Anda di halaman 1dari 10

kuih bakar @ baulu kemboja

kakbesah@myresipi.com
dolu2, sehari dua mnjelang Hr Raya arwah mak akn buat bahulu; plain,lapis koko,lapis
jem,gulung & bahulu ikan. 9t, bila gula&telur 'henjut' dlm tmpayan dh tinggal bberapa
mangkuk,mak akn buat kuih ni utk buka posa..mk juz tmbah air pandan & santan je..mm.. sedap
tol..
Bahan-bahan ( loyang segi 4, 10 x 10 inci )
11/2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk telur ( 5 biji)
1 mangkuk air daun pandan (5 helai)
2 mangkuk santan (1 bj kelapa)
1/3 sudu teh garam & sedikit pewarna hijau jika suka.
sedikit bijan utk tabur diatasnya
2 sudu makan minyak masak utk kilatkn kuih
Cara-cara
1. lenser acuan dgn minyak.jika guna acuan pecah 8, panaskn dlm oven dulu.( 9t kuih akn
mudah lekang)
2.
dlm mangkuk,gaul rata tepung & gula. masukkan air pandan - kacau sebati, masukkan
telur - kacau sebati dgn hand whisk je. bila dh agk licin baru masukkan bahan2 lain.
3. org dulu2 boleh buat adunan jd licin tanpa guna blender.. tp, diorang kacau step by step
la. tp, dh ada kemudahan ni.. kita blend je la adunan tu spaya licin..dlm 5-7 saat je jgn
lama2 9t jd bahulu plk..
4. masukkan dlm acuan & bakar dlm oven, 170c lebihkurang 40mnt @ lebih jika suka kerak
yg tebal..hehe..
5.
ala lupa plk... sebelum dibakar, tabur bijan atas adunan..
Talam Keladi

NisaMPB@myresipi.com
permukaan talam ni ada skit payah nak kata..sbb kedut2 skit tapi keseluruhannya sedap & lembut

Bahan-bahan ( satu famili )
(utk lapis bawah)
300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
65 gm tepung beras
1 tsp tepung gandum biasa
100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
55 gm gula pasir
(utk lapisan atas)
100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
80 gm gula pasir
2 tbsp tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telor, dipukul sedikit
Sedikit pewarna unggu (purple or violet)
Cara-cara
1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
2.
Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8"
bulat ber-griskan sedikit minyak.
3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
4. (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
5. Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2;
tapiskan.
6.
Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
7. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
8.
Alihkan untuk disejukkan & potong.
9.
Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.
Kuih lapis

tulip77@myresipi.com
sedap & kuih ni blh dipotong dengan benang

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2
cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam
kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu
lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik
cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari
kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh
dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn
minyak
Talam Suji Mocha


Bahan-bahan ( talam sederhana (apprx 20 org makan) )
** Bahan Atas**
3 cawan santan pekat
4 sudu besar tepung gandum
3 biji telor
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar mocha paste

** Bahan Bawah**
2 cawan tepung suji
6 cawan santan cair
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan gula
Cara-cara
1. Satukan semua bahan untuk bahagian bawah. Kacau atas api sederhana hingga pekat, jgn
sampai keras(edit). Kemudian pindahkan ke dalam loyang. Ratakan. kemudian kukus
selama lebih kurang 15 minit (bila tekan dengan tangan, bancuhan tak melekat kat jari).
2. Sementara itu, sediakan pula bahagian atas. Satukan semua bahan. Tapis. Kemudian
Tuang ke dalam loyang (yang dah sedia dengan bahagian bawah tadi). Kukus sehingga
masak. (saya lupa nak tengok jam berapa lama saya kukus..tapi lebih kurang sejam)
3. Tunggu sejuk baru potong & ngap!
Kuih Kaswi


Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
1.
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan
sedikit minyak masak.
4.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45
minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia
terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan
hidangkan bersama bahan C.
5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin
kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg
comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..
Kuih Lopes

Bahan-bahan ( 40-45biji )
2kg Beras Pulut
1-2biji Abu-chang
Secukup Air
Daun pisang
Air Gula Melaka
Kelapa Parut
Cara-cara
1. Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 6jam.
2. Sesudah 6jam, toskan.
3. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut.
4.
Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
5.
Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -
tiga.
6. Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak
terkeluar.
7. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga
menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
8. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
9. Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula melaka.
Kuih Lopes


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
Cara-cara
1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau
& air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian
toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan
& air pandan kukus lagi selama 30minit.
2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn
plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka.
Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah
mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan
bersama pulut.
4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar
blh kurangkan gula.

Kuih Seri Muka

maryam81@myresipi.com
Cubaan Sendiri Sesuai untuk Sarapan Pagi atau Minum Petang

Created on : 22-07-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi maryam81



149Share

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )
Bahan2 utk Pulut :-
50gm Santan Serbuk di campur dengan 2 cawan air
1 S/t garam masukkan ke dlm santan
500gm Beras pulut
2 s/m minyak masak
Bahan2 bahagian atas kuih :-
2 s/m pandan paste
1/2 s/t garam
3 biji telur
100gm santan serbuk di campur dengan 2 1/2 cawan air
1 Cawan tepung gandum
3 s/m tepung jagung
1 cawan gula
Cara-cara
1. Rendam beras pulut selama 20 - 30 minit. Kemudian toskan.
2. Masukkan santan dan garam ke dlm pulut tadi. Kemudian masukkkan minyak masak.. Gaul rata.
3. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah di lengser dgn minyak masak. Kukus selama 20 - 30
minit kedlm pengukus yang telah panas.
4. Untuk bahagian atas kuih.
5. Satukan kesemua bahan. Dan pukul hingga adunan sekata.
6. Bila pulut telah masak, padatkan pulut tadi. Tapis adunan sebelum di masukkan ke atas pulut.
Kemudian kukus sekali lagi adunan tersebut bersama dgn pulut yang telah masak.
7. Kukus lebih kurang 30 - 45 minit.
Tag

Anda mungkin juga menyukai