Anda di halaman 1dari 9

RESEPI

BEGEDIL KENTANG

Bahan-bahan: 500 gm kentang 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 /2 cawan bawang goreng 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1 batang daun sup ~ di mayam halus 1 biji telur Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng. Cara penyediaan: 1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur. 2. Bawang putih dan bawang merah dihiris kasar dan digoreng sehingga kekuningan. Kisar bawang sehingga hancur (guna pengisar kering). 3. Satukan kentang, bawang yg telah dikisar, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa. Gaul rata. 4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis. 5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

BEGEDIL AYAM

Bahan-bahan. 1. Daging Ayam 1/2 kg. (3 ketul bahagian dada yang standard). Dibersihkan. 2. 3 bji kentang sederhana besar. 3. 1 biji bawang besar dicincang. 4. 2 batang daun sup dicincang. 5. 3 cili hijau atau cili merah dipotong halus. 6. 1 halia dicincang. 7. 1/2 sudu garam. 8. 1/2 sudu kecil sebuk jintan manis. 9. 1/2 sudu kecil serbuk lada putih. 10. 2 biji telur dipukul rata untuk digoreng. 11. 1/2 sudu kecil garam.

12. Minyak untuk goreng. 13. Dua biji telur dipukul rata. CARA PENYEDIAAN: 1. Bersihkan ketulan ayam dan rebus. Setelah isi daging ayam cukup masak, keluarkan dan carikan isi ayam. Tulang daging ayam perlu dihindarkan. 2. Bersihkan ubi kentang dan rebus sehingga lembut. Sebelum keluarkanubi kentang yang sedang rebus; periksa ubi kentang yag sedang masak itu dengan mencucuk lidi satay atau pun dengan garpu. Sekiranya ubi kentang telah cukup masak, lidi akan menembus dengan senang. Hindarkan ubi kentang itu masak terlalu lama. Keluarkan ubi dan toskan supaya air berlebihan tidak diperangkap dalam ubi itu. Air ini akan menyebabkan hasil begedil anda akan terlalu lembik dan penyek. (ada juga cara mengelakan begedil lembik , ubi kentang ini dipotong kiub kecil dan digoreng dengan minyak. Kaedah ini mamak tak galakan kerana kegunaan minyak dalam masakan perlu dikurangkan untuk kesihatan). 3. Kupaskan kulit ubi kentang ini dan lenyekan. Adalah syorkan lakukan lenyekan ubi kentang ini semasa ia masih panas lagi untuk mengelak dari penyerapan wap air udara (moisture traping). 4. Masukan daun sup, bawang, cili hijau, isi ayam yang telah dicarik, lada putih, Jintan putih dan garam. 5. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tadi dan bulatkan dengan saiz yang anda memerlukan. 6. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Minyak perlu lepasi paras ketebalan begedil. Untuk goreng begedil perlu diingat minyak perlu panas. Jika tidak begedil anda akan bertaburan dalam kuali. Tentukan kepanasan minyak dengan masuk dua tiga titik telur yang dipukul yang disediakan.

7. Setelah minyak panas, leperkan sedikit bebola begedil, celurkan dalam telur dan masukkan terus dalam kuali. Jangan masukan terlalu banyak begedil untuk digoreng dalam satu masa kerana ia akan menurunkan suhu panas minyak. Untuk pengunjung yang kurang mahir dan ingin cuba pertama sekali goreng satu persatu. Apabila dimasukan begedil kecilkan api dapur supaya begedil anda tidak hangus. Ingat! Kita bukan masak begedil ini tetapi cuma salutan telur yang perlu masak bukan isinya. Terbalikan sedang goreng itu dengan cermat apabila begedil itu telah mula bertukar warna. Apabila begedil anda bertukar warna kepada kuning keemasan di dua-dua belah bolehlah begedil itu dikeluarkan dari kuali dan letakan diatas tuala kertas dapur (kitchen towel) untuk menyerap minyak yang berlebihan. Hidangkan. BEGEDIL DAGING/ AYAM

Bahan-bahan 1 kilo kentang (dikupas kulit) 400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu) 50 gram daun bawang (dipotong halus)

50 gram bawang goreng

2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera

1 sudu lada sulah

5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)

3 biji telur (dipukul)

sedikit garam.

Minyak masak untuk menggoreng.

Cara memasak

Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.

Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.

Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.

Panaskan minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.

Angkat dan siap dihidang.

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )


500gm ayam-potong kecil 1 kiub pati ayam-hancurkan garam bahan kisar:2 sudu makn ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 batang serai 3cm halia

Cara-cara 1. perap ayam ngan sume bahan selama 30min. goreng hingga kekuningan. PUDING GULA HANGUS

Bahan-bahan

Telur (saiz besar) 7 biji Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml) Gula Pasir 3 sudu besar Garam 1 sudu kecil Tepung Kastard 2 sudu besar Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml) Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya 1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit! 2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja. 3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.

4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit. 5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper. 6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah). SERI KAYA

Bahan-bahan ( 8 peoples )

12 biji telor 1 1/2 cawan dark brown sugar 1 cawan gula pasir daun pandan

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 kedalam bekas, dan pukul samapi kembang. 2. Kukus hingga masak. Selalunya kalau masuk dalam bekas kecil2, texturenya kurang berlubang2. kalau ada penggukus besar, better taruk dalam satu bekas besar. tapi kalau tak der lubang2 pun rasa still the same. 3. note: isi 3/4 penuh. kuih ni akan kembang naik..tapi bila dah keluarkan dari kukusan, akan mendap semula. menghasilkan permukaan yang tidak rata. 4. note: kalau nak taruk pulut kat bawah pun sedap. cam buat seri muka.

Anda mungkin juga menyukai