Anda di halaman 1dari 5

Roti lapis berdaging

Bahan:- (6 - 8 orang)
3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari (*ummi letak 2 sudu besar)
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese (*ummi letak mozarella cheese)
marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau.
Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan
masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti
hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci -
agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging
tadi, ratakan.
7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki
inti daging tadi dan ratakan jugak.
8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi
yang dicucuk tidak melekat.
Roti poket

BAHAN ROTI :-)

6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)


1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning

BAHAN INTI :-)


2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

BAHAN LAIN :-)


Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang
putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan
kacau rata. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki
air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa
dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper,
potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan
buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga
bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung
membentuk poket. Angkat dan toskan.
3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya,
susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip
sos kegemaran dan hidangkan segera....

Beef Bread Crumb Roll

Bahan Untuk Inti:-


 300 gm daging cincang
 2 biji kentang (dipotong dadu)
 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
 1 sudu teh serbuk lada hitam
 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
 5 biji cili padi (hiris halus)
 sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Untuk Kulit:-

 1 cawan tepung gandum


 1 cawan air
 1 biji telor
 sedikit garam
 serbuk roti (bread crumbs) secukupnya

Cara Memasak Inti:-

1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.


2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
3. Masukkan kentang dan carrot.
4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.
Cara Menyediakan Kulit:-

1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan
rata.
2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan
tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
3. Masak dengan api perlahan.
4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan
dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

ReSePi : SoSeJ RoLL

BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)

CARA MEMBUATNYA :

1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit
bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat
hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada
hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup
sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. 
Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga
kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali
sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.

Anda mungkin juga menyukai