Anda di halaman 1dari 3

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

BAHAN INTI :-)


2 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dihancurkan
6 kuntum cendawan butang segar @ dalam tin
1 camca besar rata rempah kari, bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang
1/2 biji red capsicum, didadu kecil

BAHAN LAIN :-)


5 keping roti sadwich (mat guna roti gardenia)
5 biji telur
4 camca besar whipping cream @ susu sejat
Serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan parutan keji cheddar

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Lenser tin berukuran 4 inci x 4 inci x 9 inci dengan mentega, alas dengan aluminium
foil dan lenser juga aluminium foil tadi, pastikan aluminium foil berbaki pada
bahagian kanan dan kiri tin, ini memudahkan anda mengeluarkan roti tadi bila masak.
Ketepikan.
2. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang
besar dan halia hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari dan tumis sekejap.
Masukkan daging buger dan masak hingga berubah warna. Tambah hirisan cendawan
dan capsicum, kacau rata. Jika perlu tambah sedikit air dan secubit garam. Masak
hingga kering dan sejukkan.
3. UNTUK ROTI LAPIS DAGING BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C. Telur
disatukan dengan whipping cream @ susu cair, tambah sedikit serbuk lada hitam dan
kacau rata. Susun 2 keping roti pada dasar tin, kerat 1/2 bahagian roti lagi dan isikan
dalam ruang kosong. Tuang 1/2 bancuhan telur + susu + serbuk lada hitam tadi, biar
sekejap dan tabur 1/2 bahagian inti, rata dan juga 1/2 bahagian parutan keju. Buat
kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Kemudian bakar selama 45 minit atau hingga
masak dan permukaannya kelihatan kuning keemasan. Sejuk dan hidangkan bersama
sos kegemaran anda...

POTATO BREAD

Bahan Doh :-)


135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)


3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)

1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal.
Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45
minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam
breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang
lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan
susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk
hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat.
Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam
sedikit.
4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan
bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti
masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit
atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih
panas, sejukkan sebelum dihidang...

ROTI POKET

BAHAN ROTI :-)


6 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti, mat guna kaler kuning

BAHAN INTI :-)


2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air
BAHAN LAIN :-)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang
putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau
rata. Masukkan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan
masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok
matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper,
potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat
kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti
tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga
kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan
toskan.
3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun
timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos
kegemaran dan hidangkan segera....

Anda mungkin juga menyukai