Anda di halaman 1dari 7

Bahan-bahan ( 1 biji kek..

satu kuarge leh mkn )

1 cawan butter/margerine
1 3/4 cwn gula halus
3 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cwn susu segar
2 1/2 cwn tepung serbaguna
6 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
Untuk topping:# 175 gm coklat masak dicincang
# 75gm krim putar
# 1 sudu besar butter

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas. ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul butter/margerine dengan gula hingga berkrim.
masukkan telur satu-satu dan esen vanilla. Pukul.
Masukkan campuran tepung diselang seli dengan susu segar. Masukkan kedalam
loyang yg dialas dan dgris.
Bakar lebih kurang 40-50min (bergantung kpd oven). Biar sejuk sebelum letak topping.
Cara membuat topping:Masukkan semua kedalam periuk. Masak atas api perlahan hingga mendidih. Angkat.
Tuang kedalam mangkuk. Masukkan kedalam fridge. Kacau sekali sekala hingga pekat.
Bolehlah disapu pada kek.

Bahan-bahan ( Bahan Kek )

3 cawan tepung gandum


1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 penutup vanila essence
secubit garam
3 cawan gula
3 cawan minyak jagung
2 cawan air panas
6 biji telur
1 tin susu cair
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING
1 penutup vanila essence
2 1/2 sude besar tepung jagung
1 1/2 cawan susu segar full cream
7 Sudu serbuk koko
6 sudu besar gula
Cara-cara

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ayak tepung tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonat & garam.
pukul telur,gula, minyak, dan vanilla essence
campur bahan no. 1 dan no. 2 smpai sebati..
akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau
masukkan ke dalam loyang
bakar dalam oven 185 'C selama 45-50 minit.....
ambil lidi dan tengok adunan masih melekat atau tidak.. jika masih melekat..tambah
bakar lebih kurang 10 minit lagi...@ sehingga adunan betul2 masak
8.
Untuk Topping.. Campur semua bahan tadi kecuali tepung jagung...
9.
Ambil sedikit susu dan larutkan tepung jagung bersamanya... Panskan bahan tadi ... Bila
semua bahan mula masak, tmbah sedikit demi sedikit larutan tepung jagung sehingga pekat...

KEK COKLAT

Bahan-bahannya
200gm tepung gandum - diayak 2 kali
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur - Gred A
200gm gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan susu dan minyak. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung, putar hingga sebati. Masukkan pula air panas dan kacau hingga adunan
tidak berketul.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu 180'C, alas loyang dengan kertas kek dan masukkan
adunan.
Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. (saya kukus selama 1 jam)
TOPING
2 sudu besar margerin
6 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar serbuk koko

Kek Coklat Basah


bahan2nya
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1 sudu teh garam
2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1 cawan air panas
cara2nya
Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang,
ketepikan..
Campurkan gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam ke dalam
mixing bowl.
Adun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.
masukkan telur, minyak, perisa vanilla dan susu kedalam bekas dan pukul menggunakan
pemukul telur sehingga pecah kuningnya dan bercampur kesemuanya.
masukkan kesemua bahan basah kedalam bahan kering sambil mixer di perlahankan...
supaya tidak ada yang berketul
Bila adunan sudah nampak bercampur semuanya.. masukkan air panas...
adunan akan kelihatan cair dan teruskan memukul sehingga tiada ketulan lagi...
masukkan kedalam loyang dan hentakkan sehingga buih yang timbul itu tiada lagi...
Bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat..
memandangkan setiap oven lain kepanaskannya.. jadi mesti kerap check selepas kek berada
dalam setengah jam didalam oven.
ada yang bertanya kenapa kek kami nampak gelap dan tak bewarna coklat seperti kek yang
biasa tu.. ini kerana kami guna tepung koko yang jenis gelap.. yang kami beli terus dari
Kilang Harvest Bakery.. kalau untuk memasak sendiri boleh cuba brand Hershey atau
tanyakan kedai supply bakeri tentang tepung jenis ini.
resepi ini amat sesuai dijadikan kek untuk menyambut ulangtahun... hiaskannya lagi dengan
topping Ganache dan penuhi hiasan dengan coklat.. pasti ummppphh!

Moist Chocolate Cake


Bahan-bahan:
280 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bicabonate
1 sudu kecil baking powder
250gm mentega / minyak masak
300gm gula kaster
250ml susu pekat manis
1 tsp esen vanila
6 biji telur B
2 sudu kecil cuka makan
Pes Koko:
100gm sebuk koko
60gm gula kaster
250ml air panas
(Satukan semua bahan dan kacau menjadi pes koko)
Cara-cara:
1. Ayak tepung, soda bicabonate dan baking powder.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar rata.
Masukkann susu pekat, esen vanila dan cuka makan. Putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan pes koko, gaul hingga rata.
4. Tuang ke dalam loyang 9" yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau
bila di cucuk tidak melekat pada lidi.
Topping Coklat Ganache:
300gm whipping cream
500gm coklat masakan di potong kecil2
1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar madu/ sirap glukos
Cara-cara
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Tutup api, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga coklat larut.
3. Sejukkan sedikit dan tuang ke atas kek coklat yang di letakkan di atas redai.

4. Ratakan coklat dengan mengoyang kiri dan kanan sehingga coklat merata ke seluruh kek.
5. Bakinya coklat tadi di simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 5 jam atau semalaman
untuk membuat border atau hiasan.

Anda mungkin juga menyukai