Anda di halaman 1dari 6

Ayam Goreng Berempah

Ini resepi ayam goreng berempah untuk nasi lemak kukus di dalam posting saya yg lepas...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak

Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Resepi Ayam Goreng Berempah


Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam
Cara-cara memasak
1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing

3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas 


p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah
kari ayam..

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)


 * 1 biji bawang sederhana besar
 * 2 biji bawang putih
 * 1 batang serai
 * 1 inci halia
 * 1 inci kunyit
 * 1 inci lengkuas
 * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
 * 1 sudu kecil ketumbar biji
 *1 sudu kecil jintan manis
 * 1 sudu kecil jintan putih
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
 1 sudu besar serbuk cili
 3 sudu besar serbuk kari
 Garam
 Serbuk perasa (optional)
 1 biji telur
 Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.
Cara-cara

1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih
kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
5. Goreng serta merta hingga garing.
6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu
masukkan telur n tepung.

Ayam Goreng Berempah


Bila masa nak buat ayam berempah ni..memang akak suka perap seharian...sebab lagi sedap rasanya...bila goreng ...fuhhhhh jiran sekeliling pun boleh bau... ..memang sedap...tak
yah lagi beli kat luar....cubalah...

Bahan-bahannya

 1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir)dan dipotong 12

 1/2 sudu teh jintan putih*)

 1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar

 1 sudu teh ketumbar* )

 2 biji bawang putih*

 11/2 inci halia*

 3 batang serai*

 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)

 garam secukupnya

 serbuk kunyit secukupnya

 1 sudu makan tepung jagung

 2 tangkai daun kari

 sedikit gula (pilihan)

 Minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *


2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.
3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.
4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.
5. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan apabila hampir nak makan.(nanti dah sejuk kurang sedap)

Ayam Goreng Herba


Teringin tengok Kak Hana buat semalam, jadi hari ni Mas pulak buat, lagi pun masak lauk macam ni Daniel
ngan Ain memang suka. Wahh...sedap tau, rasanya ada gak sikit2 ala2 rendang. Kiranya lepas ni boleh buat
lagi, lain kali Mas nak bagi kering lagi macam yang Kak Hana buat. Yang ni tak kering sangat kan. Lagi pun
hubby tak rasa lagi. Ari ni masak untuk Mas ngan bebudak jer. Jadi Mas masak Ayam Goreng Herba, masak
lemak kuning pecah telur ngan sambal belacan cicah ngan timun. Maceh untuk Kak Hana dan  Kak Suzi untuk
resepi ayam yang sedapp ni.

Ayam Goreng Herba

Sumber : Kak Hana dan  Kak Suzi 

Bahan-bahan :

 1 ekor ayam - dipotong kecil


 sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
 3 ulas bawang merah india*
 2 ulas bawang putih*
 1 batang serai* - hana tambah lagi
 2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
 1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak masak secukupnya.

Cara-cara :

1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan
kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Angkat dan hidang.

AYAM GORENG HERBA


Salam..
ni lauk dah lama masak ni klu tak silap 2 atau 3 minggu lepas tp tak sempat nak post kat sini yelah byk sangat benda
nak wat.Tapi sebelum aku delete seme gambar2 dlm folder ni baik aku masukkan utk rujukan sendiri dan juga sape2
yg berkenan lah.Ayam goreng ni memang sedap ada ala2 mcm ayam masala pun ada bila dah goreng garing2 dgn
bersalut rempah2 tu.kena lak dgn selera ku walaupun abah mula tengok dgn penuh tanda tanya lauk apa lah pulak
ibu masak ni????
takpe janji perut kenyang kan.jom kita tengok hasil masakan ku dan semak resepi yg aku ambik dr dapur hana tu
AYAM GORENG HERBA

copy HANA
(Ibu buat tak sampai seekor pun jd pandai2 lah agak2 bahan2 tu yer)
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong kecil 
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india* 
2 ulas bawang putih* 
1 batang serai* - hana tambah lagi
2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar) 
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal. 
Garam dan gula secukup rasa - hana tak letak gula

Minyak masak secukupnya.

Cara-cara
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup
dikisar dan letak semasa menumis). 
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan. 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya. 
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
Perasakan dengan garam dan gula. 
Angkat dan hidang
memang bestlah mkn dgn nasi panas2 cicah sambal belacan pehhhh berasapppp

AYAM GORENG HERBA ::

BAHAN-BAHAN :
5-10 keping peha ayam (dibersihkan dan ditoskan)
Bahan Perapan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm halia
1 sudu kecil herba oregano kering
1 sudu kecil cili serbuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil rempah kari
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
Garam dan serbuk lada hitam
2 biji telur
150gm serbuk roti
Sedikit garam dan serbuk lada sula
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan perapan dan gaulkan ayam kedalamnya dan ketepikan.
2. Pukul telur dan ketepikan. Campurkan serbuk roti dan sedikit garam serta serbuk lada sula dan gaul rata.
3. Salutkan ayam dengan telur dan golekkan ke dalam serbuk roti dan dinginkan semalaman.
4. Panaskan periuk di atas MIDEA Induction cooker (Dapur Induksi MIDEA) dan goreng ayam hingga garing dan keemasan.
5. Hias dengan daun oregano dan hidang.

Anda mungkin juga menyukai