Anda di halaman 1dari 2

MUFFIN RASBERRY

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang @ soft brown sugar
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem raspberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup.
Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang
di tengah2 tepung tadi.
2. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan
garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
3. Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama
sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi,
sudu kan 3/4 camca teh jem raspberry.
4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas
jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...

Choco muffin & lemon muffin

bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

1) ayak tepung, soda dan baking powder kemudian campurkan gula dan garam, gaul rata
2) untuk muffin lemon....campurkan parutan satu biji kulit lemon...dan untuk choco
muffin campurkan 1 cawan chocolate chip kedalam adunan tepung...gaul rata

bahan liquid
1 biji telur saiz besar...pukul sikit
1 cawan penuh buttermilk
1/2 cawan minyak canola
1 sudu teh esen vanila

3) campur semua bahan dalam sebuah mangkuk besar...gaul rata dengan balloon whisk
4) tuangkan adunan tepung kedalam adunan liquid
5) dengan menggunakan spatula...kaup balikkan adunan muffin...jangan terlebih
gaul...antara 5 ke 6 kali sahaja....jika terlebih gaul pasti muffin anda tak kembang elok...
6) dengan menggunakan ceduk ice-cream...scoopkan adunan muffin ke dalam muffin cup
atau muffin pan
7) bakar selama 20 ke 30 minit bergantung pasa saiz muffin anda...suhu 180C

Making a recipe that calls for buttermilk? Use this simple substitute, and you won't need to
buy any:
Prep Time: 5 minutes
Total Time: 5 minutes
Ingredients:

Milk (just under one cup)


1 Tablespoon white vinegar or lemon juice

Preparation:

1. Place a Tablespoon of white vinegar or lemon juice in a liquid measuring cup.

2. Add enough milk to bring the liquid up to the one-cup line.

3. Let stand for five minute. Then, use as much as your recipe calls for.

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

bahan-bahan:
3/4 cawan susu
1/4 cawan butter, cairkan
1 biji telur

pukul bahan diatas dalam satu bekas...

1 3/4 cawan tepung gandum


1/3 cawan gula perang
2 1/2 tsp baking powder
3/4 tsp salt
1 tsp vanilla

ayak bahan kering dan campurkan semuanya kedalam bancuhan susu tadi....gaul sehingga semua
bahan kering bercampur dan jangan terlalu lama...jika suka masukkan chocolate chips dan
sebagainya....
sapukan acuan muffin dengan butter atau minyak dan sudukan muffin terus kedalam acuan...tak
perlu guna paper cup...
bakar antara 20 ke 30 minit...hidang ketika masih panas...

Anda mungkin juga menyukai