayuran spt bunga kobis/carrot/baby corn etc
3 sdb butter
1 kiub pati ayam
*********************************
Kaedah:
mode stirfry , letak butter dn tumis bawang kisar dn cili giling hingga garing
masukkn sos tomato dn cili ikut rasa sendiri ( biasa kjem masuk dlm 2sdb
each)
masukkn rencah2 pilihan atau apa yg ader jer..
masukkn pati ayam dn pasta pilihan serta sedikit air bagi tenggelam pasta
tu.
tutup piyok dn HP 4 minit.
pastu mode stirfry balik dn masukkn sayuran dn gaul rata . Jika masih berair
keringkn.
siap utk dihidang Slamat mencuba
Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai Resepi noxxa

from: azie kitchen yang telah di apply menggunakan resepinoxxa; setting stim
10 min

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap belah depan
2 batang serai ketuk
1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih hiris
8 biji cili padi ketuk
2 inci halia muda hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk buang kulit
1/2 batang saderi hiris nipis
Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air ( dlm 2 cwan ookay)
Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa
Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
Cara cara:
Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan
hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris
sebahagian di bawah ikan.
pastikan limau nipis tu jgn masukkn skali dgn kulitperah sahajakalo
masuk skali dn kulit nti kuahnye pahit
Rendang ayam Resepi noxxa

Bahan
3 ekor ayam kampung dan seekor ayam bandar. goreng setengah masak
setelah digaul dengan sedikit jer serbuk kunyit dan garam
Kisar semua bahan-bahan di bawah tanpa air dgn menggunakan food
processor masukkan minyak masak sekadarnya untuk menggantikan air.
bawang merah 10 atau 15 ulas atau 5 biji bawang besar (lagi banyak
bawang lagi terasa sedap dan manis rendang)
serai .. lengkuas halia kunyit hidup bawang putih cili padi
kampung 10 ke 15 biji ikut kadar kepedasan
Kaedah
set periuk noxxa stir fry masukkan minyak masak sedikit dan tumiskan
semua bahan kisar ke dalam periuk .. tumis sebentar hingga wangi dan
masukkan cili kering yg sudah dikisar 2 senduk kacau sebentar dan off stir
fry.
masukkan kerisik 5 sudu besar satu kotak santan M&S saiz besar. (jika suka
letak gula melaka sedikit) serai yg sudah diketuk dan daun kunyit
kacau dan set hp 5 min
selepas itu buka penutup dan kacau kuah rendang masukkan garam
secukup rasa dan daun kunyit yg sudah dihiris . masukkan ayam yg telah
siap di goreng tadi dan gaulkan akhir sekali tutup periuk noxxa dan set
slow cook 0.5 iaitu 30 min.Dah siapnota selama 2 tahun beberapa kali
menggunakan cara memasukkan semua bahan kisar ayam mentah dll
bahan terus ke dlm periuk dan set hp 10 min cara ini saya dapati
rendang mempunyai banyak kuah dan mengambil masa yg lama utk stir fry
bagi mengeringkan kuah rendang saya menggunakan tips iaitu guna
slow cook 30 min utk mengeringkan kuah rendang itu. Maka buat kali
kedua ianya berjaya kuah rendang menjadi pekat dan sedap.
Serunding Daging Resepi noxxa

2kg daging batang pinang (hp 35minit ) siat bila sejuk


bahan A(dikisar dengan rebusan daging)
6 bijik bawak besar
11 biji bawang puting
1 inci halia
1 1/2 inchi lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
gula melaka
gula pasir
garam
kerisik
Bahan B
Cili kering
santan 1 kilo
biji ketumbar
cara cara
masukkan semua bahan A & B tekan stim 5 mins
kemdia stiryfry hingga betul kering
lebih kurang 1 jam
Pop Corn Resepi noxxa
1 atau 2 gengam bertih jagung
2 sudu besar planta
cara cara
Guna stor fry untuk cairkan planta
masukkan jagung dan gaul
tutup dah tekan hig pressure 2 minit
b. karamel (gaulkan)
sudu besar plantar( cair)
sudu besar kastor/perang
2 sudu besar madu

Padprik ayam Resepi noxxa


Noxxa
Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan cili api
masukkan ayam dan gaul sebati
masukkan cili sos 5 sudu, tomato sos 2 sudu, kicap 3 sudu dan sos tiram 2
sudu ( ikut citarasa (HP 6 min)
siap.. stir fry untuk pekatkan kuah
masukkan bunga kobis, karot, kacang panjang, canpsicum dan daun limau
purut
Daging Goreng Halia Resepi noxxa

rebus daging 20 min HP tanpa air


Keluarkan daging
Letak sesenduk minyak, goreng ubit kentang yang disalut kunyit & garam
dalam 2 min
masukkan hirisan halia dan goreng 2 min
masukkan bawang, tomato, cili appi dan cili merah
masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan secubit garam
kacau sehingga sebati
akhir sekali masukkan daun bawang

Puding roti karamel Resepi noxxa


steam dgn air 20 minit
3/4 cwn gula pasir-jadikan gula hangus
Roti 4 keping
Telur A 3 biji
Susu cair 1 tin
Stgh cwn air
Stgh cwn susu pekat manis
Esen vanila
#Blend semua bahan di atas
Masukkan gula hangus dalam acuan. Masukkan bahan yg dah diblend.
Steam 20 minit
Tunggu benar2 sejuk, baru terbalikkan loyang
Lemak Cili api daging salai Resepi noxxa
Masukkan hirisan daging tanpa air
HP 20 min
Buang pressure dan guna tek stir fry hingga daging nampak seperti disalai
ketepikan masukkan cili ap yang telah di blend bersama 2 ulas bawang
putih
renikan bersama ubi kentang, serai, belimbing buluh, serai, santan dan kunyi
hidup
Guna teknik steam 3 min dan akhir sekali masukkan garam
note : belimbing buluh tu ketuk-ketuk sikit dan perah untuk kurangkan rasa
masam.

Resepi kek & puding Resepi noxxa


3 biji telur
1 cawan margerin
1 cwan gula castor/gula hangus
2 cawan tepung gandaum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna
baking poweder)
1 sudu makan baking poder
2 sudud besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka
cara buat
pukul maherin bersama gula hangus sampai kembang
kenudia masukkan telru saru persatu
pukuk lagi aduan sehingga kembang
masukkan ese vanilla dan susu pekat kacau dan ratkan sebatu
masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder
bagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati
tuagkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di atas kertas
tuangkan satu persatu warna mengikut citrasa
steam 30 minit.
Siakap stim Resepi noxxa
ekor Ikan siakap sederhana besar
2 sudu besar minyak utk menumis
2 inci halia dihiris nipis
2 btg serai dititip
3 labu bawang besar dimayang
6 ulas bwg putih dimayang
2 sudu kecil sos tiram
2 cawan air
Gula dan garam secukup rasa
Mangga (sy guna sebiji)
* Limau nipis sebiji
* Cili padi

*sebagai hiasan

Caranya
Stir fry sedikit mnyk dan tumis semua bahan..masukkan gula garam time ni
Masukkan air..off stir fry
Tekan pula steam selama 5 minit..tunggu bunyi bib.
Rebus telur
Bahan : 5 biji 30 biji
Teknik : hig pressure/tombol
masa 2 minit
Air: paras telur/Jika telur banyak setengah periuk

Rebus nasi impit Resepi noxxa


Bahan : 5biji-30 biji (Nasi impit mini)
Teknik : High Pressure/tombol Pressure
Masa : 25 minit
Air : paras nasi/jika banyak setengah periuk

Rebus Laksa
Bahan : 1 bungkus laksa
Teknik : high pressure/tombol
Masa 15 mint
Air : paras laksa/jika banyak setengah periuk
NASI ARAB AYAM @ KAMBING @ LEMBU
MANDHI @ KABSAH Resepi noxxa
NASI ARAB AYAM
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong kecil
1 kg beras basmathi- dicuci dn rendam
1 biji bawang besar- potong dadu
2 biji tomato- potong dadu
1 biji carot potong dadu
2 sdb rempah mandhi@ kabsa
1 litre air
2 sdb minyak sapi
Daun salam dn daun ketumbar.
Garam
1 kiub pati ayam
Cara2
mode stir/ fry
panaskn minyak sapi, tumis bawang , tomato dn carrot
masukkn rempah mandhi@ kabsa dan kemudian air, garam , kiub pati
ayam dn daun salam (bayleaf)
reneh sebentar dn off mode stir/fry
masukkn beras
susun ayam diatas beras dn sebtg daun ketumbar.
HP 3 minit
siap!!!!
.
NASI ARAB KAMBING @ LEMBU
Bahan2:
1 kg Daging kambing atau lembu dihiris nipis
4 sekawan(cengkih, kayu manis, bunga lawang dn buah pelaga)
1 kg beras basmathi- dicuci dn rendam
1 biji bawang besar- potong dadu
2 biji tomato- potong dadu
1 btg karet potong dadu
2 sdb rempah mandhi atau kabsa
1 litre air
2 sdb minyak sapi
Daun salam dn daun ketumbar.
Garam dn pati daging jika ada.
Cara2:
mode stirfry , tumis bawang tomato, karet dn 4 sekawan.
masukn rempah mandhi atau kabsa.
tambah air 1 litre. Off stirfry.
masukkn kambing atau lembu serta perasakn dgn kuib pati atau garam.
HP 45 minit.
kluakn daging dn ambil sedikit air rebusan td dn ketepikn.
masukkn beras yg direndam td. Jika air kurang boleh tmbh sikit.
HP 3 minit .. Siap
cara ni adalah daging x masak skali dgn nasi.
..
SOS SALATHA
1 biji bawang
3 biji tomato
2 biji cili hijau
5 biji cili padi
1 sdb garam
5 sdb gula
3 pokok daum ketumbar
1 biji lemon
blend semua bahan kecuali lemon
perah lemon
hidang nasi arab dgn sos dn timun

SALAD
1 batang karet
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 btg timun buang biji
1 sdb minyak zaiton
1 sdb cuka
Daun ketumbar
Garam
Gula.
Kek minyak
Bahan A

Masuk Blender
Minyak 1 cawan
susupekat 1 cawan
Gula 1/2 cawan
Ovellete 1 sudu kecil
Telur 5 biji
Esen Vanilla
(blend hingga sebari kuarkan n gaul dengan bahagian bawah ni)
Bahan B

Tepung Gandum 2 cawan


baking Power 1 sudu kecil
Bahagi ikut warna anda suka.
kukus 25 minit
siap.
Kek buah Kukus
250gsm butter
3 Telor A
1 Mix fruit (250gm)
1 s/t vanilla
di ayaak
300 gm gandum
1 s/t soda bikarbonat
1/2 s/t cream of Tatar
Gula hangus :
300 gm gula halus/pasir
50Ml air panas
cara
Panaskan gula pasir dalam kuali api slow
+ air panas
+ butter (cair)
+ mix fruit mendidik & tutup api
sejukkan suam suam
campur bahan ayak dalam adunan sikit sikit gaul dengan senduk kayu
Bekas lain pukul telor & tuang dalam adunan tadi kacau sebati + esen
vanilla (kacau kejap )

masukkan dalam aduan /acuan


Steam 90 minit
masukkan air dalam iner
letak tuku
DODOL DURIAN resepi noxxa

Bahan-bahannya

500 gm tepung pulut


3 cawan gula melaka*
2 cawan gula pasir*
3 cawan air*
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat
2 cwn isi durian

Cara-cara :
1. Masak bahan * hingga gula larut kemudian tapis.
2. Masak bahan yg telah ditapis, santan dan isi durian sebentar sahaja.
3. Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender)
hingga sebati (tidak berketul2)
4. Tuangkan adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup
5. Tekan butang Steam 20 minit.
6. Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang Stir Fry ..
7. Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit
atau lebih)
8. Adunan akan meletop2 dan pecah kacaulah sehingga terbit minyak pada
dodol trsbt..
BIHUN GORENG (jenama jasmine 1 bungkus)
Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh.
Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur
Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah
Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang

NASI GORENG NOXXA.


1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)

2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)

3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang
merah.

4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan

NASI PUTIH NOXXA


1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.

2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin
menunjukkan 0 off suis dan lepaskan tekanan.
PULUT
1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air

2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah

3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan

APAM BALIK
Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu
sudu teh baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu
creamer(susu segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan
anggaran dua senduk tepung dalam periuk. Tabur kacang, gula dan jagung.
Masak guna stir fry

BUBUR KACANG NOXXA

1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).

2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.

3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.

4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.

5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.
BUBUR NASI NOXXA
1 cwn beras : 6 cwn air.

1. Masukkan semua bahan.

2. Tekan high pressure 15x.

3. Kemudian tekan butang merah.

4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan
santan dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.

* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan


tombol untuk melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih
bulat. (jika guna fungsi steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2.
Pastikan tekan butang merah untuk mula sesuatu fungsi dan untuk
menamatkan sesuatu fungsi.

CILI BLEND NOXXA


Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih

blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak


2 bks ltk tmpat pozen utk stok1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwhutk kgunaan
sharian
Senang nk msk tinggal ceduk jeee
Kita kan supermomx de bibikkeh3
NASI DAGANG (VERSI IKUT SUKA HATI) KOLEKSI
RESEPI NOXXA
1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan) kalau pakai beras nasi
dagang, abaikan yang ni.

2. Santan (500g)

3. Garam

4. Halia (dimayam halus)

5. Halba (2 sudu)

6. Bawang putih dan merah

*** Bahan 3 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.

Cara masak:

1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh
masukkan santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.

2) Set Pressure 7 minit.

3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.

4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang.


kacau hingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak
kacau dalam periuk, masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.

5) Nasi dagang SIAP!


DODOL
Bahan:

1. Gula merah 1.5kg

2. Gula pasir 12 sudu makan

3. Air 3 mug

4. Daun pandan 3 helai.

5. Tepung pulut 1kg

6. Tepung beras 6 sudu makan

7. Santan 3 kg

cara:

1. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan dalam periuk.

2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.
CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan A
1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu coklat UHT(sejuk)

1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)

1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 cawan tepung gandum

1 camt baking powder

1 camt soda bikarbonat

1 camt serbuk vanilla

Bahan C 3 biji telur (Gred A)

Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.

3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.

4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.

5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.
CREAM CARAMEL
Bahan A (Caramel)

1/2 cawan gula pasir

6 sudu besar air

Bahan B
1 tin susu cair

1 tin air (sukat guna tin susu cair)

5 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil esen vanilla

5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun boleh.

5 biji telur (Gred A)

Cara:
Caramel:
1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair
dan berwarna keperangan.

2. Masukkan air dan kacau.

3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan caramel.

Puding:

1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih),
ketepikan dan sejukkan.

2. Blender telur, gula dan roti sehingga halus.

3. Masukkan bahan blender ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.


4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa
5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)

6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas
berisi air. Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.

KEK GULA HANGUS


Bahan gula hangus:

1/2 cawan 1 cawan gula pasir

1 cawan air

2 sudu besar mentega

Bahan kek:

1 setengah cawan tepung gandum *

1 sudu kecil soda bikarbonat *

1 sudu kecil baking powder *

* (Diayak)

1 setengah cawan susu pekat

5 biji telur (Gred B/C)

I sudu kecil esen vanilla


Cara:

Caramel
1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.

2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan


caramel.

Kek:

1. Blender telur, gula dan susu pekat hingga sebati.

2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dalam periuk yang berisi gula
hangus.

4. Kacau sebati.

5. Steam 12-13 minit.

6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dalam bekas berisi air.
Keluarkan kek selepas 10 minit.

NASI ARAB MANDY NOXXA


source dari : dapur ustazah

Cara ini menggunakan periuk ni. Kalau tak ada boleh masak dengan rice
cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc
boleh masak terus. Noxxa
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara2nya penyediaan ayam


Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli
yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna
kuning.

Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg
telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan
rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam


1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit.
Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup.
Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM
tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit
nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa
keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)

KARI TULANG DAGING LEMBU NOXXA


Bahan A:

1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan

4 5 biji kentang

2 biji tomato dibelah 2

2 biji cili hijau


Garam dan gula secukup rasa

Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)

4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS

1 sudu besar serbuk cili


1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia
Air secukupnya

Bahan C: Menumis

3 biji bawang merah (bawang kecil) dihiris

2 ulas bawang putih dihiris


1 inci halia dihiris

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang


3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1 batang serai dititik

2 tangkai daun kari

Minyak secukupnya

Penyediaannya:
1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh
gula.

Cara-cara Memasak

1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY dan tunggu
sehingga minyak panas.

2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,
buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih,
halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.

3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan
gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.

4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan
garam dan gula.

5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke
PRESSURE. Tekan on.

6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar
habis, baru tudung periuk boleh dibuka.

7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW
PRESSURE, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.

8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan
cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke
bekas lain.

9. Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada
dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT.

Anda mungkin juga menyukai