Anda di halaman 1dari 3

Roasted Chicken with Pemanggang Ajaib Blender bawang merah, bawang putih, kiub ayam, garam & gula

Campurkan sos bbq, sos lada hitam & serbuk lada hitam (ditumbuk kasar) dengan bahan kisaran Tuang pada ayam-ayam yang dah dibersihkan Perap dalam 2-3 jam atau lebih terus bakar atas pemanggang ajaib attau Pastu balutkan dengan kertas aluminium foil dan bakar dalam ketuhar oven Boleh jugak kalau nak bakarkan sekali dengan kentang & carrot

Bake chicken pasta BAHAN-BAHANNYA :-) 150 gram pasta elbow atau apa2 jenis pilihan anda 100 gram daging ayam kisar* 1/2 camca teh serbuk ketumbar* 2 ulas bawang putih, tumbuk halus* 1/2 inci halia, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap sekejap) 1 helai bay leaf 1 biji bawang besar sair sederhana, didadu 2 ulas bawang putih, cincang halus 1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil 1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil 1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis) 1 botol sos pasta "prego" (seperti gambar di bawah) Lada hitam kisar secukupnya Minyak zaitun untuk menumis Gula dan garam secukup rasa Herba thyme kering, untuk ditabur Parutan keju mozarella secukupnya CARA-CARA MEMBUATNYA :-) Rebus pasta elbow dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada bungkusan pasta. Toskan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bay leaf, bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan daging ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Masukkan cili merah, cili hijau dan sos pasta tadi. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah mix vege dan kacau rata. Masukkan pasta dan gaul rata. Perasakan dengan sedikit garam. gula dan serbuk lada hitam. Masukkan juga 1/2 camca teh herba thyme kering, kacau dan masak hingga hampir kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas yang telah dilenser dengan mentega (mat guna acuan Pyrex yang tahan panas tu). Tabur parutan keju mozarella rata2 atasnya dan tabur juga sedikit herba thyme dan lada hitam. Bakar pada suhu 190 selama 25 minit atau hingga permukaannya perang sedikit. Hidangkan samada panas atau suam (mat suka masa masih panas, keju yang bertali tu buat lebih teruja)..

Ayam Panggang Blackpepper Bahan bahan: 1/2 ekor ayam - potong suka hati 2 inci halia 6 ulas bawang putih 4 sudu besar sos tiram Coarse black pepper secukupnya Sedikit madu Sedikit garam Sedikit minyak zaitun - renjis Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa. Nota: Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar bersekali.

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.

Ayam panggang lada Hitam BAHAN-BAHANNYA :-) 4 - 5 kepingan peha ayam yang lebar 4 camca besar sos lada hitam 1 camca besar madu 1 camca besar kicap cair (atau secukup rasa) Daun salad untuk hiasan Tomato didadu besar, untuk hiasan CARA MEMBUATNYA :-) Ayam dicuci bersih, buang kulit dan kelar sedikit atau anda boleh cucuk ayam tadi dengan garfu. Toskan dan masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus sos lada hitam, madu dan kicap cair secukup rasa. BAHAN KISAR HALUS :-) 1 inci halia 2 batang serai, hiris halus 1/2 inci lengkuas 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 camca besar ketumbar Gaul rata dan perap dalam peti sejuk 5 - 6 jam. Panggang hingga ayam masak (mat guna kuali ajaib tu saja). Balik2kan ayam dan oleskan dengan bahan2 pemerap tadi semasa proses memanggang. Bila ayam masak boleh lah dikerat2. Susun dalam pinggan yang telah dialas dengan daun salad. Hias dengan tomato yang didadu dan hidangkan... 1 camca teh jintan manis 1/2 inci kunyit hidup

Ayam Percik Kelantan Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 4 Bahan Perap: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Garam secukupnya Bahan Kuah: 2 pek santan pekat 10 ulas bawang merah 1 inci halia 1 batang serai 3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas Garam secukupnya Gula - kena ada rasa manis 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam Cara cara: Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. Nota: Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus. Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

Anda mungkin juga menyukai