Anda di halaman 1dari 48

Bawang Wheelie

Created on : 13-05-2007

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

Untuk doh bawang:


1 biji bawang besar ( diblender tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya
Untuk doh margerine:
1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Untuk doh bawang: Uli tepung dengan bawang blended + serbuk udang kering .
Tambah tepung hingga adunan menjadi doh yang bulat. Bagi pada 3 bahagian.
2. Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga.
Bahagi pada 3 bahagian.
3. Canai doh bawang dan doh margerine berasingan.
4. Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
5. Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)

6.
Keluarkan dan hiris nipis2.
7. Goreng dalam minyak penuh.

Karipap Pusing

lynn@myresipi.com

Sesuai untuk sarapan pagi atau juga minum petang.

Created on : 20-07-2006

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka
ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara
1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.

2.
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan
tidak melekat.

3.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg
cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh
karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

4.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.

5.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

6.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak
di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

7.
Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis
saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu
bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh
nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg
lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm

8.
Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong
tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2
semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian
golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong
adalah sbyk 2 kali di sini).

9.
Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn.
Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd
saiz doh yg telah di gulung.

10.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan
letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti
sejuk selama seminggu.
12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.

oleh: yani

Donut

yani@myresipi.com

cara buat donut bergambar

Created on : 15-08-2006

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti


20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara

1.
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.

2.
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.

3.
Masukkan pula butter

4.
Kacau sehingga sekata

5.
Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.

6.
Uli sehingga tak melekat ditangan

7.
Buatkan bentuk bulat

8.
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab.
Biar naik 2 kali ganda

9.
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah
naik.

10.
Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm

11.
Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit

12.
Uli biar jadi bentuk panjang

13.
Kemudian pulaskan seperti dalam gambar

14.
Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat
kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi
sehingga 1.5 kali ganda.
15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalikbalikkan supaya betul-betul masak.

Donut gebu

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

1 kilo tepung gandum


1 paket yeast ( jenama Mauripan)
1 1/2 mug air suam
1 sudu kecil gula
5 sudu besar planta
1 sudu besar kentang lecek
gula halus/gula icing

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Bancuh yis dengan air suam dan gula.


Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
Masukkan bancuhan yis tadi.

5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp
teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
7. Biar naik lagi, then baru goreng.
8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.

Jemput-jemput ikan bilis

choppy@myresipi.com

cekodok ikan bilis

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

2 cawan tepung gandum


1 cawan air
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar- hiris
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan
begitu juga sebaliknya.

2. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan
dalam minyak panas.
3. Goreng sehingga kuning/perang.

Apam Pelangi

dyna@myresipi.com

sedap dimakan begitu saje atau makan dengan kelapa parut yang diletak garam skit

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )

1 cawan nasi yang dah masak


1 1/2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1/2 sudu kecik yis (mauripan)
pewarna yang disukai

Cara-cara
1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati
dengan gula dan yis
3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan
pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...

5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus
mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan
besar kukus la selama 30-40minit...

6. Boleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram...

Cakar Ayam

syahmi@myresipi.com

teringat dulu2 tengok nenek buat...baru ni nak try...menjadi pulak!

Bahan-bahan ( 8 keping )

500gm ubi keledek


3 sudu besar gula merah
Sedikit air

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Parut ubi keledek kasar. Goreng dan toskan.


Didihkan gula merah dengan air hingga pekat.
Masukkan keledek tadi dan kacau hingga kering dan rata.
Tekan dalam acuan bulat dan sejukkan.

Peanut Butter Pancake Rolls

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 )

1 cawan Tepung Gandum


1 sudu besar Gula Halus
1 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Baking Soda
4/5 cawan Susu Segar
1 biji Telur
1/4 sudu kecil Vanilla Esen
1/2 sudu besar Minyak Masak
Garam secukup rasa
Peanut Butter atau jam (ikut rasa masing2)
Gula Pasir (optional)

Cara-cara
1. Masukkan gula, susu, telur and vanilla ke dalam mangkuk besar. Kacau hingga
sebati.
2. Masukkan (ke dalam mangkuk tadi) tepung, baking powder, baking soda, garam dan
minyak. Gaul sampai rata.
3. Panaskan non-stick pan dgn api kecil. Masukkan 1/4 cawan campuran (2). Masak
sampai perang sebelah.

4. Sapukan penut butter dan taruh sedikit gula kalau suka. Gulungkan dan potong
dua.

Potato Mayonis

Nadia@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 orang )

50g mashed potato


50g tepung
1/2sk baking powder
1sb butter
1sb mayonis
1/4sk garam

Cara-cara
1. Gaul semua bahan-bahan di atas. Canai setebal lebih kurang 2mm dan potong
memanjang
2. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15-20 minit

Apam Eno

zara_klate@myresipi.com

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

300g tepung beras


8-10 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yeast
280-300ml air
3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
pewarna merah, hijau

Cara-cara
1. tepung dibancuh dgn air sdikit. kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau
sebati.
2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan
pagi)
3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau
dan satu lagi dibiarkan warna asal.
4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm
periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah
dipanaskan. kukus hingga masak.
6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam.
(seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

Cakoi

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji [15cm] )

1 cawan air
2 cawan tepung roti
sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
sudu kecil tawas (alum)
sudu kecil baking soda
sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih
ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking)
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan.
Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.
Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk
panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm
suhu bilik selama 45 minit.

2.
Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm
seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.

3.
Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh,
bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.

4.
Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan
terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat
permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang
keemasan.

6.
Ni gambar cakoi yg dah siap digoreng.
7. note:
Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak.
Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik.

Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar. Saiz yg i buat ni agak kecil sbb i
guna periuk kecil utk menggoreng.

Tawas alum
Sejenis garam, ada pelbagai kegunaan seperti untuk menghasilkan Baking Powder. Dapat
dlm bentuk macam garam atau serbuk.

Tepung pelita

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras


1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati
dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan

Apam Marmar

Mat Gebu@myresipi.com

Khas dari Indonesia

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

250 g tepung berserbuk penaik


200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

1.
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.

2.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed
dan putar hingga adunan kembang dan pekat.

3.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.

4.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara
berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.

5.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih
selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Cheese cake

Biduri@myresipi.com

Simple cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese


200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak
pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi
cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk
mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake
yang sedap.

Kek Lapis Surabaya

kak fida@myresipi.com

Kek lapis yg tidak menggunakan byk telur dan mudah dibuat.

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc. )

300 g mentega.
4 sb susu manis.
200 g gula halus
150 g tepung gandum.
6 biji telur-sejuk dari peti ais.
50 ml air sejuk dari peti ais.
1 sb ovalette.
1 sk baking powder.
1 sb cocoa powder.
1 sb choc. paste.
Secukup jem utk melapis.
1 sb pewarna kuning.

Cara-cara
1. Mentega dipukul bersama susu manis hingga kembang dan ketepikan.
2. Pukul telur,air,gula,tepung,baking powder dan ovalette sehingga kembang.
3. Masukkan (1) ke dlm (2) dan gaul hingga rata.Bahagi adunan kpd 3 bahagian.

4. Bubuh 1/3 adunan dgn cocoa powder dan choc. paste.Bubuh 2 bahagian lagi dgn
pewarna kuning.
5. Bakar dlm 3 loyang berasingan iaitu 2 kuning dan satu choc.Loyang hendaklah
dialas dan digris terlebih dahulu.
6. Bakar sehingga masak selama 30 min. pd suhu 160C.
7. Sejukkan ketiga-tiga kek kemudian dilapiskan dgn jem pilihan masing2.

Mini popia Goreng

Rosni@myresipi.com

Sesuai untuk minum petang, resepi ciptaan sendiri

Bahan-bahan ( 10 orang )

2 bungkus kulit popia ( saiz kecil )


Sebungkus daging lembu hancur ( boleh guna Ramly daging kisar )
3 biji kentang
3 batang karot
Kacang peas ( 1 tin kecil )
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
Sedikit garam
Secubit serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Kentang, karot dan bawang besar dipotong kecil / dadu.


Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
Panaskan sedikit minyak dan masuk kan bawang yg ditumbuk tadi.
Masukkan daging kisar dan kacau hingga setengah masak.

5.
6.
7.
8.
9.

Masukkan kentang, karot dan bawang besar.


Bila bahan-bahan hampir masak, masukkan pula kacang peas.
Tambahkan sedikit garam dan secubit serbuk perasa.
Kacau hingga masak dan sejukkan.
Isi inti kedalam kulit popia dan gulung macam biasa. Gunakan sedikit air sebagai
gam.
10. Goreng diatas minyak sederhana dan bila sudah kekuningan bolehlah diangkat.
Selamat mencuba. [x]

Kek Lapis Jawa Manis

lingsyima@myresipi.com

Penggemar Rasa Masam Manis

Bahan-bahan ( 1.2kg )

10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )


300gm Gula Halus
450gm Mentega
160gm Tepung Biskut Marie ( Biskut Marie yang di kisar jadi serbuk )
50 gm tepung gandum
50gm serbuk santan
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
1 tin rendah susu pekat
Pewarna merah, hijau atau kuning
4 sudu makan asam jawa Extra (Adabi)
150gm gula
cawan air

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
Pukul mentega hingga kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
Campur sebati asam jawa, gula dan air (boleh tambah gula jika mahu lebih manis)
Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian
masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning.
Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
8. Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mt. bila
masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
9. Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila
masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan
asam jawa di atasnya.
10. Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
11. Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk.

Kentang Sambal

kak fida@myresipi.com
Created on : 10-09-2008

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 kilo kentang - dikupas kulit


300 g udang hidup - dikupas kulit
2 senduk lauk cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 sb udang kering *
2 sb ikan bilis *
2 sb tomato paste
2 biji telur - dikocok dan goreng pecah2
daun sop dan daun bawang - dihiris
secukup bawang goreng
secukup minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kentang di potong dadu kasar dan rebus empuk.Toskan.
2. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dgn cili kisar.
3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing, masukkan
tomato paste, garam dan gula,gaul dan masukkan udang dan masak hingga kering.

4. Kecilkan api dan masukkan kentang rebus,sedikit daun sop,daun bwg, bawang
goreng dan telur goreng dan gaul hingga rata dan sebati.Ketika menghidang
taburkan sedikit lagi daun sop,daun bwg dan bwg goreng.

Apam Gula Melaka

rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

125gm gula pasir


125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
sudu teh soda bikarbonat
sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sediakan acuan dan panaskan kukusan.


Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau
hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Donut

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)


1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5
minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung.
Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga
menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada
tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik
sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm
bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan
1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam
sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang
ditengah-tengah degan jari.

5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua
kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang
keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Waffle Simple

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

2 biji Telur
3/4 cwn Susu segar
2 tbsp Minyak sayur
1 cwn Tepung
1 1/2 tsp Baking powder
1 1/2 tsp Gula
1/2 tsp Garam

Cara-cara
1. Panaskan electric waffle maker.
2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain.
Campurkan sehingga sebati.

3.
Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2
brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips
- jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu
byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.

4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream
atau jem.

Apam Indon

cikpuanmieza@myresipi.com

Bahan-bahan ( sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake )

5 iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus

250 ml susu segar @ santan


(saya pakai susu segar je)
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna

Cara-cara
1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn
sehelai kain.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
3. Campurkan garam ke dalam susu.
4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
berselang seli dgn susu.
7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya
guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10
minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.

Kek Coklat

fendi75@myresipi.com

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Pukul telur hingga kembang


Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi
berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api


kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Apam Mekar

rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)


2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air
dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak
guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau
plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke
dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun
boleh...!!

Kuih lapis

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

1 cawan tepung beras


1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam
dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air
dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau
rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning &
satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak
plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama
2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar
dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih
ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn
minyak

Talam Keladi

NisaMPB@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu famili )

(utk lapis bawah)


300 ml santan dari 150 gm
kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
65 gm tepung beras
1 tsp tepung gandum biasa
100 gm keladi (yam), potong
dadu & kukus separuh masak &
lenyek2kan sedikit
55 gm gula pasir

(utk lapisan atas)


100 ml santan dari 100 gm
kelapa parut (buang kulit)
Garam secukup rasa
80 gm gula pasir
2 tbsp tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telor, dipukul sedikit
Sedikit pewarna unggu (purple or
violet)

Cara-cara
1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.

2.
Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang
berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
4. (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
5. Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2;
tapiskan.

6.
Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
7. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
8. Alihkan untuk disejukkan & potong.
9. Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak
melekat.

Apam yogurt

yani@myresipi.com

Created on : 11-09-2007

Bahan-bahan ( 8 biji )

2 biji telur
50g gula
100g plain yogurt
sedikit esen vanila

1 sudu besar minyak masak


150g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau
sehingga sebati
4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit

Chocolate Cheese Layer Cake

rizalia@myresipi.com

Bahan-bahan

**utk lapis coklat**


1 1/2 cwn gula halus
125g butter
2 biji telur (grade c)
1/2 cwn serbuk coklat/koko (van
houten) + 1/2 cwn air panas (bagi
larut)
3/4 cwn susu coklat

1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd


teh soda bikarbonat + 1 sd teh
serbuk penaik (ayak bersama)
1 sd teh esen vanilla
@@utk lapis cheese pula@@
375 g cream cheese
100 g gula halus
1/2 cwn tepung gandum
2 biji telur (grade C juga ye)
50ml air biasa

Cara-cara
1. Memula kena buat lapisan yg coklat dulu k... Mcm biasa la kan.... Pukul butter dgn
gula sampai gula larut dan kembang. Pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. pastu
masukkan pula campuran coklat (yg dah siap2 bancuh dgn air panas tu). Lepas tu
masuk pula susu coklat. Lepas tu boleh la masukkan pula campuran tepung+soda
bikarbonat+serbuk penaik dan esen. gaul rata. (masa masukkan tepung tu kena
sket2... sambil gaul rata)
2. Sediakan dulang pembakar yang bersaiz empat segi... x tau le brp ukuran sebab
lupa nak ukur. hehehe... Tapi dulang pembakar tu le yg diguna utk buat loaf roti.
Kalau sape2 ade dulang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa
keluar nanti.
3. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek
coklat tu selama 12 hingga 15 minit.
4. Opsss... Lupa lak... sebelum masuk semua adunan kek coklat tu.... ambik 2 sudu
besar adunan kek dan masuk dlm plastik (nanti nak guna utk buat corak2 atas
cheese pula)

5. Sementara menunggu kek coklat tu... Kite pukul cream cheese dgn gula sampai
kembang. lepas tu masukkan telur dan pukul lagi. Pastu masuk pula tepung dan
gaul rata. Last sekali masukkan air.
6. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke
atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. corak2 kan kek kite. ME ni tgn
kaku sket. So paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan jek. Tu yg terhasil corak ini.
Kire corak basic la ni. Bakar dengan cara marine bath. Letak dulang bawah dia dgn
air. Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg
cantik. Bakar pula selama 40 minit.
7. Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven... Mcm ME bakar
malam hari... so biar dia sejuk smp ke pagi. Pastu simpan pula dalam freezer
keesokkan sepanjang hari bekerja. Mlm tu boleh le makan... sebab rasa cheese
lebih enak disimpan....
8. ade org suka dan pandai menghias kek menjadi lebih cantik dipandang. Disebabkan
ME ni kerastang... so ape yg boleh dibuat ialah pukul whipping cream.. salut di
tepi... Pastu ME parut pula Coklat Cadburry Bar dan tampal kat tepi2 kek tu... Siap

Kuih Seri Muka

ibufarzana@myresipi.com

Resipi daripada kenalan yang pakar kuih Melayu, Kak Z.

Created on : 22-07-2009

Bahan-bahan ( Loyang 24cm@91/2 inch )

Bahan bawah
2 cawan beras pulut*
75ml santan pekat
225 ml air
1 sudu teh garam
Bahan atas
2 biji telur
125ml santan pekat
75ml air
4 sudu besar tepung gandum
cawan gula
sudu teh garam
1 sudu teh perisa pandan
1/8 sudu teh pewarna hijau*

Cara-cara
1. Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih.
2. Beras pulut yang telah dibasuh bersih dan ditoskan dicampurkan dengan santan, air
dan garam dikacau sebati.
3. Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau
sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati. Sambung mengukus dalam 10
minit.
4. Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastic, tekan
mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan.

5. Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus.


6. Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati
dalam kurang lebih seminit. Warna hijau adalah bergantung kepada citarasa
masing. Sekiranya suka hijau pekat maka warna boleh dilebihkan.

7.
Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit.
Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum di potong untuk dihidangkan.

8.
Nota: Sukatan beras pulut, menggunakan measuring cup, pada paras senggat
bawah, bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml. Rujuk gambar.
9. Klik untuk isi cara-cara di sini

Kek span pandan

sweet 4ever@myresipi.com

kek ikuti kursus...hehehe..jadi....nak tahu lebih lanjut..www.tagged.com/puteri_az_liza

Created on : 24-01-2009

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

tepong super fine - 150 gram


gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
air daun pandan - 80ML
minyak / mentega cair -80ML
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

1.
satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.
pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie
terletak kepada kalajuan pengadun)

2.
perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit
pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga
aduan kek benar2 ringan.
3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga
sebati.

4.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik
kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga
masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5.
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih
kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)

6.
ini la tepong yang sesuai untuk buat kek...

7.
pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang
besar...jimat sikit...
8. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Kek span pandan

sweet 4ever@myresipi.com

kek ikuti kursus...hehehe..jadi....nak tahu lebih lanjut..www.tagged.com/puteri_az_liza

Created on : 24-01-2009

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

tepong super fine - 150 gram


gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
air daun pandan - 80ML
minyak / mentega cair -80ML
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

1.
satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.
pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie
terletak kepada kalajuan pengadun)

2.
perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit
pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga
aduan kek benar2 ringan.
3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga
sebati.

4.

sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik
kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga
masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5.
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih
kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)

6.
ini la tepong yang sesuai untuk buat kek...

7.
pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang
besar...jimat sikit...
8. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Tuna Puff

skyblue@myresipi.com

Senang dimasak, sedap dimakan!

Created on : 10-10-2006

Bahan-bahan ( 12 Puff )

2 keping Puff Pastry


1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air)
1 biji Bawang Besar (dicincang)
1/2 cawan Jagung (dlm tin atau frozen)
2 sudu besar Mayonnaise
Sedikit garam dan lada hitam
1 biji telur (dipukul dgn sedikit susu segar)

Cara-cara
1. Buangkan minyak/air dalam tin, tuangkan tuna ke dalam mangkuk besar.
2. Masukan bawang besar yang dicincang, jagung, mayonnaise, garam and lada hitam.
Kacau hingga rata dan ketepikan.
3. Puff pastry dipotong dan dibahagikan 6 keping.
4. Isikan satu sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutup hujungnya
degan garpu. Ulang sampai habis.
5. Sapukan puff degan telur. Bakar puff pada suhu 200C selama 20minit.

Popia basah umie

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*


2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan untuk inti** (boleh buat
inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang
putih+udang kering. Panaskan

sedikit minyak dan masukkan


bahan blend tadi. Kemudian
masukkan sos tiram + garam.
Kemudian masukkan sayuran
dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang
goreng secukupnya
*** blend cili kering+bawang
besar +bawang putih. Panaskan
sedikit minyak dan tumis bahan
blend hingga garing. Masukkan
kicap dan gula perang + garam
dan perasa.

Cara-cara

1.
campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan

2.
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurangkurangnya 1/2jam

3.
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat
gambar)

4.
buat dari arah jam

5.
mulakan dari tepi dulu

6.
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan

7.
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar

8.
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun
berlapis2 (tak lekat)

9.
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal

10.
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng

11.
lipat macam biasa dan gulung

12.
sedia untuk dimakan :)

Popia Bersira Pedas

Bahan-bahan ( satu hidangan )

kulit popia secukupnya


UNTUK INTI
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
1 mangkuk kubis yang dihiris halus
taugeh - jika suka (hana x ltk)
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula
UNTUK SAMBAL SIRA
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai

Cara-cara
1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan
taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan
sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2
pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan
bijan. siap utk dhidang!

Sos popia

Bahan-bahan ( bape org pon boleh.. )

Cili kisar
Kacang tanah dikisar
Sdkt gula
Sdkt garam
Air asam jawa/asam keping
Sdkt tepung jagung utk memekatkan sos

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
2. Masak sampai likat/pekat.Siap

Anda mungkin juga menyukai