Anda di halaman 1dari 2

HATI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya
  250 gram hati ayam, dibersihkan dan toskan
  1 inci halia, dihiris
  1 ulas bawang putih, dihiris
  1 biji bawang besar, dihiris
  3 sudu makan rempah kari daging
  1 cawan air
  minyak masak untuk menumis
  garam secukup rasa
  serbuk perasa jika suka

Cara-caranya
  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan pula
bawang besar dan gaul rata.
  Kemudian masukkan rempah kari daging gaul rata dan masukkan air.
  Kemudian masukkan hati ayam dan biarkan sehingga kuahnya meresap dan kering. Sekiranya hati ayam
belum masak boleh tambahkan airnya dan kemudian masak sehingga ia kering.
  Jika hendak campurkan hempedal ayam, masak hempedal sehingga 3/4 masak baru masukkan hati ayam.
Dan tambah air jika kuahnya kering sehingga hempedal dan juga hati ayam masak dan kuahnya kering.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Enak bangettttt

AYAM TANDOORI

Bahan-bahan

 1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap

 1 sudu besar cili mesin


 2 sudu besar rempah kari
 1 cawan yogurt
 1 inci halia................................]
 1 labu bawang besar.............]
 3 ulas bawang putih...............]
 2 biji tomato buah...................] mesinkan dan gaul rata semua ini
 1 pokok daun ketumbar........]
 1 sudu besar madu/gula.......]
 1 sudu besar minyak.............]
 garam secukupnya................]

Cara-cara membuat

i. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
ii. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.
iii.
DAGING HITAM MANIS
iv. Bahan-bahan:

Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.

  Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak.
tumiskan bahan kisar hingga wangi.
kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
kacau seketika dan sedia untuk dihidang.
v.  

Anda mungkin juga menyukai