Anda di halaman 1dari 3

ROTI MANIS

Bahan-bahanya

300 gram tepung roti


50 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180 ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*

baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*

sosej yang telah direbus


sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan
Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai
siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli
hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic
bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih
kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan
dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan
biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan
angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru
dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, Yatie sapu gliss pastu tabur gula, boleh
juga bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk,
biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah
selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan
nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika
selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan
bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik
apabila siap dibakar nanti.
ROTI SILANG

BAHAN DOH :-)

250 gram tepung roti (high protein flour)


50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI CENDAWAN (Yatie guna inti kari dan daging/ayam hancur..leh rujuk di
SINI)

200 gram cendawan butang, hiris


150 gram daging kisar (daging ayam atau lembu)
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
2 helai bay leaf
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu sejat
Garam dan secubit gula
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-

1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.


2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata
hingga menjadi doh.
3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal
(kurang lebih 20 minit).
4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit
hingga naik.(Yatie uli guna tangan je...)

KAEDAH LAIN :-

1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan
tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli
dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

UNTUK INTI CENDAWAN :-


1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis
hingga layu.
2. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga
daging lembut .
3. Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga
cendawan layu dan kelihatan kering.
4. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun
sup, kacau rata dan sejukkan.

UNTUK ROTI SILANG :-

1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian.
2. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar.
3. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh.
4. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke
loyang yang telah disapu sedikit mentega.
5. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali
ganda.
6. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga
kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....

Anda mungkin juga menyukai