Anda di halaman 1dari 17

MURID DAN ALAM BELAJAR

#MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN *PERSPEKTIF BEHAVIORIS *PERSPEKTIF KOGNITIF *PERSPEKTIF HUMANISTIK *IMPLIKASI MOTIVASI TERHADAP P&P
PEMBENTANG:
#CATHERINE GEORGE #SITI NURIZZATI BINTI NAWAWI

PENGENALAN
Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu
Motivasi intristik Motivasi ekstristik

Motivasi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memenuhi keperluan : fizikal / biologikal pelaziman operan tingkah laku kognitif afektif sosial Motivasi intrinsik - sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman. Diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

Motivasi Ekstristik berasaskan pendapat Thorndike dan Skinner yang mengatakan bahawa seseorang murid digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran. Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.

Perspektif Behavioris
Ahli behaviorisme menfokuskan persekitaran luaran untuk memotivasikan seseorang. Motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkaitan dengan prinsip dimana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan, Salvin (2000). Menurut Ormord, 2008, aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Kemerosotan dalam perlakuan akan terjadi jika peneguhan. Peneguhan ekstrinsik sesuai diaplikasikan jika murid tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid bertambah baik.

Perspektif Kognitivis
Motivasi memperlihatkan tingkah laku dipelajari melalui peneguhan kognitif individu tentang pemikiran atau konseptualisasi (Joiner dan Swayer, 1992). Menurut Woolfolk, pandangan kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka berfikir tentang mereka dan persekitaran. Tingkah laku yang ditunjukkan adalah berdasarkan empat pengaruh berikut : i. keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten. ii. harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya. iii. faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan. iv. kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

Pengaruh motivasi terhadap teori-teori kognitif; i. Teori dissonansi kognitif Diasaskan oleh Festinger ( 1957 ). Teori ini menekankan hubungan antara kognisi. Kognitif dissonansi ketidakselesaan yang dirasai antara apa-apa yang kita sudah tahu atau percaya dengan maklumat atau tafsiran. Terdapat kecenderungan individu untuk mencari ketekalan antara kognisi, iaitu kepercayaan atau pandangan. Apabila terdapat ketidakketekalan antara sikap atau tingkah laku (dissonansi), sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan dissonansi. Dua faktor yang mempengaruhi kekuatan dissonansi; Bilangan kepercayaan dissionansi. Kepentingan yang berkait dengan setiap dissonansi.

Tiga cara untuk menghapuskan dissonansi; Kurangkan kepentingan kepercayaan dissonansi tersebut. Tambahkan lebih banyak kepercayaan konsonansi untuk melebihi kadar bilangan kepercayaan dissonansi. Ubah kepercayaan dissonansi supaya mereka tidak konsisten lagi. Dissonansi berlaku dalam situasi dimana individu membuat plihan antara dua tindakan atau kepercayaan yang bertentangan.

ii. Teori atribusi ( Weiner, 1979 ) Teori yang berpengaruh terhadap implikasi untuk motivasi akademik. Menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Teori ini mengandungi teori efikasi kendiri, dimana penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan usaha.
Teori ini menerangkan kejayaan atau kegagalan boleh dianalisis seperti berikut : Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman. Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin stabil atau tidak stabil. Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin boleh dikawal atau tidak boleh dikawal.

Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid adalah seperti berikut; memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipat gandakan usaha mereka. Pastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Bantu murid memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan. Merangsangkan konsep kendiri murid dan sentiasa berfokuskan kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.

iv. Teori efikasi kendiri ( Bandura ) tingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Tingkah laku yang ditunjukkan dipengaruhi oleh; i. Keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten. ii. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya. iii. Seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan. iv. Tahap kebolehan kognitif seseorang.

iii. Teori ekspektansi Atkinson 1964, motivasi ialah gabungan antara dua kekuatan, iaitu harapan seseorang untuk mencapai ke arah matlamat yang ditujunya dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Dua prediktor motivasi ialah nilai tugas dan ekspektasi (Pintrich dan Schunk). Jika tiada salah satu elemen iaitu ekspektansi atau nilai, kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak signifikan lagi. Nilai adalah kepercayaan kognitif peribadi setiap individu dan ini termasuklah matlamat, nilai dan minat mereka. Merupakan kepercayaan tentang kompetensi peribadi serta kebolehan individu terhadap sesuatu tugasan.

Perspektif Humanistik
Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Dalam memberikan motivasi, guru harus menyentuh domain afektif, kompetensi, harga kendiri, autonomi dan penyempurnaan diri mereka. Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman untuk mencapai segala yang diingini oleh mereka.

Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran


Guru berperanan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Prestasi murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain.

KESAN MOTIVASI UNTUK PELAJAR


Kebimbangan Bimbang sekiranya tidak berjaya Guru menetapkan hukuman mengakibatkan murid gagal kerana risau kepada hukuman yang diberi Sebahagian murid-murid memerlukan tahap kerisauan yang sederhana untuk berjaya
i.

ii. Perubahan sikap Sikap buruk berubah menjadi baik Kurang harga diri kepada sikap yang positif Peneguhan positif seperti kata perangsang atau pujian dapat membantu murid nakal membuang sikap negatif Murid yang tidak serius dalam pembelajaran diberi motivasi ekstristik melalui ganjaran kecil apabila memperolehi kejayaan Murid sukar diubah sikapnya melalui ganjaran mungkin disebabkan oleh sosioekonomi yang serba kekurangan Melalui galakan dan dorongan daripada guru, sikap ini dapat diubah kepada yang lebih baik

iii. Perasaan ingin tahu Perasaan ingin tahu merupakan perasaan semula jadi dalam diri seseorang. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan motivasi intrisik dengan merangsang naluri mereka seperti menggunakan persembahan slaid ketika mengajar bagi mencetuskan perasaan ingin tahu

SEKIAN, TERIMA KASIH.

RUJUKAN
Dari buku Abd. Ghafar Md. Din(2003),Prinsip dan Amalan Pengajaran..,Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Cheras. Noriati, dan kawan-kawan(2008), Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Bakti, Shah Alam. Robert F. Mager. Penterjemah Saat Md Yasin(2007), Teknik Mendorong Pelajar Belajar,Tanpa Membunuh Semangat Mereka.. Institut Terjemahan Malaysia Berhad., Kuala Lumpur. Dari internet http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6motivasi.html http://www.scribd.com/doc/57739141/Motivasi-Untuk-Pembelajaran-1 http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/mdab-motivasi-untukpembelajaran.html http://www.scribd.com/doc/23119913/Motivasi-Dan-Pembelajaran-novedition

Anda mungkin juga menyukai