Anda di halaman 1dari 1

Secara umumnya, soalan kajian merupakan suatu isu atau masalah yang ingin dikaji dalam

penyelidikan manakala instrument kajian adalah merupakan apa-apa alat, cara atau kaedah
untuk memperolehi dan mengumpul data kajian yang melibatkan pembinaan soalan soalan
untuk mencungkil atau mewakilkan sesuatu yang diukur. Dua elemen ini saling
berhubungkait dalam proses menjalankan kajian.

Terdapat beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian yang dijalankan iaitu
berkenaan dengan minat pelajar dengan tahap literasi pelajar. Bagi Instrument yang
digunakan dalam kajian yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik, melihat kepada
instrument kajian yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu A, B dan C, bahagian B merupakan
soal selidik yang menggunakan intrumen Basic Interest Scale yang mana akan digunakan
untuk mengumpul data dalam menguji persoalan tentang minat pelajar terhadap mata
pelajaran bahasa melayu. Bagi soal selidik bahagian C pula merupakan soal selidik yang
mengandungi 30 item yang tahap literasi yang digunakan dalam mengukur persoalan tahap
literasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa melayu.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa instrument yang digunakan adalah berhubung kait
dengan soalan kajian yang mana instumen yang terlibat digunakan untuk mengumpul data
bagi menjawab soalan berkenaan minat dan tahap literasi pelajar

Anda mungkin juga menyukai