Anda di halaman 1dari 20

Daging Masak Hitam Istimewa Bahan-Bahan: Daging 1 kilo Bawang Besar 1 kilo Serai 3 batang(titik) Kulit Kayu Manis

2cm Bunga Lawang 1 kumtum Bunga Cenkih 4 biji Minyak 5 sudu besar Kicap Pekat 6 sudu besar Garam ,Gula , sudu air asam jawa (panjang) Bawang Putih 7 ulas Cabai Kering 10 biji sudu besar Serbuk Jintan Manis sudu besar serbuk Jintan Putih Halia 6cm

Cara: 1.Daging dipotong sederhana kecil basuh dan toskan . 2.Bawang kupas basuh dan potong nipis 3.Kisar semua bahan B hingga halus. 4.Masukan Daging kedalam periuk masukan bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk manis dan bahan B yang dikisar . 5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati. 6.Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya.

Cadangan Hidangan: Hidang dengan nasi tomato/nasi minyak Tambahan: Masakan daging ini perlu dikacau selalu untuk mengelakan dari hangit. Daging akan masak dengan air bawang sahaja sebab itu perlu masak dengan api kecil

Resepi Ayam Lemon Berikut adalah resepi dari Restoran Mohd Chan Abdullah iaitu Ayam Lemon:Bahan-bahan 1 Keping ayam 3 sudu sos Lemon 2 sudu perahan limau kasturi

Bahan Untuk Salutan 1 sudu tepung jagung 2 sudu tepung ubi 1/2 sudu tepung kek 1/2 sudu tepung naik sendiri

Bahan Untuk Perasa 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil gula sedikit stok ayam sedikit lada sulah Cara membuat - Bersihkan ayam dan perapkan dengan bahan perasa selama 5 minit

- kemudian , gaulkan dengan pelbagai jenis tepung yang telah dibancuh bersama air, Goreng hingga berwarna keemasan. Potong kecil. -Siramkan ayam yang telah di goreng dengan sos lemon dan perahan limau kasturi. sedia untuk di nikmati...

Berbalik pasal nasi ayam ni, biasanya mat kalau buat, guna beras basmathi, selain cara penyukatannya mudah, rasa dan teksture nasi pun cukup lahh lembut, tak melekit dan panjangggggggg....Kalau nak guna beras biasa pun tak de masalah, cuma pada mat kalau guna beras wangi rasanya "macam" tak berapa sesuai laaaa, apa2 pun tepuk dada tanya selera, jangan tepuk dada orang lain sudah laaa...dosaaaa!. Style mat masak senang walau pun nampak rumit, semua main lebur dalam rice cooker saja.

Seperti nasi2 ayam biasa di Malaysia dan Singapura, set hidangan mesti ada sup, ayam samada dipanggang atau digoreng, sos cili untuk nasi ayam dan ulam timun, tomato dan daun salad. Cuma apa yang kita tau ada

pelbagai versi nasi ayam....Macam yang mat buat ni tatau lah versi mana, ini bukan ipoh mali punya okeyy....waa ingat ini Selenak (Sedenak) mali punyaaaa..... Haiya!!....Hana Jepun sulaa uhuk!!..uhuk!!..apa pasat..luu alee batuk2... Itu Hana hooo batu pahat mali punya amoi...sikalang lia luluk sana Jepun...haha.. BAHAN NASI AYAM :-) 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan 6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah) 1 helai daun pandan, disimpul 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 inci halia, dititik 2 ulas bawang putih, dititik 1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega) Garam secukup rasa BAHAN SUP AYAM :-) 1 ekor ayam sederhana besar

15 cawan air 1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik 5 ulas bawang putih, dititik 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 camca besar bawang goreng 1 pokok daun sup, kerat 2 10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu 1/2 batang lobak merah, didadu 2 biji kentang sederhana besar, didadu 1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2 2 kiub pati ayam "Maggi" 1 camca teh lada hitam, tumbu halus Garam secukup rasa BAHAN SOS CILI HALIA :-) 5 biji cili merah 1 biji tomato 3 ulas bawang putih 1/2 cawan stok sup ayam 1/2 inci halia, dititik Gula dan garam secukup rasa

BAHAN PERAP AYAM :-) 2 camca besar madu 2 camca besar kicap pekat 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus 1 camca besar mentega 2 ulas bawang putih, tumbuk halus BAHAN HIASAN/ULAMAN :-) Tomato, dihiris Timun, dihiris Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan Hirisan daun sup Hirisan daun bawang Bawang goreng CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup kecuali bunga kobis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana

selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. 2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. 3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap

kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia. 4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi..

Udang goreng tepung Bahan-bahan: Udang secukupnya 1/2 cawan tepung perasa serbaguna 1/2 cawan tepung beras 1 sudu kecil baking powder 1 cawan @ secukupnya air ~ Satukan semua bahan dan bancuh dgn air. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat ataupun cair. Bahan sampingan ~ 1/2 cawan tepung perasa serbaguna untuk menyalut udang. Minyak secukupnya untuk menggoreng. Cara penyediaan: 1. Udang yang telah dibersihkan gaulkan dengan tepung. Kemudian celupkan udang tersebut ke dalam bancuhan tepung(batter).

2. Goreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga kuning keemasan. 3. Angkat dan toskan.

Bahan-bahan 12 ekor udang saiz sederhana (dibuang kulit, dibersihkan & buang saluran di atas belakangna) 3 sudu besar tepung goreng ayam ADABI 2 sudu besar tepung naik sendiri 1 biji telur ayam air biasa secukupnya minyak masak

Cara-cara 1. Gaul sebati tepung goreng ayam, tepung naik sendiri dan telur. 2. Tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan agak pekat seperti adunan tepung untuk pisang goreng. 3. Panaskan minyak. Celupkan udang ke dalam adunan tadi & goreng sehingga garing.

Sotong goreng tepung Asalamualaikum dan selamat tengahari semua..... kak rose dah malas2 nak mengupdate dapur masak yang x seberapa nih. tapi hari ni ada rajin sket nak menepek something kat sini. sotong goreng salut tepung yang rangup nih.... meratah ni je untuk lunch untuk orang yang malas nak masak nasik macam kak rose nih... apa2 je la kan asalkan kenyang perut kira ok la tu kan....

resepi ni kak rose pernah tepek dulu kat sini yang asalnya dari Ayu S'pore n kak rose cnp dari rumah nor secubit garam. terima kasih semua yang sudi sharekan resepi sotong goreng yg sangat best ni.... dan yg penting x incident meletop sky high lagi!....

Ingredients:500g sotong 1 cawan tepung gandum

1 sudu baking powder 1 biji telur sedikit garam & lada sulah 1/2 sudu Italian herbs ~ tak ada, ganti dgn serbuk kari 1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak) 1 sudu kecil serbuk cili

Method:Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili. Masukkan sotong yg telah digaulakn dengan tepung, salutkankan sotong dengan tepung. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.

Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.

Ketam Masak Cili Posted By Ammar On Monday, October 15, 2012 12:17 AM. Under Resepi Masakan Pasti ramai yang menggemari masakan ketam, jika makan di restoran ketamnya sedikit dan harganya mahal bukan? Saya mahu ;-berkongsi resepi ketam masak cili yang sangat menyelerakan. Dan anda boleh masak sepuasnya

Bahan-bahannya:-

4 ekor ketam saiz s (di potong dan bersihkan) 1 mangkuk cili kering (gunting dan rebus) 5 biji bawang merah* 2 biji bawang putih*

2 cm belacan 1 biji bawang besar 1-2 biji bawang putih 2 cm halia muda 1 sudu kecil sos tiram 1 sudu kecil sos cili 1 sudu kecil sos tomato 1.2 liter air 2 sudu kecil mentega 2 biji telur daun sup & bawang/daun ketumbar Cara membuatnya:-

Kukus ketam selama 15 minit untuk cepatkan masa memasak.

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Hiris nipis bawang besar, bawang putih & halia. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang & halia hiris tadi. Bila sudah naik bau, tuangkan bahan kisar, tumis sampai garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan ketam yang dah dikukus tadi. Masukkan air, gaul rata tunggu mendidih. Bila mendidih kacau lagi hingga sebati, letak garam & gula ikut citarasa masingmasing.

Anda mungkin juga menyukai