Anda di halaman 1dari 5

Ayam Masak Kicap

blackjack@myresipi.com

ayam masak kicap sempoi.. makan dengan nasi putih dan sup tulang sure terangkat!!..

Created on : 05-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

 1 bahagian paha ayam


 garam kunyit secukupnya
 minyak untuk menggoreng
 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
 2 ulas bawang puting- mayang
 1cm halia- cincang halus
 kicap pekat manis secukupnya
 2-3 biji cili padi- potong dua
 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan


2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian
ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang
besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam
ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.
Ayam Dara Masak Kicap

Delila@myresipi.com

Resepi tradisi keluarga...

Created on : 03-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

 1 ekor ayam dara (potong lapan)


 1 inci halia (kisar)
 4 ulas bawang merah (kisar)
 4 ulas bawang putih (kisar)
 4 kuntum bunga lawang
 4 biji buah pelaga
 1 batang kulit kayu manis
 1 tangkai daun kari
 5 biji cili api (belah dua)
 1 labu bawang besar (potong bulat)
 Kunyit utk memerap ayam
 1/2 cawan kicap (ikut kesesuaian anda)
 Air asam jawa secukup rasa
 Garam, Gula dan MSG secukup rasa
 1/2 ketul kiub ayam maggi (kalau suka
 Sedikit air

Cara-cara

1. Perap ayam bersama kunyit, garam dan sedikit gula selama 1 jam.Dalam tempoh
1 jam sentiasa ramas-ramaskan ayam tersebut selang 15 minit untuk melembutkan
dan merencahkan isi ayam.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.Goreng ayam sehingga 3/4 masak dan
angkat.
3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.Tumiskan daun kari, bunga lawang,
kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.Masukkan pula bahan kisar dan
tumis hingga sedikit kuning.
4. Masukkan sedikit air, kicap, air asam jawa, kiub maggi dan cili api.Kacau
seketika hingga sedikit mendidih.Masukkan ayam yang telah di goreng.Biarkan
hingga kuah meresap sedikit dalam ayam.Tambahkan garam, gula dan
MSG.Masukkan pula bawang besar.Kacau seketika hingga bawang layu.Siap utk
hidangan.

Ayam Masak Kicap

debab@myresipi.com

resepi turun temurun dari Ibu Aini

Created on : 04-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Untuk 5 org makan )

 satu ekor ayam - di potong kecil-kecil


 tepung serbaguna - untuk disalut
 5-7 ulas bawang putih - dicincang halus-halus
 2-4 tangkai serai - dititik
 kicap manis - biasa nye pakai kicap Indonesia (Kecap Manis Bango)
 jus limau nipis - 1 biji
 1 sudu makan mentega
 minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Ayam disalut dengan tepung serbaguna. Kemudian digoreng hingga masak.


Ketepikan.
2. Di kuali yang panas, tuang kan minyak sedikit. Tumis bawang putih hingga
wanggi. Selepas itu, masukkan serai. Goreng hingga wangi.
3. Kemudian, masuk kan kecap manis dan di ikuti dengan jus perahan limau nipis.
4. Setelah agak berbuih, masukkan ayam tadi. Gaul rata-rata. Akhirnya, sebelum
diangkat dari kuali, masukkan mentega dan gaul sebati.
5. Selamat mencuba...

Tag

Ayam masak kicap

memmetlenggeng@myresipi.com

versi saya.. kalau nak cuba...lain-lain orang, lain-lain cara

Created on : 13-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

 Ayam 5 ketul
 garam dan kunyit untuk digaul pada ayam
 minyak untuk menggoreng
 Bahan tumis: Halia 2 cm, Bawang merah 4 ulas, Bawang putih 2 ulas,lada hitam
1/2 sudu makan
 Tomato 1 biji (kalau besar, amik 1/2 je),potong dadu kecil-kecil
 Bawang kuning 1/2 biji (dihiris),cili padi 3 tangkai (dipecahkan), cili besar satu
tangkai,(dihiris)
 air asam jawa
 garam dan gula
 minyak untuk menumis
 kicap manis
 sos tiram
 Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1. Goreng ayam
2. Tumis bahan-bahan tumis sampai naik bau
3. masukkan kicap, sos tiram dan air asam jawa
4. masukkan tomato dan kacau sebati bersama bahan-bahan,biar sampai hancur
5. masukkan bawang kuning, seterusnya garam, gula,cili padi, dan cili besar sebagai
penyeri, dah boleh hidang
6. Klik untuk isi cara-cara di sini

Ayam masak kicap halia muda


No picture

resepi mudah je. gambar takde tapi cuba la..

Created on : 17-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 org mkan )

 1/2 kg ayam (potong kecik2)


 halia muda besar ibu jari (mayang)
 2 biji bwg putih (mayang)
 1 biji bwg besar (mayang)
 2 biji lada besar (mayang)
 sos tiram dan kicap (agak2 je)
 garam ngan gula skit
 1/2 cwn air
 5 sudu minyak

Cara-cara

1. masuk minyak dalam kuali dan goreng seme bahan yang dimayang
2. Bila dah agak garing masukkan ayam
3. Ayam dah agak2 masak masuk sos tiram ngan kicap
4. pastu garam ngan gula. masuk air dan kacau hingga pekat skit. siap utk makan

Anda mungkin juga menyukai