Anda di halaman 1dari 3

Ayam goreng berempah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

7-8 ketul ayam (dibersihkan)


5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)

1 inci halia (ditumbuk kasar)

3 batang serai (ditumbuk kasar)

1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)

1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)

1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)

1 biji telur

2 sb tepung jagung

1 tangkai daun kari

garam secukupnya

Cara-cara
1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh.
Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan
shj.
2. Hidangkan panas2.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)


* 1 biji bawang sederhana besar

* 2 biji bawang putih

* 1 batang serai

* 1 inci halia

* 1 inci kunyit

* 1 inci lengkuas

* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)

* 1 sudu kecil ketumbar biji

*1 sudu kecil jintan manis

* 1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu besar serbuk cili

3 sudu besar serbuk kari

Garam

Serbuk perasa (optional)

1 biji telur

Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

Cara-cara
1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau
nak kisar.
2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk
kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi
sedap.
3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama
ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
5. Goreng serta merta hingga garing.
6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini
perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.

salam semua.sy nak tokok tambah jekalau nak bagi umphh! lagi ayam goreng
tu tambah kan dgn sedikit tepung beras(3 sudu),tepung jagung (3 sudu) tepung
gandum(2 sudu) sedikit serbuk cili (2 sudu)dan yg paling penting sekali sedikit
air kapur (2 sudu)(nak bagi rangup).Cubalah..semua org suka.

Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)


sudu jintan manis
sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak
1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau
sejam.
2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas
p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2)
dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..