Anda di halaman 1dari 5

MAKARONI BAKAR

1 peket daging cincang Ramli.


1 kotak makaroni yang kecil
6 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan keju mozarella yg diparut
2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar*
sedikit halia*
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit serbuk pala
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 peket serbuk sup cendawan(kak rus guna Maggi)
garam secukup rasa
1 1/2 cawan sayur campur
1 cawan mentega/mnyak sapi
Untuk hiasan
Cili sos,mayonis, daun bawang,daun sup,cili merah dan bawang
goreng

Cara Membuatnya:

1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.


2. Panaskan ketuhar,mesin bahan yang bertanda*
3. Pukul telur dan campurkan susu cair...ketepikan.
4. Tumis bawang besar,masukkan bahan yang dikisar + serbuk
kari daging sampai
harum. Masukkan daging ,sayur campur rempah-rempah yg
lain.Masukkan
makaroni,garam dan serbuk sup cendawan yg dicampu sedikit
air panas.Kacau
dan tutpkan api. Sejukkan sebentar.
5. Alas acuan dengan kertas aluminiam foil dan lengserkan
minyak sapi.

6. Tuangkan adunan telur ke dalam makaroni ...kacau-kacau


sebati dan tuang
ke dalam acuan.Tutupkan acuan dgn aluminium foil dan bakar
20 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar,buka aluminium foil...taburkan keju
dan bakar semula lagi
20 minit. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk potonglah didalam
acuan ikut saiz yang
dikehendaki. Juraikan dengan sos cili (masukkan cili sos dalam
peket plastik
kecil dan potong bucunya dan juraikan)Kemudian juraikan pula
mayonis.
Taburkan daun bawang&daun sup juga bawang goreng. Nak lagi
cantik taburkan
hirisan halus cili merah.

. MAKARONI BAKAR BEREMPAH

Olahan:daridapur suzana
Bahan-bahan
250 gm makaroni
2 labu bawang besar-potong dadu
1 labu bawang putih-cincang
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos tiram
1 paket daging kisar
1 kiub pati daging
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
7 biji telur ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 cawan bawang goreng
1 cawan hirisan daun ketumbar dan daun bawang
3 biji cili merah -potong halus
1/2 cawan minyak canola garam/gula secukup rasa
Hiasan
hirisan daun bawang bawang goreng di tumbuk hancur
sos cili mayonis
hirisan lada merah
Cara membuatnya
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Masukkan garam dan kemudian celur makaroni hingga
lembut.Toskan.
Simpan sedikit air rebusan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang
putih hingga naik baunya.
Bancuhkan serbuk kari daging dan serbuk kurma dengan sedikit
air dan gaul bersama di jadikan pes.
Kemudian masukkan cili keing kisar dan tumis hingga cili
masak.
Masukkan pes kari dan kurma dan masak lagi hingga naik
minyak.
Masukkan daging kisar dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air rebusan makaroni.
Bila daging sudah masak,masukkan sos cili,sos tomato,sos
tiram dan kiub pati daging dan gaul rata.
Masukkan makaroni dan gaul rata.
Kemudian masukkan bawang goreng,hirisan daun ketumbar dan
daun bawang,cili merah dan serbuk lada hitam serta garam dan
gula secukup rasa. Kacaukan 5 biji telur di dalam
mangkuk,tambahkan serbuk lada sulah. Padamkan api dan
curahkan telur kedalam adunan makaroni tadi dan gaul rata.
Panaskan oven pada suhu 180'c dan masukkan adunan
makaroni ke dalam loyang dan ratakan.
Bakar di dalam oven selama 15 minit dan jika menggunakan
loyang kaca tahan panas,bakar secara bain marie.
Selepas 15 minit keluarkan makaroni tadi dan kacaukan 2 biji
telur lagi dan siram rata-rata di atas makaroni.
Bakar semula hinga masak-permukaan atas makaroni kelihatan
perang. Sejukkan makaroni sebentar kemudian bolehlah di
taburkan bahan hisan dan paipkan sos cili dan mayonis di
atasnya. Sejukkan sepenuhnya agar tidak berderai semasa di
potong.

Makaroni bakar versi 2


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus
hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah beriani/kurma (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
Parutan keju mozarella secukupnya
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar
Bahan2 Kastard
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak/susu cair
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang holland
dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari
dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna
api kecil.
2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan
makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan
masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan
masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan
sejuk sebentar.
3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin
dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan).
Dalam satu bekas yg lain, masukkan telur, susu rendah
lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan
dulu.
4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke
dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang
perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap.
Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar
30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan
boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang
atau sarapan pagi.

Anda mungkin juga menyukai