Anda di halaman 1dari 6

Nasi Goreng kampung

Bahan-bahan ( 3 orang )

 3 cwn nasi sejuk


 *15 biji cili padi
 *5 ulas bawang merah
 *2 ulas bawang putih
 *1 cwn ikan bilis
 1 biji telur (Goreng mata kerbau)
 1 sdb sos tiram
 Garam secukup rasa
 Hirisan timun
 Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa, kacau sebati.
3. Masukkan nasi dan kacau rata. Hidangkan dgn hirisan timun dan telur mata kerbau.
4. Selamat mencuba.
Nasi Goreng USA

Bahan-bahan ( boleh dimakan 1 seorang sahaja. )

 1 mangkuk nasi goreng biasa


 1 biji telur
 300 gram daging
 1 batang serai yang telah (dititik)
 1 sudu cili kisar 'Contoh (cili boh)
 3 sudu besar sos tomato
 1 biji bawang besar
 2 hirisTimun
 2 hiris tomato
 1 ulas bawang putih dan bahan perasa secukup rasa

Cara-cara

1. Goreng nasi bersama sedikit kicap dan ketepikan.


2. goreng telur dan ketepikan
3. sediakan bahan-bahan untuk membuat daging masak merah.
4. Tumis bawang-bawang sehingga naik bau.kemudian masukkan cili kisar dan biarkan
seketika sehingga cili masak.
5. masukkan daging dan biarkan sehingga daging empuk.
6. masukkan sos tomato,serai,daun limau,dan sedikt bahan perasa.
7. Hidangkan bersama nasi dan telur yang telah disediakan tadi.
Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan ( 2 -4 orang makan )

 1 mangkuk nasi
 1 labu bawang besar
 3 ulas bawang putih
 1 gengam sayur campur
 1 ketul dada ayam di hiris nipis
 3 biji cili padi/3 sudu cili kering-ikut suka
 1 kiub pati ayam
 Sedikit garam
 4 biji telur
 Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis,
kiub pati ayam,garam dan sayur campur. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi.
2. Setelah siap nasi goreng, ketepikan.
3. Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Tapi jangan terlalu
tebal.
4. As x teror macam abe2 kat gerai tomyam tu...so as masukkan telur dadar ni dlm
mangkuk kemudian masukkan nasi goreng tadi dan telangkupkan di pinggan.
5. Maka, siaplah Nasi Goreng Pataya. Boleh lah di letakkan Sos. Sedap makan ngan
tomyam atau sup tulang.
6. Boleh ulang semula bungkus nasi dengan telur tu. Selamat mencuba...
Nasi Goreng Paprik

ahan-bahan ( 4 )

 ½ ekor ayam - dipotong kecil2


 4 ulas bwg merah - ditumbuk
 2 ulas bwg putih - ditumbuk
 1 labu bwg besar - dimayang
 2 btg serai - dititik
 2 biji buah tomato - dipotong 4
 5 biji cili padi - ditumbuk
 bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
 sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
 bahan2 perasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap
dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang,
perahkan limau kasturi.
Nasi Goreng Ayam

Bahan-bahan ( 2 - 3 org )

 2 pinggan nasi putih


 segenggam isi ayam (sedap kalau ayam digoreng dulu dengan kunyit& garam dan
diasingkan, saya selalu gula lebihan ayam goreng. Goreng dengan tulang2 skali lagi
sedap)
 2 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas lagi boleh letak lebih)
 1 biji bawang besar dipotong halus
 2 ulas bawang putih dipotong halus
 1 atau 2 biji telur (digoreng canai dan diasingkan, kalau malas tak payah pun tak pe
masukkan jer telur nanti)
 Segenggam sayur bayam atau sayur sawi
 2-3 sudu besar kicap manis (boleh tambah kalau nak manis sikit)
 Garam secukup rasa
 Hirisan timun (untuk hiasan)
 Hirisan tomato (untuk hiasan)
 Daun sup (untuk hiasan)
 Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Goreng bawang puting dengan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan goreng garing.
3. Masukkan kicap, ayam dan garam sedikit. Kemudian, masukkan nasi dan gaul hingga
sambal dan nasi rata.
4. Masukkan sayur dan telur dan gaul rata lagi. Rasa nasi goreng, kalau tak cukup garam
atau kicap.. tambah secukup rasa.
5. Tabur daup sup dan hidangkan dengan hirisan timun dan tomato.
Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan ( 2 orang )

 Bahan A
 2 biji telur (dipukul)
 2 ulas bawang merah (dihiris)
 1 genggam ikan bilis kecil(size S)
 Bahan B
 3 ulas bawang merah (dihiris)
 2 ulas bawang putih (dihiris)
 1 biji lada merah/5 biji cilipadi (ikut kepedasan yang disukai)
 2 ketul isi ayam (size potong 12 ambil 2 ketul)
 3 sudu sos tiram
 1/2 kiub pati ayam
 2 sudu minyak
 2 sudu mentega
 Garam
 Sayur campur (ikut suka)
 Bawang goreng
 Daun sup
 3 cawan nasi

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan telur
dan ikan bilis. Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati dan
pastikan telur dan ikan bilis kering lebih kurang 5-10 minit.
2. Tutup api kemudian masukkan telur tadi ke dalam nasi putih. Masukkan sedikit garam
dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama tadi cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih
dan lada merah hingga naik bau dan masak.
4. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
5. Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan
sayur campur dan kacau.
6. Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan.
Tabur dengan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.

Anda mungkin juga menyukai