Anda di halaman 1dari 4

Resepi Nasi Goreng Kampung Nasi sejuk ( angaran 4 orang makan ) 2 keping dada ayam ( potong kecil2 ) 1 ikat

sayur kangkung 2 biji telur Ikan bilis goreng 1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar ) 3 ulas bawang putih ( ditumbuk) 10 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) di tumbuk kasar @ dipotong2 2 sudu besar sos tiram 1 sudu makan kicap manis garam serbuk perasa ( jika suka ) Cara penyediaan 1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau. 2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau. 3. Masukkan sayur2an dan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu. 3. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat. 4. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).

Resepi Nasi Goreng Bahan-bahan ( 4 org )

2 sudu besar cili boh 6 biji cili api 4 cawan nasi putih ( sejuk ) 3 ulas bwg putih 4 ulas bwg merah 1 genggam udang 3 biji telur 1 btg timun garam 5 sudu besar minyak Cara-cara

Dlm lesung batu masukkan cili api dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bwg merah dan bwg putih, tumbuk hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan. Kemudian masukkan cili boh sehingga garing. Masuk 1st garam, udang dan mix vegetables. Kacau rata. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala. Di tgh2 kuali, kuak nasi ke tepi utk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi. Sedap di makan bersama timun.

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 mangkuk nasi 5-6 ekor udang segar 1-2 ekor sotong sederhana - potong ring 4 biji bawang merah - hiris 2 biji bawang putih - ketuk 3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas 1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr Mix vegetables tomato - potong dadu 1 batang serai - hiris 3 helai daun limau purut - racik2 1 biji telur garam Cara-cara

Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas. Masukkan sotong, udang, tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata. Last skali masukkan mix vegetables. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan timun. Hidangkan

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

4 cawan nasi 2 biji telur sayur campur 2 sudu besar sos tiram 4 ulas bwg putih 4 biji bwg merah udang Cara-cara

Tumbuk bwg putih dan bwg merah. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan udang dan sos tiram. Masukkan sayur campur. Biar seketika sehingga sayur agak lembut.Tambah sedikit garam. Masukkan telur dan kacau. Last sekali masukkan nasi. Taburkan sedikit lada sulah. Kemudian hidangkan. Kalau nak pedas, letakkan beberapa biji cili padi dlm step 2.

Anda mungkin juga menyukai