Anda di halaman 1dari 6

Ayam masak merah

Bahan-bahan ( 4 orang )

 1/2 ekor ayam


 sedikit garam kunyit
 ## Bahan-bahan kisar ##
 4-5 biji cili kering
 1 cm halia
 2 ulas bawang putih
 1 labu bawang besar
 1 biji tomato-potong dadu
 1/2 cawan sos tomato
 ## Bahan Hias ##
 1/2 biji bawang besar- potong bulat
 kacang hijau secukupnya
Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng
sehingga 2/3 masak
2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau.
Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik
minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul
balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit.
Kemudian padamkan api.

Telur Masak Sos

Bahan-bahan

 Telur Ayam: 1 biji

 Minyak Masak: 3 sudu besar

 Sos Cili (prefer brand Maggi atau Life): 2 sudu besar

 Kicap Manis (prefer brand Cap Kipas Udang atau Jalen): 1 sudu besar
Cara-cara Memasak

1. Panaskan minyak.
2. Kecilkan api dapur.
3. Goreng telur dan kacau-kacaukan telur biar pecah berselerak.
4. Masak telur hingga ½ matang.
5. Masukkan sos cili dan kacau.
6. Masukkan kicap manis dan kacau.
7. Goreng selama 5~10 saat atau hingga benar masak dan sebati.
8. Siap untuk dihidang dan dimakan!

Bahan-Bahan:
3 biji telur 2 ulas bawang merah 
sedikit daun kari 
1 sudu besar kicap pekat 
2 sudu kicap manis 
3 sudu air asam jawa 
garam secukup rasa 
minyak utk menumis dan
menggoreng
Cara:
-panaskan minyak 
-goreng telur macam biasa satu persatu 
-kurangkan minyak utk menumis 
-tumis bawang merah dan daun kari 
-masukkan garam, kicap dan air asam jawa 
-akhir sekali masukkan telur yg digoreng tadi

Telur Bungkus Aneka Rasa

Bahan - bahan 

6 biji telur 

1 labu bawang besar(dimayang) 

4 ulas bawang putih (didadukan) 


1 biji kentang (didadukan) 

1 batang carrot (didadukan) 

sedikit daging ayam -bahagian dada (dipotong nipis) 

3 batang crabstick (leh gak guna isi ketam) 

1 sudu besar serbuk kari 

3 sudu besar tomato puri 

1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)

1 sudu besar black pepper 

1 kiub pati ayam 

sedikit daun sup 

sedikit garam,

gula 

cara - cara

1. Tumis bawang besar,bawang putih. Bila dah garing, masukkan black pepper.. 

2. Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili
yang sudah dibancuh dengan air, tomato puri,kiub ayam dan serbuk kari... 

3. Bila dah nampak garing, masukkan carrot dan kentang..Biar sampai empuk... 

4. kemudian boleh la masukkan daun sup... 

5. Angkat and asingkan di dalam bekas.. 

6. Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali.... kemudian letakkan bahan2 inti tadi di atas
telur tersebut... tnggu kering sedikit then dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti tu..... 

7. terbalikkan telur tersebut..Bila dah masak angkat and boleh dihidangkan.


 

Saiz hidangan : 3 orang

Ayam goreng telur

vdia@myresipi.com
isi ayam goreng bertelur

Created on : 16-06-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

51 Share

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

 300g isi ayam


 2 biji telur
 2 sudu besar tepung
 2 sudu besar olive oil
 garam
 lada sulah
Cara-cara
1. Bersihkan isi ayam. Potong nipis-nipis. Gaulkan dengan garam dan lada
sulah.
2. Masukkan tepung dan gaul
3. Panaskan minyak.
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
5. Ambik isi ayam, celup ke dalam telur dan goreng.
6. Gorenglah sehingga perang.
7. *** Sedap dimakan dengan sos tomato atau cili. Guna minyak masak
biasa pun tak apa.

Telur goreng tomato

Bahan-bahan ( 2 orang )

 3 biji telur
 secubit garam
 secubit serbuk lada hitam
 tomato 4 biji (potong dadu kecil2)
 daun sup (hiasan)
Cara-cara

1. pukul telur bersama garam dan lada hitam


2. panaskan minyak dalam kuali
3. bila minyak dah panas masukkan telur tadi dan kacau macam nak buat
telur hancur tu
4. agak-agak telur dah nak kering,masukkan tomato yang dipotong tadi,nak
sedap lagi masukkan lada hitam lagi
5. kacau sebentar,kemudian angkat tabur daun sup sedia untuk di
makan...sedap nya makan dengan nasik panas

Telur Dadar Sepanyol

Bahan-bahan ( untuk seisi keluarga cukup kot..5 org )

 7 biji Telur
 3 biji Ubi kentang dipotong dadu
 1 biji Bawang Besar dipotong dadu
 1/2 cawan Susu Cair Segar
 sedikit garam
 sedikit minyak utk menumis
 1 Biji Tomato Dipotong bulat (hiasan)
 Sos cili (hiasan)
Cara-cara

1. Mula2 masukkan minyak dlm kuali


2. Masukkan bawang besar dan ubi kentang. bubuh sikit air bg mudah
kentang masak.
3. sambil tu, pecahkan telur dlm bekas berlainan.
4. Masukkan susu cair segar dan garam. kacau.
5. setelah itu, masukkan bahan yg digoreng tadi
6. Menggoreng seperti biasa. Masukkan minyak sikit.Selepas itu masukkan
bahan yg sudah dicampur td,goreng hingga masak. kalu nak bakar dlm oven pn
blh jg! selamat mencuba!!
7. dh masak, hiaslah dgn tomato dan sos cili tadi..siap!

Anda mungkin juga menyukai