Anda di halaman 1dari 2

Resepi Kuih Ketayap Asli dan Sedap

Sumber Asal Resepi :Resepi Cikgu Ani


Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:
 1 cawan tepung gandum
 2 biji telur
 3 helai daun pandan
 1 1/2 cawan santan
 garam secukup rasa
 2 sudu makan minyak masak
 Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Cara Membuat Kulit Ketayap
 Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
 Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
 Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni,
adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
 Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
 Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu
minyak menggunakannya).
 Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan
melayang-layangkan kuali.
 Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah
berwarna hijau semuanya.
 Angkat. Ketepikan.
 Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
 Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar
yang dah siap tadi.
 Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
 Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
 Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan

Bahan Inti Kuih Ketayap


 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  secubit garam 
 2 helai daun pandan - disimpulkan
 1/2 cawan air
 2 sudu makan tepung gandum
Cara Membuat Inti Ketayap
 Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak
hingga gula larut.
 Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
 Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata.
(Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
 Sejukkan inti.

Hmmm..siapa tak geram kalau dapat makan kuih ketayap yang macam ni.Tengok warna hijau
dan intinya yang coklat tu pun dah memikat selera.Rasanya?Pastilah lebih-lebih lagi.Memang
recommended betul resepi ni.

Anda mungkin juga menyukai